UTM "block" laman mahasiswakini.com


UTM Skudai : Sekatan demi sekatan di lakukan oleh Pihak Universiti bagi menghalang kebangkitan mahasiswa semasa dan selepas fasa pilihanraya kampus. Jika semasa pilihanraya kampus, mahasiswa di ugut untuk buang kolej dan sebagainya, selepas pilihanraya pula, pihak universiti menyekat mahasiswa dari menerima maklumat semasa berkenaan Mahasiswa seluruh Malaysia yang banyak disiarkan di dalam mahasiswakini.com. Tindakan ini sekaligus mencerminkan bahawa universiti khususnya UTM masih tidak terbuka dalam mendengar suara mahasiswa.

Sekatan ini bukan sahaja dikenakan kepada laman web mahasiswakini.com malah blog Promahasiswa UTM juga disekat sejak bermula pilihanraya kampus baru-baru ini sehingga sekarang. Saudara Anis bin Abd Wahab, Selaku Pengerusi Pro Mahasiswa UTM berasa kesal dengan tindakan pihak pentadbiran kerana menyekat blog Pro M dan laman web mahasiswakini.com di UTM.

"Ini merupakan satu tindakan kurang matang yang telah ditunjukkan oleh pihak universiti terhadap mahasiswa UTM. Universiti adalah tempat berkumpulnya golongan intelektual, golongan ini boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk, kenapa perlu di sekat?" tegas beliau semasa dihubungi.

Sekatan ini juga telah menimbulkan ketidakpuashatian ramai mahasiswa UTM yang sentiasa ingin mengetahui perkembangan semasa berkenaan Mahasiswa seluruh Malaysia. Pro Mahasiswa UTM menggesa pihak Universiti agar membuka semula sekatan terhadap laman web mahasiswakini.com dan juga semua laman-laman blog aktivis mahasiswa di kampus UTM yang disekat sebelum ini. Jangan menyekat mahasiswa untuk menerima maklumat dari luar!!.

Sekian.

TERKINI ! Keputusan PRK 2009 (23 Jan 2009)



Presiden GAMIS Gesa MPP Pro-Mahasiswa Jadi Role-Model Semua Mahasiswa

Presiden GAMIS, saudara Dzul Khairi mengucapkan tahniah kepada Pro-Mahasiswa Universiti Malaysia atas kemenangan tipis dalam pilihanraya kampus Majlis Perwakilan Mahasiswa UM. Gamis Daily ketika menghubungi beliau menyatakan gesaan agar Pro-Mahasiswa perlu segera membuat pelan bertindak yang konkrit dan komprehensif untuk mengisi kemenangan yang telah dimandatkan oleh majoriti mahasiswa UM.

Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM menyatakan bahawa inilah masanya wajah baru MPMUM yang dinantikan selama bertahun-tahun sejak kegagalan Pro-Mahasiswa UM menawan semula persatuan terpenting di kampus perdana Lembah Klang tersebut. Justeru, aspek tarbiyah dan dakwah Islamiyah kepada semua mad'u berasaskan konsep Islam rahmat untuk semua mestilah diperkuatkan melalui kuasa baru para aktivis mahasiswa UM tersebut.

Segala janji dalam manifesto untuk menjuarai isu-isu dan permasalahan kebajikan mahasiswa UM mestilah ditunaikan tanpa mengambil kira kecenderungan politik mereka semasa membuat undian ketika PRK tersebut. Apa yang lebih penting adalah konsistensi para pemenang dari kem Pro-Mahasiswa tersebut untuk terus memperjung idealisme dan aktivisme mahasiswa di peringkat nasional, khususnya dalam mengukuhkan suara mahasiswa selaku watchdog kepada kerajaan yang memerintah. Pro-Mahasiswa UM mestilah bukan sahaja dikenali oleh pentadbiran dan HEP UM, tetapi mestilah juga dikenali oleh pentadbiran dan kerajaan Malaysia.

Kabinet Pro-Mahasiswa juga diingatkan untuk tidak lagi asyik mencari populariti sebagai kemuncak gerak kerja berpersatuan nanti dan mestilah mengutamakan gerak kerja mengakar ke bawah (down to earth) walaupun tidak dilihat oleh media supaya mandat kemenangan ini akan berkekalan, mendapat keberkatan dan berpotensi menang lebih besar dalam PRK akan datang.

Presiden GAMIS juga mengingatkan kabinet baru MPMUM supaya dan semua calon Pro-Mahasiswa yang menang di UPSI, UKM, UPM, UTM dan USM serta UIAM tidak lama lagi untuk mengukuhkan solidariti dan partisipasi bersama di peringkat nasional melalui front Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) . Hubungan baik baik dengan semua orang, termasuk rakan-rakan Pro-Aspirasi, staf dan kakitangan universiti mestilah ditonjolkan semaksima mungkin, khususnya melalui kecemerlangan akademik para pimpinan MPP dari Pro Mahasiswa.

Kabinet Pro Mahasiswa seluruh IPTA juga diingatkan supaya tidak lupa sujud syukur dan mestilah mengamalkan sikap tawadhu' dan sentiasa menjalinkan hubungan lebih kuat dengan Allah selepas hubungan baik dengan manusia di kampus.

"Pro-Aspirasi adalah lawan kita ketika PRK, kini mereka adalah mad'u kita selepas PRK. Dekatilah mereka, dekatkanlah mereka pada Islam." ujarnya

Presiden GAMIS juga menyatakan bahawa kini seluruh pimpinan GAMIS meletakkan harapan yang tinggi kepada mahasiswa UIAM untuk mengekalkan arus perubahan dengan Pro-Mahasiswa (We Unite for Islam) kekal dalam MPP UIAM selepas keputusan rasmi diumumkan Khamis, 22 Januari ini.

Diambil Daripada;
http://gamisdaily.com

TAMAT SEBUAH TOPIK, BERMULANYA TOPIK YANG BARU

Alhamdulillah, setelah lebih daripada seminggu memberikan tumpuan penuh mengurus jentera Pilihan Raya Kampus (PRK) ProMahasiswa UTM Skudai, akhirnya 8 calon diberikan peluang untuk menjadi ‘YB Muda’ di kampus UTM. Walaupun tidak mendapat kemenangan yang besar pada sesi PRK kali ini, tetapi inilah keputusan yang terbaik, yang selari dengan perancangan Ilahi.

PRK kali ini banyak memberikan pengajaran kepada saya tentang keadaan mahasiswa masa kini dan sikap mereka mengikut jurusan yang diambil. Walaupun saya telah berada di Universiti hampir 4 tahun, dan telah mengalami suasana PRK sebanyak 3 kali, PRK kali ini merupakan yang paling ‘hangat’ sepanjang saya berada di UTM. Walaupun tidak se’hangat’ di kampus yang terletak di Lembah Klang, tetapi setelah bertahun-tahun kampus di UTM ini ‘beku’, akhirnya bongkah ais yang beku itu berjaya dicairkan. Samada ia akan terus cair atau kembali beku, bergantung kepada mahasiswa yang akan mewarisi semangat perjuangan yang dibawa oleh barisan mahasiswa pada masa ini.

Persoalannya, adakah mahasiswa khususnya yang berada di UTM sudah sedar bahawa mereka selama ini berada dalam sebuah bongkah ais yang besar? Adakah mahasiswa sedar bahawa mereka berada di dalam zon yang kurang membina budaya intelek? Adakah mahasiswa sedar bahawa mereka berada dalam keadaan mereka mengejar perkara yang dapat membantu mereka melengkapkan diri mereka sekadar mencukupi untuk memenuhi kriteria untuk bekerja semata-mata? Adakah mahasiswa sedar bahawa mereka berada dalam keadaan dikelilingi dengan budaya ‘hedonisme’ dan ‘ampuisme’ di kampus ini?

Bagi segolongan mahasiswa, mereka mungkin sedar akan suasana tersebut, tetapi tidak tahu cara untuk bertindak mengatasinya. Ataupun mereka sedar tetapi hanya mampu untuk membantu ahli kumpulannya sahaja untuk mewujudkan budaya ilmu dan intelek yang holistik. Mungkin juga terdapat segolongan mahasiswa yang masih tidak sedar mereka berada di suasana sebegitu. Mungkin juga terdapat segolongan mahasiswa yang sedar mereka berada di suasana sebegitu tetapi masih mahu kekal kerana baginya dunia mahasiswa hanya sekali. Dan apa yang saya pasti berdasarkan pengalaman saya selama berada di UTM, saya pasti ada segolongan mahasiswa yang sedar mereka berada dalam situasi ini,dan mahu membawa diri mereka dan masyarakat kampus keluar daripada kepompong ini, walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko.

Topik pilihanraya kampus telah pun tamat di kampus UTM dan kampus-kampus lain turut menghampiri penghujung topik ini. Maka secara semulajadi bermulalah topik yang baru untuk dikarang oleh mahasiswa-mahasiswa untuk dijadikan sejarah untuk diambil iktibar dan pengajaran oleh generasi-generasi mendatang.

Samada mahasiswa mahu menjadikan kampus mereka kembali beku, ataupun terus menghangatkan suasana di kampus agar budaya ilmu dan intelek yang holistik dapat berkembang dengan segar-bugar di kampus, bergantung kepada kesanggupan mahasiswa itu sendiri. Bagi saya, saya tetap akan memastikan akan wujud pelapis-pelapis yang dapat menyambung perjuangan yang telah digagaskan sekian lama dan menaikkan lagi tahap perjuangan samada di peringkat kampus, nasional, mahupun antarabangsa.

Moga topik baru yang baru sahaja bermula ini, akan menjadi inspirasi kepada seluruh lapisan masyarakat khususnya kepada mahasiswa-mahasiswa kampus.

HARAPAN BARU INSPIRASI BARU.
STUDENT POWER !!!

Diambil daripada:-
Muhammad Hafiz b Muhamad

Tahniah dan Takziah Kepada Pimpinan Baru PMIUTM

Oleh:
Muhammad Hafiz b Muhamad

Sehari selepas pembuangan undi Pilihan Raya Kampus bagi sesi 2008/2009 iaitu pada hari Rabu, 14 Januari 2009, PMIUTM telah mengadakan Muktamar PMIUTM sesi 2007/2008.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan takziah kepada pimpinan baru PMIUTM sesi 2008/2009, yang diketuai oleh Saudara Mohd Amin bin Mohd Hamami, juga merupakan coordinator ProMahasiswa UTM Skudai.

Barisan ProMahasiswa UTM Skudai mengharap agar pimpinan baru PMIUTM kali ini dapat memacu PMIUTM lebih ke hadapan terutamanya dalam menyuarakan pandangan, menjaga kebajikan dan memperjuangkan kebajikan mahasiswa dan masyarakat luar khususnya yang beragama Islam.

PMIUTM perlu keluar daripada kepompong yang kecil ke dunia yang lebih luas bagi menunjukkan kepada masyarakat luar bahawa mahasiswa Islam bukanlah sebuah golongan yang hanya memikirkan tentang diri mereka sahaja tetapi mahasiswa Islam merupakan tonggak utama yang membela nasib masyarakat.

BERSAMA MEMBANGUN UMMAH !!!

Saudara Muhammad Hafiz bin Muhamad (hujung kanan) bersama dengan Presiden PMIUTM sesi 2008/2009, Mohd Amin b Mohd Hamami juga merupakan coordinator ProMahasiswa UTM Skudai (sebelahnya), dan YB Syahir.

Muhammad Hafiz b Muhamad
Ketua Jentera ProMahasiswa UTM Skudai.

Promahasiswa Tetap Akan Bangkit Walaupun Tidak Menguasai MPP

Assalamualaikum w.b.t
Salam Mahasiswa.

Segala puji hanya bagi Allah S.W.T, yang telah menetapkan segala yang berlaku di bumiNya ini. Juga yang telah menetapkan kemenangan bagi 8 orang calon Pro-Mahasiswa di PilihanRaya Kampus UTM Skudai sesi 2008/2009.

Di kesempatan ini saya selaku Ketua Jentera ProMahasiswa UTM Skudai merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua jentera, penyokong, dan juga pendokong ProMahasiswa dalam membantu melicinkan perjalanan kempen PilihanRaya Kampus jentera ProMahasiswa. Tanpa bantuan anda semua, tentu amat susah bagi kami meraih kemenangan bagi calon-calon kami.

Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Unit Keselamatan UTM kerana memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada kami dan menjaga keamanan UTM sepanjang tempoh kempen PilihanRaya Kampus sesi 2008/2009.

Kalah Menang Adat Pertandingan

Sahabat-sahabat pejuang yang saya hormati,

Kalah menang adalah adat setiap pertandingan. Dalam mana-mana pertandingan, pada pengakhirannya pasti ada satu pihak yang menang dan satu pihak kalah. Namun begitu, kalah bukannya penghalang bagi kita untuk menegakkan kebenaran di kampus. Kalah bukannya satu rintangan bagi kita untuk menyatakan pandangan kita. Tetapi kita perlu menjadikan kekalahan itu sebagai ‘ibrah bagi gerakan kita agar menjadi lebih matang menghadapi setiap situasi, mendepani setiap isu, dan merubah lanskap politik mahasiswa khususnya di Malaysia.

Kepada Barisan Pro-Aspirasi (Evolusi Mahasiswa di UTM Skudai), gunakanlah kemenangan anda ini dengan sebaik-baiknya. Lakukanlah perkara-perkara yang memberi manfaat kepada mahasiswa, yang selari dengan kehendak Allah S.W.T, tingkatkanlah budaya cintakan ilmu di UTM. Wujudkan budaya ‘intelektual’ selaras dengan harapan Naib Canselor UTM sendiri.

Memantapkan Saff Bagi Menghadapi Cabaran Mendatang

Para soldadu yang saya kasihi,

Dalam kekuatan kita yang tidak ramai berada di Majlis Perwakilan Mahasiswa, marilah kita mantapkan saff dalaman kita untuk menyediakan diri dan ProMahasiswa bagi menghadapi cabaran mendatang. Sama ada secara melalui lidah rasmi atau pun tidak, kita perlu memberikan sokongan penuh kepada YB-YB ProMahasiswa bagi menyuarakan pandangan terhadap isu-isu yang berlaku di peringkat kampus, nasional, dan antarabangsa serta memperjuangkan hak-hak masyarakat, khususnya masyarakat Universiti Teknologi Malaysia.

Moga-moga dengan pengajaran yang dapat kita ambil daripada sesi PilihanRaya Kampus kali ini, kita akan menjadi mahasiswa yang lebih matang, berjiwa besar dalam setiap perkara, bersifat sebagai negarawan, dan berfikiran global tetapi bertindak lokal.

Harapan Baru Inspirasi Baru !!!

Student Power !!!

Muhammad Hafiz bin Muhamad
Ketua Jentera ProMahasiswa UTM Skudai.

Perkembangan Terkini Pilihanraya Kampus UTM

Alhamdulillah hari ini merupakan pilihanraya kampus bagi UTM. Perjalanan hari pengundian di semua Fakulti berjalan lancar. Pengundian telah bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 5 Petang tadi.

Keputusan PRK 2008:

Fakulti Kejuruteraan Awam - 3 kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding)
Fakulti Alam Bina - 3 Kerusi dimenangi oleh Aspirasi (menang tanpa bertanding)
Fakulti Pendidikan - 2 kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 1 kerusi Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Aspirasi
Fakulti Sains - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Sains Komputer dan Sumber Maklumat - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Elektrik - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Sains Geoinformasi - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi
Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia - 1 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 2 Kerusi Pro Aspirasi
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal - 3 Kerusi dimenangi Pro Aspirasi

Kerusi Umum : 2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 8 Kerusi Pro Aspirasi
Kerusi UTMKL: 2 Kerusi dimenangi Pro Mahasiswa, 3 Kerusi Pro Aspirasi

ProMahasiswa telah memenangi 10 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.

Calon Fakulti Pro Mahasiswa Yang Telah Menang PRK '08
Mohd Fais Bin Yahya
2 SPI
Pengajian Islam
(931 Undi)



Mohd Syahir Bin Hassim
2 SPI
Pengajian Islam
(933 Undi)


Nor Arizal b Ramli
3 SKP
FKKKSA



Mohd Ariffudin Bin Shamsudin
2 SSE
FS



Siti Hasunah Bt Mohamamd
3 SET
FKE

Wong Ye Sing
2 SHR
FPPSM

Calon Umum Pro Mahasiswa Yang Telah Menang PRK '08
Nur Azim Fahada bin Ahmad
2 SEM
FKE



Mohd Affendi bin Ismail
2 SAW
FKA




Student..Power!!!


**Maklumat terkini akan di kemaskini dari masa ke semasa

Nota dari Pro M

klik untuk besarkan

KRISIS DALAMAN: ASPIRASI ‘LOMPAT PARTI’ DI UTM


Pilihanraya kampus UTM semakin panas dengan kenyataan ,Saudara Hafiz selaku Ketua Jentera Pro Mahasiswa dalam rapat umum hari ini bertempat di Arked Cengal apabila beliau menyatakan beberapa orang calon dari Evolusi Mahasiswa bakal “melompat parti” kepada Pro Mahasiswa selepas menang pilihanraya yang akan berlangsung pada esok hari. Keadaan ini disebabkan ketidakpuashatian calon-calon umum mahupun calon-calon fakulti Evolusi Mahasiswa terhadap pengurusan jentera yang "menganak tirikan” mereka dalam kempen-kempen yang diadakan sama ada melalui rapat umum ataupun jumlah poster-poster yang digantung terlalu sedikit berbanding calon-calon yang lain.

Kenyataan terbuka saudara Hafiz berkenaan "lompat parti" kepada Pro Mahasiswa dilihat sebagai satu peluang besar kepada Pro Mahasiswa untuk menguasai kerusi MPP dalam pilihanraya kampus kali ini. Beberapa calon bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan sama ada Evolusi atau Pro Mahasiswa sebelum ini juga dikatakan bakal bersama Pro Mahasiswa setelah menang dalam pilihanraya kampus nanti kerana tertarik dengan perjuangan dan agenda yang ingin dibawa oleh Pro Mahasiswa. Apapun yang berlaku, Pro Mahasiswa Sentiasa bersedia untuk memimpin Mahasiswa UTM dan memperjuangkan hak-hak serta kebajikan mereka. Student Power!!!



Bandingkan Calon Pro M dan Evo M


PRO MAHASISWA VS EVOLUSI MAHASISWA



PRO MAHASISWA VS EVOLUSI MAHASISWA



"Aspirasi UTM Check Mate"


Pro Mahasiswa UTM hari ini sekali lagi mengadakan rapat umum bertempat di Arked Kolej 9. Ratusan Mahasiswa yang hadir menyambut baik rapat umum yang dianjurkan. Mahasiswa yang mengetahui rapat umum ini sanggup datang dari kolej yang agak jauh dari Arked K9 semata-mata untuk melihat rapat umum yang diadakan oleh Pro Mahasiswa. Ini merupakan respon yang agak baik dan sambutan terhadap pro mahasiswa setakat ini sungguh menggalakkan. Jentera Pro Mahasiswa juga terpaksa menolak beberapa tempahan terhadap baju oren Pro Mahasiswa yang telah habis dijual dalam masa yang singkat.














Rapat Umum hari ini juga cukup meriah dengan kehadiran ASPIRASI @ Evolusi Mahasiswa dengan seragam merah semasa calon Pro Mahasiswa sedang menyampaikan ucapan. Kehadiran orang kerahan ASPIRASI ke Arked K9 di sambut baik oleh Pro Mahasiswa dengan Laungan "Selamat Datang" oleh semua penggerak Pro M. Namun pertembungan tersebut tidak menimbulkan sebarang perkara yang tidak di ingini.

Setelah duta-duta Pro Mahasiswa selesai menyampaikan ucapan dan manifesto yang ingin dibawa kepada pengunjung Mahasiswa UTM yang hadir, Saudara Hafiz yang merupakan Pengerusi Majlis pada rapat umum hari ini merangkap ketua jentera Pro Mahasiswa UTM, seterusnya membuka gelanggang dan menawarkan kepada semua calon-calon Umum ASPIRASI untuk mengadakan DEBAT TERBUKA bersama calon-calon Pro Mahasiswa UTM berkenaan isu kepimpinan kampus.


Sementara menunggu calon ASPRISI mencari calon yang sesuai, penggerak Pro Mahasiswa sempat melaungkan "mari..mari..mari debat" sebanyak 4 kali . Cabaran untuk berdebat secara terbuka tersebut adalah untuk membuktikan kepimpinan manakah yang layak, berkaliber dan berwibawa untuk memimpin mahasiswa pada masa akan datang. Namun cabaran dan tawaran dari Pro Mahasiswa untuk berdebat tidak berani disahut (check Mate) oleh mana-mana calon umum ASPIRASI mahupun ketua jentera mereka sendiri. Sekiranya isu kepimpinan tidak dapat dihadam dengan baik oleh mana-mana calon ASPIRASI, apakah lagi yang mereka ingin perjuangkan?Fikir..Fikirkan..renung.. renungkan..Student Power!!

Demokrasi Pilihanraya Kampus UTM mula di cabuli

Pilihanraya kampus UTM yang diharap-harapkan bersih, telus dan adil telah mula di kotori oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ugutan, sekatan dan ancaman mula dikenakan terhadap mahasiswa yang mendokong dan menyokong Pro Mahasiswa.

Ugutan buang kolej telah menjadi "senjata ampuh" bagi menakut-nakutkan mahasiswa. Ini merupakan suatu pencabulan yang dilihat tidak begitu beretika dan tidak bermaruah serta pengecut. Hak mahasiswa untuk mengundi calon pilihan mereka telah dinafikan dengan ugutan-ugutan yang tidak profesional sedangkan pilihanraya kampus diadakan adalah untuk memilih calon-calon yang layak untuk memimpin Mahasiswa.

Walaubagaimanapun, Pro Mahasiswa tidak sekali-kali gentar dengan ugutan seperti itu. Pro Mahasiswa jelas tentang perjuangan yang ingin di bawa. Kepimpinan Pro Mahasiswa sanggup menghadapi semua ini asalkan Mahasiswa UTM akan datang lebih terarah. Pro Mahasiswa sanggup menawarkan diri untuk di ancam, asalkan hak-hak mahasiswa tidak di cabuli oleh mana-mana pihak!! Pro Mahasiswa sanggup bekerja tanpa dibayar gaji malah mengeluarkan duit poket sendiri demi untuk menjaga kebajikan mahasiswa!! Pro Mahasiswa sanggup berjaga malam untuk melakukan gerak kerja Pilihanraya kampus demi memperjuangkan sebuah keadilan, kebenaran dan demi UTM yang kami cintai. Student...Power!!!

Rapat Umum Pro Mahasiswa UTM

PRK UTM SKUDAI



10hb Januari 2009: Duta-duta Pro Mahasiswa hari ini telah memulakan rapat umum untuk bertemu mata dengan mahasiswa UTM bertempat di Arked Meranti. Rapat Umum ini diadakan bagi memperkenalkan Pro Mahasiswa yang bertanding untuk Kerusi Umum. Anis Bin Abd Wahab dalam ucapannya menerangkan berkenaan manifesto Pro Mahasiswa yang di bawa pada pilihanraya kali ini. Empat agenda dalam manifesto yang akan di bawa oleh Pro Mahasiswa iaitu berkenaan Akademik, Kebajikan, Kepimpinan dan Perpaduan. Rapat umum ini diihat berjaya untuk menarik perhatian Mahasiswa yang hadir.

Respon yang diterima selepas rapat umum berakhir sangat baik dan kebanyakannya teruja untuk mengikuti siri-siri rapat umum seterusnya. Pro Mahasiswa berterima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk mendengar sedikit ucapan dari duta-duta Pro M termasuk wakil Evolusi mahasiswa. Terima kasih juga kepada pihak keselamatan UTM yang banyak membantu dan menjaga Pro M sepanjang pilihanraya berlangsung. Student Power!!






































Kepimpinan Mahasiswa perlu lebih terarah

Oleh : Ismail Sirajudin

Tarikh 13 HB Januari 2009 bakal menentukan kepimpinan yang manakah bakal mendapat mandat Seluruh mahasiswa kampus bagi memegang tampuk kepimpinan pada tahun ini. Pertembungan dua "parti" besar iaitu PRO MAHASISWA dan ASPIRASI@EVO M akan menjanjikan suatu kelainan berbanding pilihanraya kampus sebelum ini.

Pro Mahasiswa Nasional ataupun cawangan Pro Mahasiswa di setiap kampus di lihat begitu komited dalam melakukan gerak kerja yang dizahirkan melalui laman-laman blog seolah-olah akan wujud satu gelombang baru pada PRK kali ini. Isu-isu yang dibawa juga dilihat agak matang dan sesuai dengan taraf sebagai seorang mahasiswa yang mana isu-isu tersebut merangkumi aspek dalaman kampus, isu nasional dan tidak kurang juga isu-isu global. Langkah ini dilihat agak positif dengan tertubuhnya Pro Mahasiswa Nasional yang mempunyai cawangan hampir di setiap kampus. Namun peranan yang lebih agresif perlu di mainkan oleh semua cawangan Pro M bagi memastikan kegemilangan mahasiswa dapat di kembalikan.

Di pihak Aspirasi pula, dilihat kurang "menzahirkan" gerak kerja sama ada di media cetak "mereka" atau blog-blog yang kian popular digunakan. Walaupun begitu, Kursus-kursus BTN yang dianjurkan EKSKLUSIF untuk ASPIRASI di kebanyakan kampus menunjukkan kesungguhan mereka untuk kekal bertanding pada PRK kali ini.

Kes Liwat Saiful Bukhari sebagai bekas didikan ASPIRASI juga dilihat bakal memberi kesan yang besar pada PRK kali ini. Sejarah hitam yang "dihadiahkan" oleh Saiful Bukhari menyebabkan ASPIRASI sudah hilang keyakinan dan mengalami "Krisis Identiti" untuk keluar pada Pilihan Raya Kampus.

"Krisis Identiti" ini menyebabkan ASPIRASI telah menukar nama kepada EVOLUSI MAHASISWA. Rebranding sepatutnya tidak hanya pada nama ASPIRASI sahaja, tetapi peranan dan agenda yang ingin di bawa oleh ASPIRASI dalam "Memahasiswakan Mahasiswa" juga perlu di ubah. Ini Kerana, peranan ASPIRASI sebelum ini dilihat banyak dipengaruhi oleh pihak pentadbiran. Saya berpendapat, Sebagai badan yang menerajui kepimpinan tertinggi Mahasiswa seharusnya lebih tegas dan berani kehadapan untuk menyuarakan pendirian dan pendapat atau suara Mahasiswa tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Hak Mahasiswa ini perlu dikembalikan agar Insan yang lahir dari Universiti khususnya UTM lebih berwibawa dan Mantap.

Mahasiswa semua perlu jelas bahawa Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. Prinsip ini perlu diterapkan bagi memastikan mahasiswa terus menjadi agen "check and Balance" dalam apa jua perkara yang berlaku sama ada di dalam atau diluar kampus. Jika prinsip ini di semai dalam minda Mahasiswa dan pihak pentadbiran , InsyaAllah tidak mustahil pada suatu hari nanti, kita akan dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja "Degree Centric" seperti yang berlaku pada hari ini yang mana hanya mengharapkan segulung sijil sahaja, tetapi kita menginginkan Mahasiswa yang lahir lebih berkualiti dalam semua aspek.

Apapun, Kepimpinan yang bakal menerajui Kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa di semua kampus diharapkan dapat membawa satu gagasan baru untuk memimpin mahasiswa supaya lebih terkehadapan dan bebas dari pengaruh mana-mana pihak bagi memastikan agenda "Memahasiswakan Mahasiswa Malaysia" dapat dicapai. Wallahua'lam. Student..Power!!!

Sumber - http://aspirasi-islam.blogspot.com

Gelombang Oren menghangatkan PRK UTM 2009


UTM Skudai, 8 Januari: Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kehadiran Gelombang "Oren" Pro Mahasiswa hari ini telah menghangatkan kembali Politik Kampus UTM pada hari pertama penamaan calon.

Seawal 7.45 AM, Sebanyak 50 buah Motosikal telah mula berarak di sekitar UTM bagi memberi isyarat kepada awal kepada Mahasiswa khususnya ASPIRASI bahawa Pro Mahasiswa telah bersedia untuk berpencak di gelanggang dan bersungguh-sungguh dalam pilihan raya Kampus pada kali ini.














Pro Mahasiswa UTM kemudiannya berkumpul dan berarak bermula dari bangunan Persatuan Pelajar (SUB) untuk mengiringi duta-duta Pro Mahasiswa UTM sehingga ke Pusat penamaan calon bertempat di Rumah Alumni UTM. Laungan student Power!! memecahkan kesunyian sepanjang perarakan berlangsung.

Kehadiran Penyokong Pro Mahasiswa di pusat penamaan calon telah mendapat perhatian ramai "jurugambar" yang telah di tugaskan "khas" untuk Pro Mahasiswa. Sesuatu yang berbeza dengan kampus-kampus lain, bayang-bayang penyokong ASPIRASI @ Evolusi Mahasiswa yang di khabarkan akan keluar dengan seragam merah tidak kelihatan sepanjang penamaan calon berlangsung. Namun, Kehadiran Pengetua-pengetua kolej, staf HEP, dan pegawai keselamatan di pusat penamaan calon sekurang-kurangnya memeriahkan pilihan raya kampus UTM pada kali ini dengan reaksi yang pelbagai dalam menyambut kehadiran Pro Mahasiswa.














Perjalanan sepanjang penamaan Calon hari ini dilihat berjalan lancar walaupun ada sedikit sekatan semasa perarakan yang di lakukan oleh Pegawai Keselamatan UTM, akan tetapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik hasil perbincangan saudara Hafiz Mohamad, Selaku ketua Jentera Pro Mahasiswa dengan pihak keselamatan. Sebelum bersurai, Lagu UTM - Keunggulan terbilang di nyanyikan menandakan kesediaan Pro Mahasiswa bersama-sama universiti bagi membangunkan UTM pada masa akan datang.














Penamaan Calon hari ini berakhir dengan aman dan tenteram walaupun sebelum ini ada ugutan dan amaran yang telah di terima oleh penyokong mahupun calon Pro Mahasiswa itu sendiri.

"Mahasiswa tidak perlu gentar dan takut dengan ugutan atau amaran seperti ini kerana kita sebagai mahasiswa mempunyai hak dalam pilihanraya kampus." Tegas Saudara Hafiz selaku ketua jentera Pro Mahasiswa.

Anis Bin Abd Wahab dalam ucapannya juga berharap pihak pentadbiran memberi ruang yang seluas-luasnya kepada Mahasiswa untuk berpencak di arena pilihanraya kampus pada kali ini agar tidak wujud sebarang ketidakpuashatian dan sebarang tindakan provokasi pada masa akan datang.

Pro Mahasiswa juga berharap pilihanraya pada kali ini lebih bersih, adil dan telus dan bebas dari sebarang campurtangan pihak "atasan". Berikan hak mahasiswa kepada mahasiswa. Seluruh jentera Pro Mahasiswa UTM akan berusaha upaya bagi memastikan pilihanraya kampus kali ini bakal merubah kepimpinan kampus UTM ke arah lebih mantap. Student..Power!!!

A New dawn for all campus

Bismillahi La Quwwata Illa BillaH!

Tinggal satu hari lagi proses pilihan raya kampus akan bermula.. Tanggal 8 Januari 2009, penamaan calon serentak di semua kampus sebagai mukaddimah kepada proses pengundian wakil-wakil mahasiswa yang akan menerajui tampuk pemerintahan kampus bermula awal tahun ini. Bagi hemat saya, pilihan raya kampus kali ini amat berbeza berbanding dahulu. Bermula dengan tsunami politik ketika PRU lepas, bahang peralihan kuasa masih dirasakan oleh semua peringkat rakyat jelata apatah lagi mahasiswa! Malah, sejarah negara telah dilakarkan ketika PRU lepas apabila mahasiswa turut menghantar calonnya melalui Parti Mahasiswa Negara dan ini sebenarnya suatu tanda bahawa mahasiswa kali ini bukan hanya mampu berpencak di pentas PRK bahkan juga di persada PRU!

A new DAWN for all CAMPUS!


Pilihan Raya kampus kali ini tambah menarik apabila ketumbukan ASPIRASI telah mendapat tentangan secara terbuka dari kelompok mahasiswa lain yang menamakan diri mereka sebagai Pro-MAHASISWA. Maknanya PRK yang akan berlaku adalah lebih 'demokrasi' berbanding PRK beberapa tahun yang lepas kerana rakyat mahasiswa mendapat hak mereka yang selama ini dicabuli iaitu 'hak untuk memilih'(Mahasiswa memilih atas dasar tahu dan faham apa sebenarnya manifiesto yang akan diperjuangkan oleh calon pilihan mereka, bukan sekadar melihat gambar semata-mata seperti yang berlaku sebelum ini)

Tuntasnya.. Detik keluarnya Gagasan Pro-Mahasiswa secara terbuka ini sebenarnya adalah suatu detik masa yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Mahasiswa selepas beberapa tahun kita menyaksikan mahasiswa kehilangan wakil-wakil rakyat yang memperjuangkan hak-hak mereka di Parlimen kampus.. Buktinya, isu-isu mahasiswa seperti kenaikan sewa bayaran asrama serta masalah-masalah kebajikan tidak dapat ditangani dengan baik dan YB-YB kampus hanya mampu menjadi Pak Angguk di Parlimen!

Walauapapun, samada kita menjangkakan 14 januari sebagai pagi subuh yang baru bagi semua kampus, itu terpulang kepada rakyat mahasiswa untuk menentukannya nanti.. Cuma, apa yang kita harapkan ialah biarlah Pilihan Raya kampus kali ini berjalan secara adil dan bersih. Biarlah medan ini menjadi landasan buat anak-anak muda kampus mengasah bakat memimpin dan juga menguji kemampuan berfikir.. Biarlah pertarungan yang berlaku atas landasan tanah yang sama rata..

Mengapa perlu bertarung sesama sendiri??


Usah ditanya soalan itu berulang kali.. Kalau nak jawapannya, kaji sendiri! Anda mahasiswa dan anda sewajarnya ada keupayaan untuk berfikir, menganalisa, dan seterusnya menemukan jawapan..

Lihat sahaja di Palestina..
Mengapa pertembungan berlaku antara HAMAS dan juga FATAH..? Bukankah mereka saudara sekandung dan juga saudara seagama..? Jahatkah HAMAS kerana mengambil tindakan melawan FATAH??

Renung sahaja tindakan Saidina Abu Bakr..
Mengapa ijtihad perang diambil keatas Musailamatul Kazzb?? Bukankah mereka itu masih dikategorikan saudara seakidah?? Apa dosa mereka sehingga darah mereka menjadi halal??

Saya hanya meminta saudara merenung dan berfikir.. Bukan maksud saya menganalogikan PRK ini sebanding pertembungan HAMAS-FATAH mahupun perang Saidina Abu Bakr keatas Mussialamatul Kazzb. Jauh sekali.. Apalah taraf nak banding antara senjata pedang dengan air-liur.. Antara menyarung baju besi dengan menyarung sepanduk calon!

Dan penegasan saya ialah, pertembungan yang berlaku dalam PRK ini hanyalah pertembungan ideologi dan kerangka berfikir secara kulitnya.. Cumanya, bagi mereka yang merenung dengan menggunakan pandangan siir(lubuk hati) maka pastinya dia akan nampak bahawa natijah dari pertembungan ini adalah kemenangan antara HaQQ dan juga BathiLL! Itu sahaja...

sumber - http://kembarasanghamba.blogspot.com

PRO M..Sedia!!!

Penamaan Calon pada 8hb Jan 2009 ini bakal merubah lanskap politik kampus UTM yang setelah sekian lama lesu. Tarikh keramat PRK (13 Januari 2008) yang telah lama menjadi teka-teki seluruh masyarakat kampus telah diketahui hari ini.

Seluruh penggerak Jentera pilihanraya kampus sama ada dari Pro Mahasiswa dan ASPIRASI telah mula rancak mengatur dan mencatur strategi serta mempersiapkan kekuatan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada calon tajaan masing-masing.

Calon PRO MAHASISWA UTM komited dalam memastikan agenda yang ingin di bawa pada PRK kali ini tercapai. Perjuangan Pro Mahasiswa bukan hanya mahu menang malah Pro M akan berusaha mengisi kemenangan PRK kali ini agar mencapai matlamat yang telah digariskan.

Jentera Pro Mahasiswa kini sedang melakukan gerakerja diperingkat yang terakhir. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh keseluruhan jentera juga amat baik. Fasa perubahan ini bakal membuka mata warga kampus untuk memilih calon yang benar-benar berkreadibiliti dan berwibawa untuk berada di barisan hadapan kepimpinan UTM. InsyaAllah kemenangan akan berpihak kepada Pro Mahasiswa.

Kami di peringkat Pro Mahasiswa UTM sekali lagi mengharapkan dan menegaskan kepada pihak pengurusan dan pihak pentadbiran kampus agar memastikan Pilihanraya Kampus supaya lebih telus, bersih dan adil kepada semua calon. Jika gesaan ini tidak di ambil serius, Kami di peringkat Pro Mahasiswa sedia menggempur.

Student..Power!!

http://aniswahab.blogspot.com

200 Sertai Kongres Pro Mahasiswa Nasional

Shah Alam, 3 Jan - Kongres Pro Mahasiswa Nasional petang tadi telah berjaya menghimpunkan lebih 200 aktivis-aktivis mahasiswa dari pelbagai kampus.

Kongres tersebut yang diadakan di kawasan perindustrian Glenmarie, Shah Alam telah menjadi medan aktivis mahasiswa berjumpa dan berkongsi idea serta menyatakan pandangan dalam memperjuangkan suara mahasiswa di peringkat kampus dan nasional.

dsc_0303.JPGKongres tersebut bermula pada sesi pagi dengan ucapan dari bekas aktivis mahasiswa, saudara Ramadhan Fitri Illias.

Manakala pada sebelah petang, diisi dengan forum yang menampilkan ahli panelnya iaitu Saudara Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda (INSKA) merangkap Timbalan Pengerusi GERAK Malaysia, saudara Mior Isfandy bin Mior Azizan, bekas aktivis mahasiswa dan saudara S. Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Forum dipengerusikan oleh saudara Faridzul Nasaruddin, jurucakap Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA).

Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, saudara Norazali Zainuddin ketika ditemuramah menyatakan rasa puas hati beliau dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh aktivis yang hadir dalam program yang berlangsung bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang tersebut.

“Secara keseluruhannya, dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh seluruh aktivis dalam kongres ini, saya yakin Pro Mahasiswa akan beroleh kemenangan dalam Pilihanraya Kampus akan datang,” ujar beliau.

Beliau juga telah mengumumkan Pro Mahasiswa seluruh Malaysia akan bertanding dan tidak akan berganjak dengan pendirian tersebut.

“Di peringkat Pro Mahasiswa Nasional, kami mengambil keputusan untuk tetap bertanding dalam pilihanraya kampus akan datang, tidak ada pengecualian bagi semua kampus,”ujar beliau lagi.

Pilihanraya kampus yang dijadualkan secara kasar dalam masa terdekat menyaksikan seluruh aktivis mahasiswa Malaysia bertungkus-lumus dalam usaha berkempen dan memulakan gerak kerja mereka sejak beberapa minggu lalu setelah tempoh cuti yang lama.-mahasiswakini

Mahasiswa UTM telah mula bersuara



Laungan takbir telah bergema di UTM sebaik sahaja selesai mengerjakan solat Jumaat semalam. Hampir ribuan Mahasiswa telah berkumpul bagi menyatakan respon mereka terhadap Peristiwa 27hb Dis 2009 baru-baru ini yang mana telah menumpahkan ribuan darah saudara Islam kita di Gaza, Palestin. Kekejeman ini menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia apabila Israel dengan sewenang-wenangnya membedil kawasan Gaza yang menempatkan jutaan Manusia. Serangan mengejut yang dilakukan oleh tentera Israel menyebabkan Hamas (parti pemerintah) tidak bersedia untuk menghadapi serangan yang dikenakan ke atas Palestin.

Saudara Amin sedang menyampaikan Ucapan semasa himpunan Aman

Saudara Mohd Amin dan Mohd Hamami dalam ucapannya dengan lantang mengecam tindakan zalim Israel yang telah menafikan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Beliau meminta agar umat Islam dapat bersatu bagi memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan atau sebagainya.

Saya Mewakili Pihak Pro Mahasiswa UTM amat berbangga kerana wujudnya Mahasiswa yang berani dan lantang seperti Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami dalam menyatakan pendirian terhadap isu umat Islam yang berlaku khususnya di Palestin. Walaupun usaha ini hanya sebagai respon dari Mahasiswa tetapi sekurang-kurangnya, himpunan aman semalam telah membuka mata seluruh mahasiswa dan juga pihak pentadbiran agar sedar tentang penderitaan yang di alami oleh Warga Palestin di Gaza.

PIHAK ASPIRASI @ EVO-MAHASISWA sebagai orang yang mengepalai kepimpinan Mahasiswa di universiti pada hari ini sepatutnya mengambil contoh kepada Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami kerana keberanian dan kepekaan beliau terhadap isu yang berlaku dan mengambil inisiatif untuk bertindak. Kepimpinan Mahasiswa sepatutnya tidak hanya pandai berpencak di dalam kampus tetapi mesti berani dalam menyatakan pendirian dalam isu-isu nasional dan juga antarabangsa.

Usaha ini tidak sepatutnya berhenti di sini. Seluruh kepimpinan mahasiswa sama ada PMIUTM, Kelab Iqra, JKM Kolej, MPP dan pentadbiran seharusnya mengambil langkah yang lebih besar bagi memastikan UTM dapat menyumbang dalam meringankan penderitaan Rakyat Palestin pada hari ini. Sekali lagi, Tribute buat Saudara Mohd Amin bin Mohd Hamami.Wallahua'lam. Student!!!Power.

http://aniswahab.blogspot.com

800 Mahasiswa berkumpul mengecam tindakan Zionis

UTM Skudai,2 Januari 2009: Keganasan Zionis terhadap umat Islam di Palestin pada 27hb Disember 2008 lepas telah meletuskan api kemarahan Umat Islam di seluruh dunia. Rentetan daripada peristiwa tersebut, lebih kurang 800 Mahasiswa Islam UTM yang terdiri daripada pimpinan-pimpinan pelajar, staf-staf UTM telah berkumpul di perkarangan Masjid Sultan Ismail UTM bagi menyatakan ketidakpuashatian terhadap kekejaman yang menyebabkan hampir 400 nyawa terkorban dan 2000 yang lainnya cedera di Palestin.

Himpunan aman hari ini dimulakan dengan Laungan-laungan Semangat 'hidup Islam',hancur yahudi' sambil diselang selikan dengan laungan Takbir untuk menarik perhatian golongan-golongan mahasiswa bagi bersama-sama di dalam himpunan tersebut. Pelbagai Sepanduk dan poster yang mengutuk kekejaman Israel telah di naikkan. Turut bersama-sama dalam perhimpunan hari ini adalah Pelajar-pelajar antarabangsa (Indonesia, Iran, Palestin, Turki dll) yang menuntut di UTM Skudai

Himpunan hari ini telah diketuai oleh Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami, selaku wakil Mahasiswa Islam UTM . Beliau telah memberikan sedikit ucapan bagi menaikkan dan membangkitkan semangat bencikan Israel. Ini merupakan respon dari mahasiswa UTM terhadap tindakan Israel yang telah menafikan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Saudara Amin juga meminta umat Islam pada keseluruhannya supaya memberikan bantuan dan sumbangan semampu yang boleh bagi memastikan saudara seakidah kita di palestin tidak terus teraniaya oleh kekejaman Zionis. Selain itu, beliau juga meminta supaya Umat Islam khususnya di UTM memboikot barangan-barangan yahudi dan tidak menggunakan produk-produk keluaran Yahudi ada di dalam negara kita.

Seterusnya, Perhimpunan aman di akhiri dengan bacaan Doa oleh Saudara Firdaus Bin Abd Rahman. Perhimpunan Aman yang dianjurkan hampir 45 minit ini secara keseluruhannya dilihat berada dalam keadaan aman dengan bantuan daripada pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas bagi mengawal keselamatan sepanjang program. Diharapkan , sedikit usaha yang telah dilakukan oleh mahasiswa UTM pada perhimpunan kali ini, dapat menyedarkan keseluruhan Umat Islam khususnya warga kampus UTM tentang kezaliman yang telah dilakukan oleh yahudi terhadap rakyat Palestin. Orang -orang yang terkorban di Palestin merupakan saudara seagama dengan kita dan kita akan dipertanggungjawabkan terhadap setitis darah yang tumpah akibat kekejaman yang dilakukan oleh Zionis. Hancur Yahudi, Jahanam Yahudi, Laknat Yahudi!!..Allahu Akbar

Sumber - http://pmiutm.blogspot.com

Pro Mahasiswa:
"Tahniah diucapkan kepada front-front mahasiswa yang berani menyatakan respon terhadap Isu Palestin yang merupakan tanggungjawab umat Islam secara keseluruhannya. Pro Mahasiswa UTM akan sentiasa bersama-sama Menyokong usaha-usaha yang akan dilakukan selepas ini bagi membantu saudara kita di Palestin. Mahasiswa beginilah yang kita inginkan bagi menerajui kepimpinan akan datang. Bukan hanya duduk diam walaupun ratusan nyawa umat Islam telah terkorban.

Pro Mahasiswa UTM ingin memetik kata-kata Syeikh Ahmad Yassin yang telah di ucapkan oleh Saudara Amin selaku ketua semasa perhimpunan Aman sebagai renungan untuk semua:

"Syeikh Ahmad Yassin mengingatkan kepada Umat Islam Yang bodoh, yang tidak respon dengan keadaan semasa, Kita Bangkitlah bersama-sama bagi menyatakan kebencian kita kepada kezaliman Yahudi......"

"Apakan kalian tidak hanya mampu untuk menadah tangan berdoa memohon pertolongan dari Allah,tatkala kami meramalkan perang besar akan berlaku. Sesungguhnya kami telah mempertaruhkan nyawa kami, anak-anak kami, wanita-wanita kami, ibu-ibu kami, orang-orang tua kami, sebagai bahan bakar untuk menentang kekejaman yahudi"

ASPIRASI Menghadapi Krisis Identiti !!!



Kuala Lumpur – Kumpulan mahasiswa yang digelarkan dengan ASPIRASI yang pro kepada HEP dan kerajaan kini menghadapi krisis identiti untuk menghadapi Pilihanraya Kampus yang dijangka berlangsung pada pertengahan bulan Januari 2009.

Kumpulan ini ingin bertukar nama adalah disebabkan beberapa faktor yang jelas Iaitu :

a) Tindakan Saiful Bukhari yang merupakan produk ASPIRASI di kampus manjadi bahan politik kerajaan dengan membenarkan dirinya dipergunakan dalam kes liwat bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

b) Berlakunya tsunami politik dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang merupakan gelombang perubahan.

c) ASPIRASI sudah tidak mempunyai matlamat jelas dalam membawa mahasiswa kemana arah tujunya.

Oleh yang demikian, kumpulan ini telah bertukar nama untuk memberikan nafas baru dalam perjuangan mereka. Modus operandi dan warna tema adalah sama sepertimana GAGASAN yang dahulu iaitu berwarna kuning. Antara sebab utama “rebranding” nama ini adalah untuk mengelirukan mahasiswa khususnya mahasiswa tahun pertama tentang kewujudan Pro-Mahasiswa dan ASPIRASI

Sebelum daripada ini, Pro-Mahasiswa di 2 kampus utama iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima tawaran daripada ASPIRASI supaya diberikan kerusi samarata supaya tidak diadakan Pilihanraya Kampus. Ini adalah tindakan terdesak daripada ASPIRASI dalam menghadapi Pilihanraya Kampus akan datang.

Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Saudara Norazali Zainuddin mengajak kepada penyakong Pro-Mahasiswa supaya tidak keliru dengan jelmaan ini yang sama seperti ASPIRASI yang lama. Mengulas tawaran kerusi daripada pihak ASPIRASI, beliau menyatakan tindakan ini sendiri mematikan demokrasi kampus dalam pemilihan majlis perwakilan malah tindakan terdesak ini dilakukan adalah semasa ASPIRASI goyah dan mengambil kesempatan ketika kedudukan mereka tidak stabil. Beliau memohon agar Pro-mahasiswa setiap kampus bersiap siaga dalam menghadapi pilihanraya kampus yang akan menjelang. Kemungkinan besar Pilihanraya Kampus bertembung hebat walaupun dalam masa yang sama di peringkat nasional berlakunya Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu.

Diambil daripada http://razalizaidin.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...