Selamat Menjalani Latihan Amali Industri kepada seluruh mahasiswa/wi yang baru sahaja terlibat dalam menjalani latihan amali industri khususnya mahasiswa/wi Universiti Teknologi Malaysia.Manfaatkan peluang ini dengan menimba ilmu,pengalaman yang bernilai serta dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya.
Semoga sama-sama kita menjadi permata yang berharga untuk masyarakat,bangsa dan negara pada .masa akan datang 

"Mahasiswa mecorak hala tuju negara ! "
Daripada kami,
Pro Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia



SIAPA PRO-MAHASISWA?
Mereka adalah kelompok-kelompok anak muda progresif bergelar mahasiswa yang mempunyai kesedaran sosial dan politik yang tinggi serta mempunyai inisiatif dalam memperjuangkan idealisma dan kebajikan mahasiswa. Melalui semangat dan inspirasi tersebut, mereka membentuk suatu jaringan pemikiran dan perjuangan bagi bertujuan mengembalikan keunggulan dan kegemilangan kepimpinan mahasiswa beridealisma, bebas, intelek dan progresif di kampus-kampus di Malaysia. Jaringan inilah yang digelar jaringan PRO-MAHASISWA!


Mengapa PRO-MAHASISWA?
Mereka menggelarkan diri mereka sebagai PRO-MAHASISWA adalah didasarkan kepada bentuk atau tema kepada perjuangan mereka. PRO-MAHASISWA bermaksud sebuah jaringan atau kelompok yang membawa dan memperjuangkan suara mahasiswa yang asli (genuine) dan bebas. Suara mahasiswa yang tidak menyebelahi mana-mana pihak di luar kelompok mahasiswa samada dari pihak kerajaan, pembangkang, dan juga bukan mewakili pihak pentadbiran universiti. Hanya semata-mata suara, idea, inspirasi, semangat,, keluhan, dan keprihatinan daripada MAHASISWA!
“Dari MAHASISWA untuk MAHASISWA!”


Sejarah PRO-MAHASISWA
PRO-MAHASISWA merupakan jaringan kelompok-kelompok mahasiswa yang mempunyai idealisma dan membawa tema perjuangan mahasiswa yang mana pertubuhan yang menghimpunkan kelompok-kelompok mahasiswa beridealisma yang pernah memegang tampuk kepimpinan mahasiswa di sesetengah kampus di Malaysia seperti UM,UKM dan lain-lain lagi pada sebelum ini. Di dalam tempoh kepimpinan ini banyak rekod-rekod cemerlang telah ditunjukkan oleh kelompok ini.


SLOGAN PRO-MAHASISWA
STUDENT POWER! – slogan keramat yang melambangkan bahawa mahasiswa merupakan kelompok yang mampu berperanan secara efektif dan berkuasa mencetuskan arus perubahan untuk memperbaiki keadaan masyarakat samada di kampus ataupun masyarakat di luar.

"TAGGING GREATNESS TO EVERYONE"




SELAMAT PULANG

Setelah dua hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri,kita sering mendengar berita kemalangan atau nahas jalan raya yang dilaporkan oleh pihak media.Ada antaranya berlaku ketika perjalanan pulang ke kampung dan juga pulang ke rumah kediaman masing-masing.Justeru itu,kami daripada Pro Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya khususnya warga UTM agar lebih berhati-hati ketika memandu sama ada perjalanan pulang ke kampung atau ke kediaman masing-masing.

Patuhilah peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa kerana ianya adalah bertujuan untuk memudahkan perjalanan semua pengguna jalan raya serta melancarkan lagi perjalanan.Perjalanan yang jauh dan meletihkan juga merupakan penyebab kepada nahas jalan raya ini berlaku.Justeru itu,rancanglah perjalanan anda bersama keluarga sebaik baiknya.

Akhir bicara,selamat pulang dan selamat menuju ke destinasi diucapkan kepada semua.

Salam Aidilfitri,

"TAGGING GREATNESS TO EVERYONE"




AIDILFITRI HARI KEMENANGAN

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Takbir bergema, menandakan telah menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Dikesempatan ini , Pro Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir dan batin kepada seluruh umat islam khususnya warga Universiti Teknologi Malaysia

Sesungguhnya ketibaan 1 syawal ini menandakan berakhirnya bulan ramadhan Al Mubarak & merupakan hari kemenangan kepada umat didalam kesungguhan dalam melawan hawa nafsu dan bersungguh sungguh melakukan ibadah pada bulan Ramadhan.Diharapkan agar seluruh umat Islam walau dimana sahaja keberadaannya, menyambut ketibaan syawal ini dengan penuh kesyukuran sebagai tanda meraikan kemenangan kita mengharungi pesta Ibadah di bulan Ramadhan yang lalu.Semoga seluruh umat Islam terus istiqamah dalam melaksanakan amal ibadah,bukan semata-semata di bulan Ramadhan.

Sebagai penutup bicara,kami daripada Pro Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (PROM UTM) memohon seribu kemaafan atas segala silap,salah yang telah kami lakukan .Mohon maaf Zahir Dan batin. Semoga segala amalan yang telah kita lakukan dikira sebagai amal Soleh disisi Allah S.W.T.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
"Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu"

Salam Eid Mubarak

"TAGGING GREATNESS TO EVERYONE"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...