PRO-M | DERITA ROHINGYA




Beginilah nasib rakyat Rohingya yang hidup terbuang. Penafian hak warganegara yang dilaksanakan pemerintah kuku besi kerajaan Myanmar ternyata semakin rakus merobek hak kemanusiaan umat Islam. Lebih teruk lagi melibatkan diskriminasi bersifat keagamaan, umat Islam terus ditindas. Di mana negara yang mengaku sebagai negara Islam? atau sekadar Oh I See (OIC). Tempelak juga buat negara Asia yang lain. Kalian tidak perlu menjadi Muslim untuk punyai sifat peri kemanusiaan, memadai menjadi seorang manusia.

Keprihatinan kita terhadap mereka tanggungjawab bersama. Jika tidak mampu menyumbang lebih, sumbang yang termampu.

Sebarkan informasi agar lebih ramai yang celik mata dan hati perihal isu kemanusiaan yang berlaku.




1.Bukan Semata-mata Wang. Tetapi Juga Tenaga!
Bukan semua orang akan mampu menyumbang melalui wang. Ini jelas apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW sendiri mengadu kepada Rasulullah SAW akan ketidak mampuan mereka untuk beramal melalui kewangan.

Daripada Abu Zarr RA(beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.” Baginda bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma’aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah.” Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

Maka jelas telah ditunjukkan kepada kita bahawa sedekah itu, sumbangan itu, bukan bermakna pada harta sahaja. Amar ma’ruf nahi munkar(menyeru kepada yang baik dan menegah dari yang mungkar) juga adalah sedekah. Justeru, untuk saudara-saudara kita yang teraniaya di  Rohingya dan lain-lainya, kita boleh melakukan sumbangan walaupun kita tiada wang.

2.Facebook/Vlog,Blog,Poster
Anda seorang Vlogger?

Menyumbanglah melalui Vlog anda. Cakaplah apa sahaja berkenaan Gaza di Vlog anda. Ringkas pun tidak mengapa. Seterusnya promosikan sumbangan kepada Gaza melalui Vlog anda.

Anda seorang Pelukis Komik?

Menyumbanglah melalui Komik anda. Lukislah berkenaan Gaza. Perjuangan Mujahidin. Kesengsaraan anak-anak Palestin. Apa-apa sahaja yang boleh memberikan kesedaran, pencerahan, kepada yang membaca komik anda. Kemudian jangan lupa promosikan sumbangan kepada Gaza melalui komik anda itu.

Anda seorang Blogger?

Menyumbanglah melalui artikel-artikel anda. Blog anda itu, bannernya boleh ditukarkan kepada promosi derma. Artikel-artikel anda membicarakan berkenaan Gaza. Bangkitkan kesedaran melalui artikel-artikel anda.

Anda seorang pengkarya?

Anda suka menulis cerpen dan puisi? Maka tulislah cerpen berkenaan perjuangan di Gaza, kesengsaraan di sana. Tulislah puisi untuk menyedarkan orang ramai akan keadaan mereka di sana. Kemudian jangan lupa untuk promosikan juga bantuan kepada Gaza sana.

Anda seorang designer?

Anda suka design poster? Maka designlah poster-poster yang boleh meningkatkan kesedaran masyarakat akan situasi saudara-saudara kita di Gaza sana. Sambil mempromosikan bantuan derma kepada Gaza sana.

Anda pandai menyanyi?


Maka buatlah satu-dua lagu untuk Gaza. Bukankah itu sumbangan juga?

3. Anda Tak Ada Apa-apa?

Susah sebenarnya untuk zaman ini seseorang itu tidak punya apa-apa. Paling kurang, masyarakat sekarang ada Facebook. Jika anda tidak punya mana-mana talent yang saya cakapkan dalam subtopik sebelum ini, maka bantulah dengan promosikan sumbangan untuk saudara-saudara kita di Gaza itu melalui email, di Facebook, di Twitter anda.

Yang penting, jangan langsung tidak buat apa-apa.

Diam bukan pilihan kita!

Sumber : http://langitilahi.com/v2/10944

“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya.” Hadith Riwayat Bukhari.

PRO-M | TAGGING GREATNESS TO EVERYONE

PRO-M | PENTADBIRAN MULA GENTAR

Setelah apa yang berlaku, pihak pentadbiran yang terlibat mula gentar dengan pembongkaran bukti penglibatan mereka dalam agenda memperguna mahasiswa dan harta universiti untuk kepentingan politik luar.
Sekarang bukan masa untuk anda berduduk diam bermimpi! Sudah sekian lama masalah ini berlaku dan kali ini berlaku lagi. Selagi tiada tindakan dikenakan ke atas pihak pentadbiran yang terlibat, perkara ini akan berterusan. Bangkitlah mahasiswa! Jangan biarkan diri anda terus diperalat. Mahasiswa tetap mahasiswa, tapi universiti ini bukan sesiapa tanpa mahasiswa.
Usah cemarkan jati diri mahasiswa dan kredibiliti universiti. Kami menuntut pihak pentadbiran yang terlibat memohon maaf secara terbuka kepada mahasiswa yang tertipu. Usah berselindung disebalik tirai bilik berhawa dingin. Peringatan tegas sebelum dibongkar rakaman dan gambar-gambar anda semasa sibuk 'berkempen' atas tiket program khidmat masyarakat.
PRO-M | TAGGING GREATNESS TO EVERYONE


Santai NC Bersama Pimpinan Mahasiswa

PRO-M | HARAPAN PALSU
Pro-Mahasiswa Utm mengharapkan program Santai NC bersama pimpinan mahasiswa bukanlah sekadar memberi peluang kepada mahasiswa bersuara, tapi kami mengharapkan TINDAKAN daripada pihak pentadbiran Eksekutif agar lebih proaktif dalam mendepani isu-isu yang dibahaskan.

Rakaman Ringkas Pengucapan Mahasiswa
Saudara Ahmad Afifi bin Mohammad Lotfi

Rakaman Ringkas Pengucapan Mahasiswa
Terutamanya mengambil tindakan kepada pentadbiran yang terlibat dalam mempergunakan mahasiswa dan harta universiti bagi 'menjayakan' program khidmat politik di luar kampus. Dengan segera, agar masalah ini tidak berulang lagi.
TAHNIAH kepada mahasiswa yang berani ke hadapan menyuarakan pandangan anda! Ayuh mahasiswa bangkit!
PRO-M | TAGGING GREATNESS TO EVERYONE



PRO-M | MAHASISWA PROFESIONAL

“MAHASISWA perlu diberikan hak sebagai golongan intelektual yang BEBAS dari sebarang agenda PEMBONEKAAN. UNIVERSITI sebagai tempat ketamadunan ilmu tidak sepatutnya DICEMARI dengan agenda TANGAN GHAIB yang merosakkan”
Mohd Helmi Elvis Syefrizal
Pengerusi Pro-Mahasiswa Utm

PEMBONGKARAN MAHASISWA DIPERGUNA



Ternyata tindakan pihak universiti cukup melampau apabila menggunakan nama Universiti dan mahasiswa untuk kepentingan politik. Tidak salah jika ingin mendedahkan mahasiswa kepada politik semasa, tapi biarlah kena dengan caranya. Bukan memperalatkan mahasiswa untuk memenuhi ruang dewan kempen atas tiket khidmat masyarakat.


Kami dari Pro-Mahasiswa Utm melahirkan rasa kasihan kepada mahasiswa yang terlibat. Mereka mengharapkan dapat memberi bantuan kepada masyarakat dengan usaha murni, namun ternyata mahasiswa telah tertipu dan diperguna oleh pihak berkepentingan. Mereka lakukan bukan atas dasar sukarela, tetapi dipaksa!


 Rakaman : Pemikiran Mahasiswa Didoktrin
https://soundcloud.com/pro-mahasiswa-utm/rakaman-pemikiran-mahasiswa-didoktrin-prk-rompin

Aduan mahasiswa, mereka rasa cukup terkilan dengan tindakan Pengetua-pengetua Kolej Kediaman yang mengumpan mereka dengan kuota pengetua (syarat mendapat tempat penginapan di kolej kediaman), sudahlah program dilakukan secara tiba-tiba seolah-olah mendesak mahasiswa sertai, dan akhirnya mereka diperguna untuk 'memakbulkan' kehendak pihak tertentu.
Menurut mahasiswa yang menyertai 'khidmat masyarakat' di kawasan Felda di Pahang, pada awalnya diberitahu aktiviti akan dilakukan di beberapa lokasi tumpuan, tapi mahasiswa tidak menjangkakan terpaksa mendengar cerama politik murahan yang sibuk menghentam pihak lain, lebih menyedihkan apabila menghina orang yang telah meninggal dunia.

 Rakaman : Pemikiran Mahasiswa Didoktrin 2
https://soundcloud.com/pro-mahasiswa-utm/rakaman-2-pemikiran-mahasiswa-didoktrin-prk-rompin

Sungguh pun ada ketidakpuashatian dalam politik, adakah terlalu terdesak sehingga sanggup meracuni pemikiran mahasiswa sebegitu rupa. Apatah lagi mahasiswa yang terlibat kebanyakannya tahun 1 dan tahun 2.
Kami sekali lagi menyeru kepada semua mahasiswa agar jangan mudah terpedaya dengan 'janji manis' yang dilonggokkan di depan mata secara tiba-tiba. Beraktivislah dengan secara sukarela dan bersih dari segala campur tangan politik yang keterlaluan.
Kami menyeru semua pihak memainkan peranan penting dalam membela nasib mahasiswa yang diperguna oleh pihak universiti.
Sangat menyedihkan jika pihak pentadbiran eksekutif UTM masih tersenyum berehat di kerusi empuk dan hanya menyaksikan mahasiswa diperbodohkan sebegitu rupa.
Kami menuntut permohonan maaf pihak universiti kepada mahasiswa secara terbuka terutama pihak pentadbiran yang terlibat sebelum kami mengeluarkan bukti-bukti penglibatan anda dalam mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan politik murahan.
PRO-M | TAGGING GREATNESS TO EVERYONE

MAHASISWA DIPERKUDA

[VERSI BM]

Mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara.Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Mahasiswa semakin matang dalam membuat penilaian yang benar dan salah. Oleh itu sangat perlu mahasiswa tahu tentang selok belok politik dalam pentadbiran.

Berlangsungnya Pilihanraya Kecil (PRK) di Rompin dan Permatang Pauh merupakan isu politik terdekat masa ini. Tidak menjadi satu kesalahan penglibatan mahasiswa dalam PRK tersebut yang menjadi universiti terbuka pendedahan awal kepada mahasiswa tentang arena politik.

Namun agak mengejutkan apabila terdapat mahasiswa yang kelihatan seolah-olah tertipu dengan cara yang cukup memalukan sebuah institusi penyelidikan bertaraf dunia apabila kelihatan memperalat mahasiswa untuk kepentingan politik luar kampus. Kredibiliti mahasiswa dan institusi pengajian tinggi telah dicabul oleh pihak berkepentingan.

Penyalahgunaan kuasa pentadbiran juga merupakan skandal yang menjijikkan apabila tergamak mempergunakan mahasiswa untuk memilih pihak mana yang perlu disokong. Persoalannya mengapa perlu membonekakan mahasiswa? Mengapa pemikiran mereka perlu didoktrin dengan agenda politik murahan yang kelihatan cuba mengaburi hak mereka sebagai pemilih?

PENGGUNAAN HARTA UNIVERSITI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK

Sangat menyedihkan apabila segelintir pihak pentadbiran universiti tergamak menggunakan hak kebajikan mahasiswa untuk kepentingan kepartian. Pada awalnya mahasiswa dikatakan dibawa ke program khidmat masyarakat, tetapi kasihan mahasiswa diperalat untuk menjadi pendengar setia ceramah politik yang sibuk menghentam pihak lain dengan cerca dan nista. Adakah begini mahasiswa perlu dididik?

Mahasiswa diumpan dengan kuota pengetua, makanan percuma untuk membeli khidmat mahasiswa bagi menjayakan agenda berkepentingan politik. Tindakan mahasiswa dibonekakan sebegitu rupa sangatlah memalukan.

Hak mahasiswa perlu terus dilindungi, agar tidak terus dicabuli oleh tangan-tangan kotor yang rakus membonekakan mahasiswa untuk kepentingan tertentu. Mahasiswa perlu bangkit mempertahankan hak mereka sebagai pemilih.

"Jangan Membonekakan Mahasiswa, Hentikan Pembodohan"

________________________________

[ENGLISH VERSION]

PRO-M | STUDENTS AS PUPPET
Students are the future leaders of the nation. It has been said that when we want to see the face of the country in the future, take a good look at today's younger generation. Students, in their young adult years have the right sense of mind to assess what is right and what is wrong. It is due to this that we from Pro-Mahasiswa believe that it is crucial students know about the political wrongdoings happening in UTM's administration.

The election (PRK) in Rompin and Permatang Pauh is the center of political attention today. Though involvements of students in any election is not considered wrong as it gives good exposure to students about the political environment outside campus, it is somewhat surprising when there are students who seems to be fooled by this world class research institution when the student appears to be taken advantage of towards the interest of political parties and has been used as a tool off-campus. The credibility of the students and institutions of higher learning have been misused by these stakeholders with a hidden agenda.

Abuse of administrative power is also a questionable act when the student is taken advantage of in choice of political party. The question here is why should the students be puppetted in this manner? Why are their way of thinking brainwashed with cheap political agendas that blurr their minds about their rights to choose?

THE USE OF UNIVERSITY PROPERTY FOR POLITICAL INTEREST

It is highly devastating that when a few of the University's administration deny using the students' welfare rights for the benefit of a political party. Initially students were said to be brought to a community service programme, however, it is a pathetic excuse as students to are forced into listening to political talks that are filled with hatred towards the opposing party. Is this the way to educate students?

Students are baited with the principal's quota (a merit demerit system to ensure students' accommodation in their college), free food to buy students' services for the success of this political agenda. This act is a disgrace and an embarrassment to the students.

Student rights should be continuously protected in order to stop them from being misused by the wrong hands for their own selfish interests and greed. Students should rise up to defend their rights as electors.

"Stop Making Students as Puppets, Stop Fooling Students"

PRO-M | TAGGING GREATNESS TO EVERYONE

GST | 106 SOALAN GST




Berikut merupakan soalan yang telah diajukan kepada Pihak Kastam bagi memperoleh penjelasan berkaitan GST.

Bil
Soalan
Jawapan Kastam
1
Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku?

 KPDNKK telah menerbitkan dan mengedarkan 6 panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu pejabat KPDNKK, pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/.

Apabila GST dilaksanakan dan bergantung kepada kesediaan peniaga untuk memindahkan penjimatan kos membuat (pass down the cost saving) lanjutan daripada tuntutan cukai input ke atas pembelian bagi tujuan perniagaan.

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan disebabkan oleh cukai semata-mata. Kenaikan harga lazimnya berpunca daripada permintaan dan penawaran terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan dalam pasaran.
2
Adakah 10% SST akan dihapuskan selepas GST 6% dilaksanakan bermula   1 April ini?

 Ya, SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) dimansuhkan mulai 1 April 2015 Oleh itu dua cukai yang ada sekarang akan digantikan dengan satu sahaja.
Nota tambahan: Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai Jualan 1972). Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah 10%, melainkan barangan dalam Jadual 1, misalnya bahan-bahan mentah sebanyak 0%. Jadual 2, misalnya untuk makanan dan buah-buahan sebanyak 5%, Jadual 3, minuman berproses sebanyak 20% dan Jadual 4, untuk bahan petroleum dan diesel, berkadar spesifik. Cukai ini telah dimasukkan ke dalam kos harga barang dan pengguna membayar cukai tersebut tanpa disedari. Cukai Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 (Akta Cukai Perkhidmatan 1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun 2011. Kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan digantikan dengan GST pada kadar 6%.
3
Bagi syarikat-syarikat yang memperoleh pulangan mencecah RM500K tahun lepas tetapi tidak dijangka untuk mencapai jumlah tersebut pada tahun ini, adakah mereka harus mendaftar dan mengutip GST?

 Syarikat tersebut tidak perlu mendaftar dan tidak boleh mengenakan GST.
4
Sama juga mengenai syarikat-syarikat yang berada pada garis sempadan, apa yang patut mereka lakukan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani isu ini supaya ia adil kepada mereka dan pengguna? Adalah difahamkan bahawa kes-kes yang berada pada garis sempadan digalakkan untuk mendaftar dan mengutip GST jika pulangan mereka tidak mencecah RM500k, kemudian bagaimana?
Sekiranya perolehan tahunan sesebuah syarikat tidak mencapai nilai ambang (threshold RM500,000), syarikat tersebut mempunyai pilihan sama ada terus kekal dengan status tidak berdaftar atau boleh mendaftar secara sukarela. Selepas pendaftaran diluluskan, syarikat perlu terus kekal dalam sistem GST untuk tempoh tidak kurang dari 2 tahun.
5
Mengapa kerajaan mengurangkan peratusan cukai korporat daripada 25% kepada 24% kerana itulah hasil penting bagi kerajaan dan mencaj GST 6%?
Tujuan utama GST ialah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara. Satu dari kaedah untuk mencapai tujuan tersebut ialah mengurangkan pengantungan kepada cukai-cukai langsung (direct taxes) seperti cukai korporat. Pengurangan cukai korporat dapat menggalakkan pelabur asing untuk membuka perniagaan di Malaysia dan menwujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
6
Adakah gaji minimum akan dikaji semula dan dinaikkan kepada gaji yang mencukupi untuk kelangsungan hidup, sebelum melaksanakan GST? Berapakah kenaikan itu?
Adalah menjadi dasar kerajaan dibawah ETP untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yakni pendapatan per kapita dari RM23,700 pada tahun 2009 kepada RM48,000 pada tahun 2020.Oleh itu Kerajaan akan menjalankan Kajian gaji minima secara berterusan dan bergantung kepada kedudukan ekonomi negara
7
Mengapa tidak kekalkan senarai barangan and perkhidmatan yang dikenakan SST sama dengan GST? Mengapa ia perlu diluaskan kepada barangan dan perkhidmatan yang tiada cukai sebelum ini?
GST merupakan langkah penyusunan semula sistem percukaian Negara. Ini secara tidak langsung melibatkan perluasan skop cukai dan menghapuskan elemen cukai berganda yang ada dalam SST.Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.
8
Apakah mekanisma yang akan diambil kerajaan untuk mengekangkan kenaikan harga akibat GST?
Kerajaan akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan adalah melaksanakan sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, memperhebatkan penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Panduan Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga (price setter). Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan, pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan
9
Mengapa barangan harian seperti tin sardin dikenakan GST 6%, manakala udang galah dikecualikan GST? 
Udang galah diklafikasikan sebagai bahan makanan asas dibawah “crustaceans” yang berkadar sifar. Manakala tin sardin diklasifikasikan sebagai bahan makanan yang telah diproses dan dikenakan kadar GST 6%.
10
Bagaimana hasil daripada GST akan digunakan untuk orang  awam? Sila nyatakan

Semua hasil negara termasuk hasil daripada GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated Fund). Dana dari Consolidated Fund digunakan untuk pentadbiran dan kemajuan negara.
Pecahan untuk perbelanjaan untuk orang awam dalam Bajet 2015 adalah seperti berikut:
 program perguruan dan pembelajaran - RM60.0 bilion
 perkhidmatan dan kemudahan kesihatan - RM23.3 bilion
 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) - RM4.9 bilion
 kemudahan dan infrastruktur - RM4.5 bilion
 biasiswa kerajaan - RM3.0 bilion
 keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya - RM1.2 bilion
 bantuan buku 1Malaysia - RM325 juta

11
Bank Dunia mengatakan bahawa cukai pengguna seperti GST adalah regresif dan memberi kesan paling teruk kepada yang miskin. Dalam keadaan sedemikian, mengapa kerajaan mahu melaksanakan GST?
Secara am, GST boleh diiktirafkan sebagai cukai regresif tetapi model GST boleh diubahsuai untuk dijadikan sistem cukai progresif dengan kaedah kadar-sifar, pengecualian dan pelepasan. Pengalaman dari Vietnam dan Ethiopia telah membuktikan keberkesanan GST yang telah diubahsuai. 4

Malaysia yang agak lewat melaksanakan GST berpeluang untuk meniru model GST progresif yang telah dilaksanakan di negara-negara lain.
Berdasarkan kajian telah dilakukan oleh IMF, model GST Malaysia adalah progresif kerana kebanyakkan barang dan kemudahan asas tidak dikenakan GST.
Bank Dunia juga telah memberi pengiktirafan GST di Malaysia adalah yang paling terbaik di dunia.


12
Masih terdapat 17000 firma yang menunggu untuk didaftarkan untuk GST, ini adalah jumlah yang besar untuk berurusan dalam masa dua minggu sebelum pelaksanaan GST ini. Bagaimanakah anda kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini?

Angka tersebut telah berkurangan dan kebanyakkannya adalah permohonan oleh peniaga yang nilai ambangnya kurang daripada RM 500,000.
13
Tidakkah anda terfikir, jika kerajaan menghukum dan mendenda perniagaan yang tidak berdaftar di bawah GS,T akan berpindah ke negara lain untuk melabur?
Setiap Negara mempunyai undang- undang yang perlu dipatuhi. Hanya syarikat yang tidak mematuhi undang- undang akan dikenakan tindakan
14
Perniagaan di Malaysia adalah baik dan membuat keuntungan besar jadi mengapa kadar cukai korporat mereka sedang dikurangkan?
Ini adalah salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan menggalakkan pelabur asing kekal di Malaysia. Strategi ini juga telah dilaksanakan oleh negara-negara lain seperti Thailand, Singapura, dan lain-lain.
15
Menurut laporan juruaudit agung tahunan ini, kerajaan kehilangan  wang setiap tahun kerana ketirisan. Apakah jaminan bahawa hasil GST tidak akan dikendalikan mengikut nasib  yang sama?

GST adalah salah satu strategi untuk mengekang ketirisan hasil Negara.
16
Adakah kaum kerabat seperti sultan / raja dan keluarga mereka membayar cukai?
Di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014, Yang Di Pertuan Agong, sultan-sultan, Undang-Undang Negeri Sembilan, YDP Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak diberi pelepasan dari GST untuk 5

semua barangan, kecuali petrol, untuk kegunaan peribadi dan rasmi. Namun kaum kerabat sultan / raja tidak terkecuali daripada membayar cukai.
17
Sebelum pelaksanaan GST, rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk menyimpan barang-barang yang boleh menyebabkan kekurangan makanan atau barang keperluan bekalan. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah kejadian ini?
Rakyat tidak perlu menyimpan stok makanan berlebihan kerana barang keperluan asas dikenakan GST pada kadar sifar.
Walaubagaimana pun, jika peniaga-peniaga menyimpan barang secara berlebihan untuk tujuan memanupulasikan harga, KPDNKK akan mengambil tindakan dibawah Akta Bekalan Barangan 1961.
18
Adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawasi dan mengawal pengurusan GST untuk mengelakkan pembaziran seperti projek KLIA2 yang bermula dengan RM1.5 bilion dan berakhir dengan RM4.5 bilion? 
Kerajaan telah menubuhkan Public Account Committee (PAC). untuk mengawasi dan mengawal projek-projek kerajaan bagi mengelak pembaziran termasuk pengurusan GST.
19
Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006 menyatakan semua jenis ubat  perlu dikecualikan cukai untuk memastikan pesakit mempunyai akses kepada ubat-ubatan. Ini bercanggah dengan keadaan semasa di mana GST dikenakan. Bagaimana pula sekarang cukai GST akan dikenakan pada ubat-ubatan?
Terdapat kira-kira 4215 jenis ubat-ubatan tidak dikenakan GST seperti yang disenaraikan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan yang boleh diperolehi di dalam Portal GST.Senarai ubatan berkadar sifar boleh dilihat melalui link berikut : http://www.customs.gov.my/ms/pg/pg_odr/P.U.%20(A)%20272%20-%20Butiran%202,%20Jadual%20Pertama%20-%20Senarai%20Ubat%20Penting%20Kebangsaan.pdf
Hanya ubatan yang tidak termasuk didalam senarai tersebut dikenakan GST.
20
Adakah pembelian rumah akan dikenakan Cukai GST? Bagaimana dengan rumah kos rendah? 

Pembelian semua jenis rumah kediaman termasuk rumah kos rendah tidak dikenakan GST.
21
Adakah penggunaan kad kredit akan dikenakan Cukai GST ? Adakah ini bermaksud, pengguna perlu bayar Cukai GST 6% bagi apa-apa  barangan yang dibeli menggunakan kad kredit dan selepas itu bila hendak membayar bil kad kredit , 6% lagi Cukai GST perlu dibayar kerana menggunakan kad kredit ?

Cukai perkhidmatan RM50 terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan yang telah dikenakan mulai 1 Januari 2010 akan dihapuskan mulai 1 April 2015. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan.
GST juga tidak akan dikenakan ke atas caj bayaran lewat dan caj kewangan.
Perkhidmatan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST, begitu juga jumlah transaksi menggunakan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST. Pembayaran bil kad kredit juga tidak dikenakan GST. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan.

Nota 1: Caj bayaran lewat merujuk kepada caj apabila pemegang kad gagal membayar jumlah yang sepatutnya sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum tarikh tamat tempoh.
Nota 2: Caj kewangan adalah caj yang dikenakan ke atas pemegang kad terhadap baki yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh.

22
Adakah pengeluaran wang di ATM akan dikenakan Cukai GST ? Bagaimana 6% akan dikira ?

Perkhidmatan pengeluaran wang di ATM di bank yang sama tidak dikenakan GST. Hanya perkhidmatan MEPS ia itu pengeluaran wang di ATM antara bank dikenakan GST. GST 6% di kenakan pada caj RM1 untuk perkhidmatan MEPS.
23
Adakah pertrol dan diesel akan dikenakan Cukai GST ? 
Pembekalan Ron 95 dan Diesel kepada pengguna tidak dikenakan GST
24
Adakah LPG ( natural gas)  akan dikenakan Cukai GST ? 

Pembekalan Liquefied Petroleum Gas (LPG) bersukatan 14kg ke bawah tidak dikenakan GST.
25
Adakah penggunaan khidmat pajak gadai dikenakan Cukai GST ? 

GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pajak gadai.
26
Adakah Cukai GST akan dikenakan apabila kita buat pinjaman perumahan atau sewa -beli kenderaan ? 
GST dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pinjaman perumahan atau sewa beli kenderaan. Namun perkhidmatan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan yang dibekalkan oleh agensi kerajaan tidak dikenakan GST.
27
Adakah kita boleh mengandaikan yang barangan yang tidak dinyatakan dalam buku panduan GST , kerajaan tidak akan dikenakan Cukai GST ? 
Buku panduan yang dikeluarkan adalah sebagai panduan peniaga kedai runcit dan pengguna sahaja dan ianya tidak meliputi keseluruhan barangan.
Hanya barangan yang disenaraikan dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014, Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 dan pelepasan Perintah CBP ( Pelepasan) 2014 yang tidak dikenakan GST.
28
Adalah dikatakan barangan zero rated dan barangan yang akan dikecualikan boleh dikaji semula oleh kementerian yang berkenaan bersama Kastam . Apakah kayu ukur ataupun kriteria untuk sesuatu barangan untuk dijadikan zero rated @dikecualikan cukai GST ? Bagaimanakah proses kaji semula akan dilakukan ? 
Pertimbangan dibuat berdasarkan sama ada barang atau perkhidmatan tersebut adalah merupakan barangan keperluan asas rakyat Malaysia atau perkhidmatan kritikal. Kajian semula dilakukan mengikut keperluan.
29
Adakah perkhidmatan kesihatan swasta akan dikenakan Cukai GST ? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian ?
Perkhidmatan kesihatan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.
30
Adakah pendidikan swasta dikenakan Cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian ?

Pendidikan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.
31
Siapakah yang mendapat manfaat paling  besar dan yang paling  rugi apabila GST dilaksanakan?
Pada keseluruhannya, rakyat dan negara akan mendapat manfaat paling besar dari pelaksanaan GST melalui kemudahan prasarana, infrastruktur, pendidikan, dan kesihatan.
32
Mengapa organisasi bukan berlandaskan keuntungan perlu dicukai dalam sistem GST walhal mereka bukanlah entiti komersial?
Organisasi yang membekalkan pembekalan bercukai sahaja dan melebihi nilai ambang 500 ribu yang perlu berdaftar dengan GST.
33
Badan amal dan agensi awam antarabangsa adalah dikecualikan cukai dan adakah mereka boleh mendapatkan pengecualian cukai selepas GST?
Perolehan barang, kecuali petroleum oleh Badan Amal Swasta (Private Charitable Entity) dan Orang yang berhak untuk keistimewaan diplomatik di bawah Ordinan Diplomatik 1949 dan Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna) 1966 (Person Entitled To Diplomatic Privileges Under The Diplomatic Ordinance 1949 and Diplomatic Privileges (Vienna Convention) Act 1966) diberikan pelepasan cukai tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014.
34
Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST berjaya mengurangkan jurang antara  kaya-miskin?
Tiada kaĵian sedemikian pernah dibuat.
35
Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.
Penambahan amaun BRIM memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang berpendapatan rendah.
36
Berapa lamakah masa yang diambil oleh pembekal, pemborong dan peruncit untuk mendapatkan kembali GST yang ditanggung dalam proses input?
Pulangbalik cukai akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penyata GST dikemukakan secara atas talian atau 28 hari bekerja bagi penyata yang diterima secara manual dengan syarat syarikat mengemukakan maklumat yang lengkap.
37
Apakah strategi kerajaan untuk memastikan harga barangan yang berpatutan sementara perniagaan memperoleh kembali GST?
GST bukan merupakan kos kepada peniaga. Cukai input yang dibayar oleh peniaga dibenarkan untuk dibuat pelarasan dengan cukai output yang dipungut oleh syarikat.
Langkah kerajaan adalah:
 Menjalankan Operasi Catut supaya peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak berpatutan.

o http://gstmalaysiainfo.com/operasi-banteras-pencatutan-diperhebat-sebelum-pelaksanaan-gst/
o http://gstmalaysiainfo.com/ops-catut-fasa-kedua-mula-2-april/

 Menyediakan talian komputer untuk pengguna membuat aduan terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga dengan tidak munasabah.

o http://gstmalaysiainfo.com/gst-lapor-salah-laku-peniaga-menerusi-ez-complaint/

o http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemak-status-gst/


38
Ekonomi dipacu oleh kuasa membeli rakyat, dengan GST kuasa membeli akan berkurangan. Adakah itu bermakna kita sedang mengalami kemeseletan ekonomi? Adakah anda mempunyai strategi untuk meningkatkan kuasa membeli?
Dengan GST kuasa membeli tidak akan berkurangan ini adalah kerana sebahagian besar barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal kepada rakyat adalah tidak dikenakan GST. GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dengan kadar yang lebih rendah dan peniaga berdaftar layak untuk menuntut balik cukai input yang dibayar. Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran. Selain itu, bagi meringankan tanggungan cukai dengan perlaksanaan GST, kerajaan telah memperuntukkan penambahan bayaran BRIM kepada isirumah yang pendapatan kurang daripada RM4000 sebulan. Kerajaan juga telah memberi rebat cukai pendapatan sebanyak 1%-3% kepada golonggan berpendapatan sederhana dan tinggi. Semua langkah di atas akan meningkatkan kuasa membeli rakyat.
39
Syarikat yang perniagaanya untuk satu tahun yang kurang daripada RM 500, 000 tidak perlu mendaftar kepada pihak Kastam dan  membayar GST . Bagaimana pula jika suatu barangan yang sama dibekalkan oleh satu syarikat yang mempunyai jumlah bisnes melebihi RM 500k yang berdaftar dengan Kastam dan syarikat yang dikecualikan itu? Adakah barangan yang sama dari syarikat yang lain akan dikenakan cukai yang berbeza?
Barang yang dijual oleh perniaga berdaftar dikenakan GST. Manakala, barang yang sama juga dijual oleh peniaga yang tidak berdaftar GST tidak dikenakan GST tetapi dalam harga barang tersebut telah dimasukkan unsur GST. Oleh itu, harga atas barang berkenaan yang dijual oleh kedua-dua peniaga ini adalah tidak jauh berbeza dengan andaian lain-lain kos peniagaan dan margin keuntungan adalah sama.

40
Apakah kadar inflasi sekarang dan kadar inflasi selepas 1hb.April, 2015? Adakah pihak Kerajaan sudah membuat anggaran ini ?
Kadar inflasi semasa dalam lingkungan 3%, Kerajaan telah menggangarkan bahawa kadar inflasi akan meningkat sebanyak 1% selepas pelaksanaan GST.
41
Apakah justifikasi menetapkan permulaan kadar GST pada 6%? Kenapa ianya tidak dimulakan pada kadar yang lebih rendah ?


GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada kadar 5%, 6%, 10% dan spesifik. Pelaksanaan GST perlu mengambilkira kutipan hasil di bawah (SST) dan bantuan-bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Disamping itu, model GST Malaysia juga perlu menentukan impak minimal kepada Rakyat secara keseluruhan dengan mengenakan GST pada kadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan asas yang digunakan oleh rakyat. Kadar 6% merupakan antara yang terendah di dunia.
42
Adakah pembelian yang dibuat oleh pihak Kerajaan ataupun GLC juga dikenakan GST ?

Pembelian barang selain petroleum dan kereta oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak tertakluk kepada GST melalui pelepasan di bawah Perintah CBP (Pelepasan) 2014. Namun, perolehan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tertakluk kepada GST. Semua pembelian barang dan perkhidmatan oleh Government-Linked Company (GLC) tertakluk kepada GST.
43
Untuk mematuhi kepada regim GST , semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit adalah amat penting untuk perniagaan . Bagaimana pula jika sesuatu perniagaan dan pembeli membuat transaksi tanpa rekod demi untuk mengelakan kesukaran ini . Maka adakah GST ini akan menyebabkan pasaran gelap bermaharajalela ? Bagaimana  kerajaan akan mengawal perkara ini ?
GST merupakan salah satu cara untuk mengurangkan pasaran gelap kerana peniaga yang mempunyai rekod jualan dan pembélian yang kemaskini melayakkan peniaga untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan pinjaman bank. Jika orang berdaftar membeli dari pasaran gelap, mereka tidak layak untuk menuntut apa-apa cukai input dan ini akan meningkatkan kos perniagaannya.
44
Statistik menunjukkan kadar pendapatan (gaji) di negara Malaysia hanya 30% daripada GDP, manakala negara lain yang telah melaksanakan GST kadar pendapatannya lebih tinggi. Statistik juga menunjukkan kadar gaji di Malaysia tidak banyak naik sejak tahun 1970an. Jadi, apakah rasionalnya untuk melaksanakan GST sekarang? 


45
Adakah pengecualian GST akan diberikan kepada golongan berikut:
-OKU
-warga emas
-penganggur
-miskin tegar

Model GST Malaysia telah mengambilkira keperluan ke semua golongan rakyat dengan tidak mengenakan cukai ke atas barangan asas dan perkhidmatan asas yang dikecualikan termasuklah pengangkutan awam, kesihatan dan pendidikan. Selain itu, bagi keperluan OKU, pembelian peralatan bantuan seperti kaki palsu, kerusi roda, tongkat, alat bantuan pendengaran dan sebagainya layak untuk diberikan pelepasan daripada pembayaran GST melalui Perintah GST (Pelepasan) 2014. Kementerian Kewangan akan membuat kajian dan pertimbangan dari semasa ke semasa jika terdapat lain-lain keperluan kritikal kepada rakyat yang tidak berkemampuan.
46
Adakah pihak kerajaan akan menunjukkan akaun GST secara telus kepada rakyat dan jika ya, bagaimana ianya akan dilakukan? 

47
Apakah jaminan yang ada untuk memastikan wang kutipan GST tidak disalahgunakan oleh pihak Kerajaaan. Jelaskan mekanisme yang akan digunakan untuk tujuan ini. 


48
Pihak Kerajaan dan Bank Negara Malaysia telah mengaku bahawa akan berlaku kenaikan harga selepas perlaksanaan GST tetapi ini adalah untuk sementara sahaja. Di Malaysia harga barang yang naik tidak pernah turun (kecuali minyak baru-baru ini). Jadi, bagaimana pihak berkuasa akan bertindak untuk mengawal harga barangan dan memastikan bersifat sementara sahaja. Rekod pihak berkuasa selama ini menunjukkan ia GAGAL dalam mengawal harga barangan termasuk semasa harga minyak turun. 


49
Adakah Menteri-Menteri juga akan membayar GST seperti rakyat biasa kerana banyak perbelanjaan mereka disubsidi oleh pembayar cukai? 

Menteri-menteri adalah tidak terkecuali daripada membayar GST ke atas setiap perbelanjaan mereka seperti rakyat biasa.
50
Mengapakah pihak Kerajaan membeli sebuah jet baru berharga RM465juta dengan bayaran ansuran RM2.2 juta setiap (untuk 15 tahun) semasa Kerajaan mengalami masalah kewangan. Kenapa masih boros berbelanja dan rakyat dibebankan dengan GST?


51
Hanya insurans hayat sahaja dinyatakan bebas cukai GST. Bagaimana pula dengan insurance kemalangan diri, penyakit kritikal, perubatan & kesihatan -?
Secara umum perkhidmatan insuran adalah tertakluk kepada GST. Namun, insuran hayat dikecualikan daripada dikenakan GST kerana ia berbentuk simpanan dan pelaburan untuk masa hadapan.
52
Kenapakah tambang pengangkutan awam naik sebanyak 23% - 67 % yang sepatutnya berkurangan setelah dipotong dari SST?

Kenaikan tambang pengangkutan awam yang didakwa meningkat dari 23% ke 67% tiada kaitan dengan pelaksanaan GST. Berdasarkan kajian, kesan GST ke atas kos perkhidmatan pengangkutan awam adalah minimum memandangkan pengangkutan awam dikecualikan daripada GST dan kadar GST adalah lebih rendah daripada SST.
Kadar kenaikan tambang teksi sudah diusul kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan dikaji sejak beberapa lama dahulu iaitu sebelum pelaksanaan GST.
53
Nilai ringgit telah jatuh teruk berbanding matawang lain di negara ASEAN. Maka, harga barang import juga akan meningkat kerana Malaysia mengimport barangan makanan asas. Bagaimana rancangan kerajaan utnuk mengwal harga selepas GST yang sudah pasti akan meningkatkan kadar inflasi negara?


54
Ahli pernigaaan meminta supaya perlaksanaan GST ditangguhkan. Adakah kerajaan akan mengambil kira pilihan ini kerana mereka adalah pemain utama dalam ekonomi tempatan?

55
Jabatan Diraja Kastam telah dilabel sebgagai salah satu agensi kerajaan paling korup. Bagaimanakah kerajaan boleh meletakkan kepercayaan kepada pejabat kastam untuk mengutip GST?
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merupakan Agensi yang dipertanggungjawab untuk mentadbir cukai jualan dan cukai perkhidmatan sejak dikuatkuaskan pada 1970an.SST akan dimansuhkan dan dugantikan oleh GST mulai 1 APRIL 2015 maka sewajarnya GST ditadbir urus oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga.
Jabatan sentiasa mengambil langkah membendung amalan tidak berintegriti di kalangan anggota jabatan dengan melaksanakan nilai-nilai murni,pusingan kerja (job rotation) dan mengenakan tindakan disiplin ke atas pegawai yang tidak mematuhi etika kerja dan peraturan-peraturan penjawat awam.
56
Kerajaan mengumumkan bahawa RM250 juta digunakan untuk mendidik rakyat mengenai GST, berapa banyak pula wang yang telah dibelanjakan setakat ini untuk melaksanakan GST?


57
Kerajaan tidak boleh melaksanakan GST tanpa mekanisme kawalan dan audit bersedia, dan kita tidak mempunyai mekanisme tersebut ketika ini. Bayangkan jumlah penipuan dan duit kopi yang akan diperoleh oleh juru audit kerajaan sekiranya berlaku. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini? 

GST merupakan sistem berasaskan penilaian kendiri (self assessment) dengan itu memerlukan sistem pengurusan risiko yang komprehensif dan mantap bagi memantau pembayaran cukai oleh mereka yang berdaftar. Sistem ini mengurangkan interaksi antara pegawai jabatan dengan peniaga dan sekaligus mengurangkan peluang penyelewengan di kalangan juruaudit. Sistem ini juga dibina lengkap dengan kelulusan berperingkat agar semua tindakan direkodkan dan dikawal oleh para penyelia.
58
Kebanyakan peruncit tidak langsung pernah merekodkan transaksi buat kali pertama. Bagaimanakah kerajaan dapat melaksanakan GST ( kecuali pada supermarket dan retailers ), kebanyakan perniagaan di Malaysia adalah dalam tunai dan tidak mengeluarkan invois dan tiada sistem data. Hanya mereka yang mempunya rekod yang tersusun akan mempunya mimpi ngeri, dan merrka yang mempunyai rekod yang baik dapat mengisi data mereka dengan baik kerana tiada kepakaran audit. Jadi mengapa perlu GST?

GST tidak boleh dikaitkan dengan amalan perniagaan. GST pada hakikatnya membantu peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian yang lebih efisyen (good business practice) bagi memudahkan mereka mengenalpasti kos sebenar yang ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi.
59
7% dari pendapadan kerajaan Malaysia dalah dari cukai jualan. Dari menggunakan keseluruhan sistem kerajaan, cukai jualan atau GST, dengan mengambil kira overhead dan juru akaun  dan penguatkuasa tambahan, bukankah lebih efisyen untuk menaikkan pendapadan lebihan 7% melalui cukai syarikat dan cukai pendapatan yang lebih tinggi?


60
Bagi satu barangan yang dikecualikan GST, pekedai telah kenakan GST. Apakah yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya boleh mendapat kembali wang saya?

Hanya pekedai yang sudah berdaftar yang ada hak kenakan GST kepada harga barang. Pengguna boleh menyemak status pekedai sama ada berdaftar GST atau tidak melalui laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berikut http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemak-status-gst/

Pengguna boleh melaporkan kepada JKDM kes pekedai yang tidak berdaftar GST tetapi mengenakan GST kepada harga barang. Aduan boleh dibuat melalui hotline 1-300-888-500, helpdesk atau di link berikut: http://aduan.customs.gov.my
Pengguna juga boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan wangnya kembali,
61
Berapa jumlah syarikat yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM500,000 sebelum GST telah menutup perniagaan mereka untuk elak GST?

Tiada maklumat dan diluar bidang kuasa JKDM.
62
Adakah gaji ahli parlimen akan dinaikan selaras dengan 6% GST ?


63
Adakah barangan keagamaan seperti kitab suci dan barang sembahyang dikenakan GST?
Kitab suci tidak dikenakan GST tetapi barang sembahyang tertakluk kepada GST, sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan
64
Adakah perkhidmatan LRT and Komuter akan dikenakan cukai GST?

Perkhidmatan LRT dan Komuter dikecualikan dari GST.
65
Adakah kos penyelenggaraan untuk flat kos rendah dan apartment dikecualikan GST?
Kos penyelengaraan untuk semua perumahan di bawah hakmilik strata adalah dikecualikan dari GST.
66
Adakah perkhidmatan bas sekolah akan dikenakan cukai GST?
Perkhidmatan bas sekolah dikecualikan dari GST
67
Bolehkah kadar 6% GST itu dinaikan bila bila masa? Apakah kriteria untuk meningkatkannya ?
Cukai jualan telah diperkenalkan pada tahun 1972 manakala cukai perkhidmatan pada tahun 1975. Sejak dari itu, kenaikan kadar cukai jualan hanya berlaku sekali sahaja selepas 10 tahun pelaksanaannya iaitu pada tahun 1982 dari kadar 5% kepada 10%. Manakala kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% hanya berlaku pada tahun 2011 selepas 36 tahun pelaksanaannya.
Jika dibandingkan dengan negara-negara yang telah melaksanakan CBP seperti Australia, Jepun dan Singapura, didapati kenaikan kadar cukai hanya berlaku setelah beberapa tahun pelaksanaan CBP. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor seperti kestabilan ekonomi, kemantapan sistem CBP, penerimaan rakyat yang sangat tinggi serta impak terhadap pengguna mempengaruhi kenaikan kadar cukai
68
Bagi barangan dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan, adakah GST akan dikenakan dan bagaimana ia ditentukan ?
Sama ada barang dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan akan tertakluk kepada GST bergantung kepada kategori barang dan perkhidmatan tersebut sama ada ianya tertakluk kepada GST.
Jika kategori barang dan perkhidmatan tersebut tidak tersenarai di dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 atau Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 maka ia tertaluk kepada GST.
69
Adakah perkhidmatan tandas awam dikenakan cukai GST?
Perkhidmatan tandas awam yang dibekalkan oleh orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.
70
Adakah pakaian sekolah dikenakan GST ?
Pembelian pakaian sekolah dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan.
71
Adakah alat-alat tulis yang digunakan disekolah dikenakan GST ?
Pembelian alat tulis dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan.
72
Dalam konteks mewujudkan masyarakat celik IT, adalah GST dikenakan bagi pembelian komputer?
Pembelian komputer dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.
73
Banyak negara yang melaksanakan GST menyediakan pendidikan percuma, sistem kesihatan percuma dan kemudahan awam efisyen lagi berpatutan seperti di negara Nordic. Adakah Malaysia mempunyai rancangan yang sama?

74
Sebelum perlaksanakan GST, orang ramai akan mengumpulkan makanan yang kemudian akan menyebabkan permintaan tinggi yang mengakibatkan inflasi. Bagaimanakah kerajaan dapat mengendalikan perkara ini?

75
BRIM merupakan kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin untuk menghadapi kesan GST. Bolehkan kita membatalkan GST supaya kerajaan tidak perlu membayar BRIM?
Tidak. Sebenarnya BR1M telah diperkenalkan sebelum GST dilaksanakan lagi.
76
Syarikat yang mempunyai auditor dalaman akan mampu untuk menanggung kos pentadbiran GST jika dibandingkan dengan syarikat kecil yang tidak mempunyai auditor dalam. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu syarikat-syarikat kecil dengan pertambahan kos pentadbiran ini? 
Kerajaan telah memberi bantuan dari segi handholding program (latihan percuma), bantuan dalam bentuk e-voucher untuk membantu PKS membeli perisian perakaunan patuh GST. PKS juga boleh datang pada bila-bila masa untuk mendapatkan konsultasi dan khidmat nasihat. Mereka juga layak mendapat elaun modal yang dipercepatkan dan insentif lain.
Panduan-panduan GST juga disediakan untuk PKS memahami GST yang boleh dimuat turun dari laman web sesawang seperti berikut :
a) Panduan Umum - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_gg.aspx
b) Panduan Industri - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_ig.aspx
c) Panduan Spesifik - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_sg.aspx

77
Oleh kerana barangan makanan adalah zero rated adakah ia bermakna tidak akan ada peningkatan harga barangan makanan?
Sepatutnya barang yang dikelaskan dalam barang kategori berkadar sifar tidak akan naik sekiranya faktor-faktor lain yang menentukan harga (cth. kadar pertukaran matawang, cuaca, perubahan permintaan dan penawaran) tidak berubah (Ceteris paribus). Ini adalah kerana cukai yang dikenakan semasa era SST menjadi kos kepada peniaga. Tetapi selepas era GST cukai input boleh dituntut kembali. Ini bermakna tidak akan ada elemen cukai di dalam barangan yang dikelaskan sebagai barang berkadar sifar.
78
Jika pengembalian semula GST ditangguhkan, adakah kerajaan akan membayar pampasan kepada syarikat untuk memastikan kos tidak dipindahkan kepada pengguna?
Pulang balik GST akan dibayar oleh kerajaan dalam tempoh 14 hari sekiranya penyata dikemukakan secara atas talian atau 28 hari sekiranya penyata dikemukakan secara manual dengan syarat permohonan adalah lengkap. Namun pembayaran pulang balik tidak akan dibayar sekiranya Ketua Pengarah Kastam mempunyai alasan yang kukuh nilai yang dituntut bukanlah nilai yang sepatutnya dituntut dan tiada pampasan akan diberi.
79
Pada masa ini, berapa ramaikan pegawai kastam yang bersedia untuk perlaksanaan GST, dan berapa ramai pegawai yang akan diambil kerja untuk mengawai kawalan haraga? Berapa banyakkan pertambahan dalam kos operasi?

80
Beras dikecualikan GST, namun kos pengeluaran dan kos pengangkutan akan ada GST. Bukankah ia akan meningkatkan harga beras? 

Beras adalah barang berkadar sifar. Iaitu tiada GST dikenakan. Tetapi semua GST yang dibayar ke atas input termasuk pengangkutan oleh pengeluar yang berdaftar GST boleh dituntut daripada kerajaan. Ini bermaksud GST bukanlah kos kepada pembekal beras yang berdaftar GST.
81
Sistem zakat mengambil cukai dari kaya untuk menolong yang miskin. Manakan GST adalah bertentangan iaitu cukai korporat dikurangkan satu peratus, cukai jualan barangan mewah dihapuskan dan GST dikenakan kepada semua. Bukankan ini bertentangan dengan sistem zakat dan haram?

Model GST di Malaysia adalah bersifat progresif bukan regresif. Iaitu bebanan cukai kepada golongan yang berpendapatan rendah adalah kurang berbanding dengan golongan berpendapatan tinggi.
82
Adakah tol akan dikenakan GST?
Tidak, tol merupakan pembekalan dikecualikan dari GST.
83
Adakah tambah-nilai Touch N Go dikenakan GST?
Tidak, tambah nilai Touch N Go merupakan pembekalan dikecualikan dari GST
84
Adakah parkir kereta akan dikenakan GST?
Ya, Jika perkhidmatan parkir kereta disediakan oleh orang berdaftar GST.

85
Dikatakan pendidikan dikecualikan GST, namun mengapa kelas tusyen dikenakan GST ?
Hanya pendidikan asas dikecualikan dari GST tetapi tuisyen merupakan kelas tambahan. Namun, pusat tuisyen yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.Ini bermaksud GST bukanlah kos kepada pusat tuisyen yang berdaftar GST.
86
Adakah servis kereta akan dikenakan GST ?
Ya, Jika perkhidmatan servis kereta disediakan oleh orang berdaftar GST.
87
Sesetengah syarikat mengiklankan mereka akan menyerap cukai GST, adakah tindakan ini sah dan bukankah ia bertentangan dengan semangat GST?
Sekiranya syarikat menyerap cukai GST, ia tidak bertentangan dengan semangat GST. Perundangan meminta peniaga memaparkan harga termasuk GST (GST inclusive price).
88
2 orang ahli UMNO terkenal, Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) dan Tengku Razaleigh (bekas Menteri Kewangan) telah menyatakan rakyat akan derita jika GST dilaksanakan. Adakah kerajaan tidak mengambil berat tentang pandangan mereka ini? 

89
Adakah perkhidmatan gunting rambut dikenakan GST ?
Kebanyakan kedai gunting rambut adalah dibawah nilai ambang RM500,000. Oleh itu hanya kedai gunting rambut yang berdaftar GST sahaja yang akan mengenakan GST.
90
Mengapakah makanan yang dikategorikan sebagai makan golongan miskin seperti maggi mee dan sardine dikenakan GST?
Sekarang pun Maggi mee dan sardin yang ditinkan adalah tertakluk kepada cukai jualan. Namun, peniaga yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.
91
Adakah kerajaan sudahpun mempunya rekod harga  1000 barangan dan servis  biasa yang dibeli oleh rakyat? Bolehkan kami melihat  senarai tersebut? Adakah telah sedia ada perbezaan harga di antara semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak, urban dan kampung, pantai timur dan pantai barat, dan sebagainya?

92
Jika anda tidak mengetahui harga asas barangan, bagaimakah anda dapat mengawasinya? 

93
Adakah pihak kastam ada melakukan pengiraan bagaimanakah harga 1000 barangan biasa selepas 1 April 2005? Untuk membatalkan sebarang SST, kurangkan harga barangan pertengahan zero rated dan kemudian tambah GST untuk mendapatkan harga barangan yang berpatutan selepas GST diperkenalkan.
Kajian akan dibuat selepas pelaksanaan GST
94
Jadi anda boleh memberikan kami senarai harga 1000 barangan biasa untuk KL-PJ untuk semasa dan selepas GST? Jika anda menyerahkan kepada pernigaan untuk menentukannya sendiri, mereka mungkin akan melebihkannya untuk GST. 
Dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga dilarang mengaut keuntungan melampau. Tindakan dibawah bidang kuasa KPDNKK.
95
Adakah anda akan mengawasi 350 000 syarikat yang telah pun didaftarkan dengan GST? Bagaimana pula 1 juta syarikat kecil yang kemungkinan besar akan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang?
Ya. JKDM akan mengaudit syarikat yang berdaftar GST.Bagi mengawal kenaikan harga barang KPDNKK akan membuat pemantauan harga dari semasa ke semasa ke atas syarikat dan peniaga.
96
Berapakah jumlah pegawai kastam yang ada untuk mengawasi harga barangan di kesemua 1.35 juta premis perniagaan di negara ini?

97
Bagaimanakah orang awam dapat membuat aduan jika mereka mengesyaki pegawai penguatkuasa kastam menerima rasuah dari ahli perniagaan?
Orang awam boleh membuat aduan kepada Ketua Pengarah Kastam (KPK)
di link: http://aduan.customs.gov.my atau terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di link : www.sprm.gov.my/laporkan-rasuah
98
Adakah pegawai penguatkuasa akan memakan tanda nama?
Pegawai penguatkuasa adalah dikehendaki untuk memakai tanda nama sepanjang waktu bertugas.
99
Berapakah jumlah jam dalam seminggu yang akan diambil untuk memasukkan segala data yang diperlukan untuk memasukkan input GST di dalam sistem komputer sekiranya perniagaan hanya mempunyai pulangan sebulan RM50k?
Bergantung kepada berapa banyak transaksi yang berlaku.
100
Jika seseorang itu tidak celik komputer dan memerlukan perkhidmatan luar  untuk melakukan kerja-kerja memasukkan data GST ini, berapah kos yang ditanggung beliau dalam seminggu? 
Ia bukanlah satu keperluan untuk memasukkan input GST melalui sistem komputer tetapi rekod perniagaan masih boleh disimpan secara manual selagi ianya mematuhi akta dan peraturan GST. IT biasanya dapat memudahkan urusan perniagaan berkaitan dengan GST.
101
Kastam seringkali menyatakan beras adalah cukai sifar. Adakah ini bermakna pesawah dapat mengutip kembali GST yang mereka bayar untuk baja dan racun serangga? Bagaimakah mereka dapat melakukannya kerana mereka adalah petani kecil dengan jumlah pendapatan yang sedikit, mereka ini tidak berdaftar dengan kastam untuk GST?
Untuk pekebun kecil, Skim Kadar Rata disediakan bagi membolehkan petani kecil mendapat kembali GST yang telah dibayar oleh petani tersebut.
102
Jadi jika petani kecil tidak dapat menuntut kembali peningkatan harga barangan input, kemudian adakah pengilang beras akan menaikkan harga beras yang dibeli oleh mereka? Ini adalah kerana harga beras di pengilang adalah ditetapkan oleh kerajaan. Jika tida peningkatan harga beras di pengilang, maka petani kecil akan menderita penguranan jumlah pendapatan mereka. Jika terdapat kenaikan harga, adakah ia akan mengakibatkan peningkatan harga beras?
Subsidi beras akan dikekalkan oleh kerajaan. Beras termasuk barang kawalan harga oleh KPDNKK.
103
Bolehkah pengilang beras menuntut kembali input cukai bagi elektrik yang digunakan? Dan bagi pertukaran 'spare parts', dan pembungkusan plastik? Sekiranya beras tidak cukai sifar, adakah harga di peringkat pengilang akan naik? Tidakkah ini akan dipindahkan kepada pengguna pada akhirnya? 
Pembekalan beras adalah pembekalan berkadar sifar. Jadi, pengilang beras yang berdaftar boleh menuntut semua GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.
104
Dari kilang kepada pemborong- adakah syarikat pengangkutan akan mengenakan GST kepada pemborong? Adakah pemborong dapat menuntut kembali sebagai cukai input? Jika pemborong dapat menuntut perlepasan cukai input, bukankah itu merupakan satu kekurangan kepada syarikat pengangkutan kecil yang tidak didaftar dengan GST? Untuk syarikat ini, mereka tidak dapat memindahkan GST yang dibayar kepada pembelinya kerana mereka juga tidak boleh mengutip GST. 
Ya. Syarikat pengangkutan yang berdaftar GST akan mengenakan GST kepada pemborong.Pemborong boleh menuntut kembali GST yang dibayar sebagai input tax jika ia berdaftar GST. Bagi syarikat pengangkutan kecil yang tidak berdaftar, GST yang telah dibayar ke atas input akan terkandung dalam harga yang dijual.
105
Adakah ubatan berikut cukai sifar?
- Sulperazone ( antibiotik yang digunakan untuk jangkitan yang serius).
- Simvastatin ( untuk mengurangkan kolestrol)
- ubatan anti HIV.

Ubat-ubatan yang tersenarai di dalam senarai Ubat-Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) adalah berkadar sifar. 321 entiti kimia meliputi 4215 jenama berkadar sifar.
106
Banyak doktor persendirian menyewa ruang klinik dari hospital swasta. Adakah pihak hospital akan mengenakan cas GST untuk penyewaan ini? Bagaimana pula perkhidmatan yang 'dibeli' oleh doktor-doktor persendirian ini dari hospital. Sebagai contoh : ujian, exray, ubatan? Tidakkah semua ini dikenakan GST?

Hospital swasta akan mengenakan GST ke atas penyewaan ruang klinik. Ubatan yang berada dalam senarai NEM tidak dikenakan GST. Perkhidmatan dan X-ray dikecualikan dari GST.



Sumber : Gabungan Bantah GST

TAGGING GREATNESS TO EVERYONE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...