PRO-M | DERITA ROHINGYA




Beginilah nasib rakyat Rohingya yang hidup terbuang. Penafian hak warganegara yang dilaksanakan pemerintah kuku besi kerajaan Myanmar ternyata semakin rakus merobek hak kemanusiaan umat Islam. Lebih teruk lagi melibatkan diskriminasi bersifat keagamaan, umat Islam terus ditindas. Di mana negara yang mengaku sebagai negara Islam? atau sekadar Oh I See (OIC). Tempelak juga buat negara Asia yang lain. Kalian tidak perlu menjadi Muslim untuk punyai sifat peri kemanusiaan, memadai menjadi seorang manusia.

Keprihatinan kita terhadap mereka tanggungjawab bersama. Jika tidak mampu menyumbang lebih, sumbang yang termampu.

Sebarkan informasi agar lebih ramai yang celik mata dan hati perihal isu kemanusiaan yang berlaku.




1.Bukan Semata-mata Wang. Tetapi Juga Tenaga!
Bukan semua orang akan mampu menyumbang melalui wang. Ini jelas apabila sahabat-sahabat Rasulullah SAW sendiri mengadu kepada Rasulullah SAW akan ketidak mampuan mereka untuk beramal melalui kewangan.

Daripada Abu Zarr RA(beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.” Baginda bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma’aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamu pun adalah sedekah.” Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

Maka jelas telah ditunjukkan kepada kita bahawa sedekah itu, sumbangan itu, bukan bermakna pada harta sahaja. Amar ma’ruf nahi munkar(menyeru kepada yang baik dan menegah dari yang mungkar) juga adalah sedekah. Justeru, untuk saudara-saudara kita yang teraniaya di  Rohingya dan lain-lainya, kita boleh melakukan sumbangan walaupun kita tiada wang.

2.Facebook/Vlog,Blog,Poster
Anda seorang Vlogger?

Menyumbanglah melalui Vlog anda. Cakaplah apa sahaja berkenaan Gaza di Vlog anda. Ringkas pun tidak mengapa. Seterusnya promosikan sumbangan kepada Gaza melalui Vlog anda.

Anda seorang Pelukis Komik?

Menyumbanglah melalui Komik anda. Lukislah berkenaan Gaza. Perjuangan Mujahidin. Kesengsaraan anak-anak Palestin. Apa-apa sahaja yang boleh memberikan kesedaran, pencerahan, kepada yang membaca komik anda. Kemudian jangan lupa promosikan sumbangan kepada Gaza melalui komik anda itu.

Anda seorang Blogger?

Menyumbanglah melalui artikel-artikel anda. Blog anda itu, bannernya boleh ditukarkan kepada promosi derma. Artikel-artikel anda membicarakan berkenaan Gaza. Bangkitkan kesedaran melalui artikel-artikel anda.

Anda seorang pengkarya?

Anda suka menulis cerpen dan puisi? Maka tulislah cerpen berkenaan perjuangan di Gaza, kesengsaraan di sana. Tulislah puisi untuk menyedarkan orang ramai akan keadaan mereka di sana. Kemudian jangan lupa untuk promosikan juga bantuan kepada Gaza sana.

Anda seorang designer?

Anda suka design poster? Maka designlah poster-poster yang boleh meningkatkan kesedaran masyarakat akan situasi saudara-saudara kita di Gaza sana. Sambil mempromosikan bantuan derma kepada Gaza sana.

Anda pandai menyanyi?


Maka buatlah satu-dua lagu untuk Gaza. Bukankah itu sumbangan juga?

3. Anda Tak Ada Apa-apa?

Susah sebenarnya untuk zaman ini seseorang itu tidak punya apa-apa. Paling kurang, masyarakat sekarang ada Facebook. Jika anda tidak punya mana-mana talent yang saya cakapkan dalam subtopik sebelum ini, maka bantulah dengan promosikan sumbangan untuk saudara-saudara kita di Gaza itu melalui email, di Facebook, di Twitter anda.

Yang penting, jangan langsung tidak buat apa-apa.

Diam bukan pilihan kita!

Sumber : http://langitilahi.com/v2/10944

“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya.” Hadith Riwayat Bukhari.

PRO-M | TAGGING GREATNESS TO EVERYONE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...