AIDILFITRI HARI KEMENANGAN

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
Takbir bergema, menandakan telah menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

Dikesempatan ini , Pro Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir dan batin kepada seluruh umat islam khususnya warga Universiti Teknologi Malaysia

Sesungguhnya ketibaan 1 syawal ini menandakan berakhirnya bulan ramadhan Al Mubarak & merupakan hari kemenangan kepada umat didalam kesungguhan dalam melawan hawa nafsu dan bersungguh sungguh melakukan ibadah pada bulan Ramadhan.Diharapkan agar seluruh umat Islam walau dimana sahaja keberadaannya, menyambut ketibaan syawal ini dengan penuh kesyukuran sebagai tanda meraikan kemenangan kita mengharungi pesta Ibadah di bulan Ramadhan yang lalu.Semoga seluruh umat Islam terus istiqamah dalam melaksanakan amal ibadah,bukan semata-semata di bulan Ramadhan.

Sebagai penutup bicara,kami daripada Pro Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (PROM UTM) memohon seribu kemaafan atas segala silap,salah yang telah kami lakukan .Mohon maaf Zahir Dan batin. Semoga segala amalan yang telah kita lakukan dikira sebagai amal Soleh disisi Allah S.W.T.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ
"Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu"

Salam Eid Mubarak

"TAGGING GREATNESS TO EVERYONE"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...