Pro Mahasiswa UTM telah menjalankan beberapa kaji selidik untuk mengetahui pandangan, kesan dan cadangan mengenai perlaksanaan GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Kaji selidik ini memfokuskan pandangan daripada beberapa golongan masyarakat antaranya;
i. Golongan Profesional
ii.Golongan Mahasiswa
iii. Pemimpin Mahasiswa
iv. Masyarakat Awam
Kesemua responden telah memberikan jawapan mereka yang kemudiannya telah dianalisis bagi menunjukkan tindakbalas mereka terhadap perlaksanaan GST.
1.0 Analisis Golongan Profesional
Bil
|
Intipati
|
catatan
|
1
|
(RESPONDEN PERTAMA)
Ø Pandangan terhadap perlaksanaan GST
- Berdasarkan pandangan responden, Gst ini ialah system yang menggantikan cukai SST
- Jika dilihat dari segi hukum ia adalah harus tapi bersyarat
- Antara syarat-syarat adalah
I. Kerajaan perlu komited melaksanakan syariat Islam
II. Kerajaan memerlukan sumber kewangan
III. Cukai yang dikutip hanya memerlukan maslahah dharuriyat dan hajiyat
IV. Melihat kepada bebanan cukai yang dikutip secara adil
V. Cukai dibelanjakan untuk maslahah ummah bukan untuk maksiat serta agihan cukai hendaklah bertepatan dengan ijtihad ulama semasa dan setempat
- Gst adalah untuk Negara yang berpendapatan sederhana. Jadi ia tidak sesuai untuk dilaksanakan lagi.
- Sepatutnya, dengan perlaksanaan tersebut , makan harga barang akan turun
Ø Kesan Dari perlaksanaan GST
- Peniaga mudah mengambil kesempatan untuk naikkan harga barang dengan menggunakan alas an GST
- Pihak kerajaan senang untuk menaikkan GST pada bila-bila masa
Ø Cadangan bagi penmbahbaikan
- jika GST ini ingin diteruskan, maka pengguna sepatutnya memaksa peniaga untuk menurunkan harga barang
- pengguna perlu memaksa pihak kerajaan untuk memperlihatkan bagaimana cara pengagihan yang dikutip tersebut
| |
2
|
(RESPONDEN KEDUA)
Ø Pandangan mengenai perlaksanaan GST
- GST bukan untuk faedah kepada rakyat tetapi ia merupakan keuntungan bagi kerajaan
- Menurutnya, sama ada kita membantah ataupun tidak, kerajaan akan laksanakan juga
Ø Kesan Dari perlaksanaan GST
- Golongan yang berpendapatan rendah akan rasa lebih sengsara
Ø Cadangan bagi penmbahbaikan
- Kerajaan sepatutnya menggunakan system muamalat
| |
3
|
(RESPONDEN KETIGA)
Ø Pandangan mengenai perlaksanaan GST
- GST merupakan sejenis cukai untuk pelbagai bentuk barangan ataupun perkhidmatan
- Ianya patut dilaksanakan jika kerajaan tidak mampu menggunakan kewangan secara berhemah
Ø Kesan Dari perlaksanaan GST
- Ia akan menyebabkan harga barang naik kerana sistem perlaksanaan GST tidak diperbetulkan
- Negara akan mengalami Inflasi
- Rakyat akan tertekan dengan kenaikan harga barang
- Kehidupan akan mejadi bertambah susah dan menyebabkan rakyat tertekan
Ø Cadangan bagi penambahbaikan
- Perlu melihat kepada aspek-aspek lain
- Perlu terlebih dahulu membetulkan sistem sebelum perlaksanaan GST kerana jika sistem tidak betul cukai itu tidak kemana
- Kerajaan perlu tulus dalam menguruskan kewangan negara
| |
4.
|
(RESPONDEN KEEMPAT)
Ø Pandangan mengenai perlaksanaan GST
- GST ialah kerajaan mengenakan cukai keatas barangan
- Ia merupakan penganiayaan rakyat kerana dalam islam dikenakan zakat
- Merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengumpul duit
Ø Kebaikan & keburukan dari perlaksanaan GST
- lebih kepada kepentingan individu
- Negara perlu menanggung hutang yang banyak
- rakyat menjadi mangsa
- dapat mengaut keuntungan dan hasil pendapatan negara
- orang yang susah semakin susah, orang senang semakin senang.
- Sejauh mana GST dapat membangunkan negara tanpa beri kesan
kpd golongan pendapatan rendah:
- ianya membebankn rakyat
- orang yang tidak terbeban sebab mereka melaksanakan
- skim perlindungan & kesihatan sudah hantar surat, disebabkan
implementasi gst kos sudah naik
Sejauh pendedahan tentang pengiraan dan cara implementasi GST dimalaysia didedahkan kepada rakyat:
-berselindung
-tidak telus
-takut- takut untuk terangkan keadaan yang sebenar tentang keadaaan Negara
Relevankah GST dilaksanakan dimalaysia dalam keadaan negara masih belum mencapai tahap negara berpendapatan tinggi:
-tidak boleh dilaksana
-dalam islam tidak ada cukai selain zakat
-melakukan penganiyaan kpd rakyat
-diluar negara kebajikan rakyat terjaga seperti di United Kingdom :
1) orang berpendapatan rendah diberi rumah
2) orang diberhentikan kerja diberi elaun bulanan
3) diberi faedah kepada kanak-kanak baru lahir
4) rawatan kesihatan percuma tapi di Malaysia tidak
| |
5.
|
(RESPONDEN KELIMA)
Ø Pandangan terhadap perlaksanaan GST
- Terdapat pro dan kontra dalam perlaksanaan GST tersebut
- Kerajaan nak dapatkan keuntungan daripada rakyat
- Peniaga melepaksan tanggngjawab
- Dilakukan kerana tidak mahu penyelewengan berlaku terhadap hasil tax yang dikenakan sebab ianya ada bukti penyalahgunaan
- Bebanan cukai yang dikenakan kepada pengguna
- Terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak memahami tentang perlaksanaan GST
- Kerajaan hanya memberi penerangan tentang manfaat GST sahaja,tetapi tidak meberitahu berkaitan bebanan yang akan dihadapi oleh rakyat
- Cukai itu perlu, tetapi perlu adanya perlaksanaan yang betul
Ø Kesan Dari perlaksanaan GST
- Peniaga tak mahu menanggung bebanan cukai, kesannya peniaga menaikkan harga barangan
- Penerangan yang kurang jelas, ia menampakkan seperti masyarakat mengetahui secara menyeluruh tentang GST , tetapi hakikatnya tidak
Ø Cadangan penambahbaikan bagi perlaksanaan GST
- Penerangan tentang kaedah pemantauan harga oerlu menyeluruh
- Perlaksanaan GST perlu mengikut arahan da langkah-langkah yang sebenar
|
.
2.0 Analisis Golongan Mahasiswa
2.1 Profil Responden
2.2 Analisis Pemimpin Mahasiswa
RESPONDEN
|
INTIPATI TEMU BUAL
|
1
|
KESAN BAIK GST
Ø Membantu rakyat dengan kurangkan jualan barangan keperluan
Ø Meningkatkan ekonomi Negara
Ø Mengenalpasti jualan bayangan yang songsang (tipu,rasuah,seludup)
Ø Memudahkan rakyat
KESAN BURUK GST
Ø Golongan berpendapatan sederhana menanggung risiko kenaikan harga & penurunan harga :
§ Di mana mereka harus bayar cukai
§ Golongan pendapatan rendah tidak dikenakan
§ Golongan pendapatan tinggi tiada masalah untuk bayar.
GST MAMPU TINGKATKAN EKONOMI NEGARA
Ø Kerana, 6% cukai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan.
Ø Berbanding SST dimana cukai barangan 6%, cukai perkhidmatan 10% dan jumlah 16%
Ø Ekonomi dapat bersaing dengan Negara luar
Ø Banyak Negara asia dan lain2 menjalankan GST. Kesemuanya ekonomi Negara meningkat.
Ø Dapat mencontohi Negara tersebut.
BAGI SAYA, RAKYAT TELAH TIDAK MENDAPAT PENJELASAN DENGAN BETUL, HAL INI KERANA PEMIKIRAN RAKYAT YANG KIAN MEMBERONTAK
Ø Mudah percaya dengan media FB,Insta,blog
Ø Tidak mendapat pendedahan atau rujukan daripada pihak sebenar
CADANGAN
Ø Adakan ceramah atau penerangan yang jelas
Ø Penerangan GST yang “natural”
Ø Ceramah yang mudahkan rakyat faham.
Ø Pendedahan kepada semua peringkat umur
§ Remaja, 20-an (kian dewasa)
§ Warga bekerja GO/NGO
Ø Laksanakan GST dalam tempoh tertentu (Tahun kajian) di Malaysia
Ø Analisis kesan kepada rakyat
Ø Penambahbaikan
RELEVAN GST DILAKSANAKAN
Ø Dengan tulus,telus,benar jujur dan amanah
Ø Adakan tahun percubaan.
|
2
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø Pelaksanaan gst pada bln april, ramai rakyat tidak tahu
Ø Perlu pemdedahan lebih lanjut
Ø Ramai masih tertanya2
Ø Ramai xtahu dan keluar fakta sendiri
Ø Ramai lihat gst dari sudut negatif sahaja
Ø Pelaksanaan gst bukan bebanan kepada pengguna sahaja
Ø Pelaksanaan gst dah dirancang ada kebaikan dan keburukannya
KESAN GST
Ø sudut negatif : pengguna
Ø turutan gst kpd pengeluar,pengilang akan dapat nilai kewangan semula
Ø rakyat berpendapatan rendah gst akan rasa terbeban dengan kadar yang tinggi
Ø gst akan sama rata bagi golongan yang kaya dan miskin dengan nilai yang sama
PENAMBAHBAIKAN
Ø Rakyat perlu pendedahan terperinci tentang GST sebelum dilaksanakan
Ø Harga yang tetap dan pengguna tahu harga sebenar dan tidak rasa tertipu dengan pengilang dan pengeluar.
Ø Perlu satu mekanisme agar cukai dikenakan kepada pengeluar dan pengilang juga bukan hanya kepada pengguna akhir.
|
3
|
PENGETAHUAN:
Ø Cukai yang dikenakan ke atas barang-barang di Malaysia dan tidak termasuk barang-barang asas. Tidak dikenakan atas semua barang termasuk rumah
KESAN
Ø keburukan: harga meningkat, bebanan kepada masyarakat sedangkan masih banyak gelandangan
KEFAHAMAN TERHADAP MASYARAKAT
Ø pendedahan kepada masyarakat perlu lebih detail sebab masyarakat kurang mendapat pendedahan
CADANGAN
Ø fahamkan masyarakat terlebih dahulu dan masyarakat perlu terima bukan memberontak
PERLUKAH GST DIJALANKAN?
Ø Tidak perlu dijalankan. Mungkin sebab masih tidak faham
|
4
|
PENGETAHUAN
Ø -GST: goods and services tax yang akan dijalankan pada 1 april 2015
Ø -pemansuhan cukai pada peringkat pertengahan
KESAN
Ø -KEBAIKAN: menghapuskan proses ketirisan perdagangan di peringkat pertengahan. Orang tengah tidak boleh ambil kesempatan, memapankan ekonomi negara
KEFAHAMAN MASYARAKAT
Ø -masyarakat masih x faham tapi kerajaan sudah berusaha contoh melalui forum-forum, media massa dan elektronik
Ø -usaha perlu digiatkan supaya masyarakat benar-benar faham
GST MAMPU MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA?
Ø Ya, kuasa pembeli akan meningkat atau stabil.
Ø barang import akan dikenakan GST, target pasaran adalah gologan yang mampu, jadi tidak membebankan rakyat, jadi rakyat perlu bijak dalam membeli
CADANGAN:
Ø rakyat perlu tahu bagaimana untuk berbelanja
Ø untuk tingkatkan pendapatan negara, pendapatan rakyat juga perlu meningkat.
|
5
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø GST satu sistem kita perlu bayar kadar lebih rendah berbanding sedia ada.
Ø Ringkas cerita , GST akan beri kesan yang sangat buruk pada rakyat. Kaya akan semakin kaya dan miskin semakin miskin.
KESAN PERLAKSANAAN GST
Ø Setengah barang akan naik harga dan ada barang yang tidak dikenakan GST.
Ø Walaupun barangan asas tidak dikenakan GST tetapi industry yang keluarkan barangan ini still kena tax 6%.
Ø Plus, untuk perubatan lagi nampak kenaikan bila hanya tax perkhidmatan sahaja dikecualikan daripada tax tapi ubat2 semua kena.
Ø Jadi rakyat biasa tidakkan mampu pergi ke klinik2 swasta lagi, klinik kerajaan bertambah sesak.
Ø Tambahan, mmg GST dilaksanakan di negara2 maju, tapi negara tersebut semuanya adalah negara berpendapatan sederhana bukan macam Malaysia yang berpendapatan rendah.
CADANGAN MENGENAI GST
Ø Sekarang kadar 6%, dan perlu kurangkan sedikit ataupun buat sekatan mengikut status pekerjaan/tahap pekerjaan.
Ø Wujudkan tenaga2 pakar untuk uruskan sumber asli yang ada dalam Malaysia
Ø Negara kita kaya dengan sumber asli tapi tiada orang uruskan.
Ø Semuanya dieksploitasi oleh orang luar.
Ø Sebab itu bila duit Malaysia jatuh menteri2 mengatakan ia adalah faktor luaran.
Ø GST harus dikaji semula, kerana kerajaan terlalu gopoh untuk laksanakan disebabkan mereka telah berbelanja besar semasa PRU.
|
6
|
PANDANGAN :
Ø Pengguna dikenakan sekali sahaja cukai iaitu daripada 16% kepada 6%
KESAN :
Ø GST lebihtelus, penjual Harus mendaftar dengan kerajaan dan mereka tidak boleh menaikkan harga sesuka hati.
Ø GST mampu meningkatkan ekonomi.
Ø Tidak semua rakyat Malaysia yang faham tentang GST
Ø GST relevan dilaksanakan
|
7
|
PANDANGAN :
Ø Akan dilaksanakanpada 1 April tahun
Ø 6% cukai yang akan dilaksanakan
Ø Harga barangan akan turun sebab sebanyak 10% cukai telah pun dikurangkan
Ø Menjangkakan bahawa peratusan GST akan naik pada masanakandatang. (sebab kebanyakan Negara luar melaksanakan GST bermula denganperatusan yang rendah dan semakin menaik mengikut masa )
Ø Cth : Indonesia dah naik hingga ke 20%
Ø GST tidak relevan sebab makin lama dia akan membebankan rakyat
CADANGAN :
Ø Mendidik rakyat Malaysia bukan hanya untuk berjimat tapi untuk menjana kewangan atau berniaga bagi menambahkan pendapat ekonomi
Ø Kurangkan pelaburan sebab negara lain akan mendapat lebih keuntungan
|
8
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø Gst akan berkuatkuasa bulan 4 dan akan rasa kesannya
Ø Ada benda baik yg boleh dilaksanakan
Ø Kita perlu faham kita masih dalam negara membangun dan banyak kelemahan perlu diperbaiki
Ø Ini membebankan rakyat
Ø Contoh sebagai pelajar rasa kenaikan harga barang
KESAN PELAKSANAAN GST KPD MASYARAKAT,NEGARA DAN KHUSUS ORG AWAM
NEGARA:
Ø Kenaikan harga barang
Ø Taraf hidup meningkat
Ø Purata rm900 bagi jumlah maksimum setiap isi rumah maksimum, atau lebih kurang rm1000
Ø Bila negara dah stabil baru boleh laksanakan gst
Ø Harga minyak turun, dunia mengalami kemelesatan ekonomi
Ø Situasi ini bertindih
Ø Petronas salah satu penyumbang ekonomi negara
Ø Sebelum jalankan gst sepatutnya perbaiki dari segi pentadbiran
Ø Dalam aspek perpaduan, rasuah dan lain-lain
CADANGAN
Ø Perkara ini belum jadi lagi terjadi, maka kerajaan dari sekarang perlu merancang
Ø Dengan baik agar gst memberi manfaat kepada ekonomi negara dan rakyat
HARAPAN
Ø Segala perkara yang ingin dikuatkuasakan perlu memberi manfaat kepada masyarakat
Ø Adil kepada semua pihak
|
9
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø GST ini merupakan satu cukai yang dikenakan bagi setiap urusniaga melainkan urusniaga ini mendapat pengecualian dari GST dari kerajaan, selalaunya macam barang makanan asas, pengangkutan awam dan lain-lain yang digariskan kerajaan.
Ø Kalau Negara lain seolah-olah satu cukai tambahan.
KESAN PELAKSANAAN GST:
Ø Pelaksanaan GST ini seolah-olah membebankan rakyat dengan kadar tinggi sebanyak 6% dan membebankan rakyat. Kadar ini sebenarnya agak tinggi tapi satu ketidakadilan kerana kadar tetap sama bagi golongan kaya dan miskin di Malaysia. Mungkin bagi golongan yang kaya 6% itu sikit sahaja tapi bagaimana pula golongan berpendapatan rendah?
Ø Kalau pengecualiaan hanya beberapa barang selain dari makanan asas, dan beberapa perkhidmatan yang terpilih sahaja. Seangkan banyak barang lain menjadi barang asas pengguna Malaysia yang tidak medapat pengecualian GST.
CADANGAN
Ø Mohon kerajaan lebih perincikan apa yang dikecualikan GST dan apa yang tidak dan memastikan pihak peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan, kerana peniaga juga inginkan keuntungan.
Ø Mungkin perlu kaji semula kesesuaian sistem ini bakal dilaksanakan. Kerana Negara yang banyak melaksanakan sistem ini adalah Negara maju bukan Negara yang sekadar dalam kategori Negara membangun.
|
10
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø GST merupakan cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan bermula 1 April 2015 dan menggantikan cukai yang sedia ada iaitu SST. Sebanyak 6% cukai yang akan dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan manakala cukai SST sebelum ini pula mengenakan 16%.
KESAN PELAKSANAAN GST:
Ø Barang yang dikecualikan cukai adalah sangat sedikit sedangkan masih banyak barangan yang lain yang sering digunakan. Kerajaan terlalu memfokuskan terhadap keuntungan Negara akan bertambah sedangkan pengguna yang berpendapatan rendah masih lagi tertindas.
CADANGAN
Ø Kerajaan haruslah memantau harga-harga dan perlaksanaan GST oleh peniaga. Mereka harus memastikan peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati.
Ø Kerajaan juga harus memastikan kadar cukai GST yang dilaksanakan sebanyak 6% di Malaysia tidak dinaikkan.
|
11
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø GST merupakan satu cukai yang menggantikan cukai SST yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.
Ø Cukai yang dikenakan kelihatan lebih rendah iaitu sebanyak 6% namun ianya tetap memberi kesan dari beberapa sudut.
KESAN PELAKSANAAN GST:
Ø GST yang dikenakan lebih rendah berbanding SST kerana cukainya telah digabungkan menjadi satu cukai.
Ø Namun, ianya membeir kesan yang banyak kepada pengguna.
Ø Seandainya kenaikan GST terjadi pada masa akan datang, maka ianya akan memberi kesan kepada semua barang yang dikenakan GST secara menyeluruh.
Ø Ianya berbeza dengan perlaksanaan SST, yang sebelum ini yang mana kenaikan kenaikan SST perlu dibahaskan satu persatu dalam parlimen.
Ø Keadaan membolehkan kerajaan menaikkan cukai dengan lebih mudah.
Ø Jesteru itu, ianya akan memberi kesan kepada pengguna apabila keadaan ini dimanipulasikan oleh golongan peniaga yang cuba mengelakkan kerugian dari pihak mereka dengan meletakkan cukai berganda.
Ø Makanya, golongan yang berpendapatan rendah sudah pasti merasai kesan yang sangat mendalam
Ø Golongan miskin semakin miskin dan golongan kaya semakin kaya.
CADANGAN
Ø Pelaksanaan GST perlu dilaksana secara telus dengan menerangkan cara pengiraan cukai tersebut dengan jelas tanpa berselindung.
Ø Apabila GST dilaksanakan, kerajaan mesti dengan menggunakan cukai tersebut kea rah maslahah umum tanpa berlakunya ketirisan dalam pengagihannya.
Ø Selain itu juga, kerajaan mesti melipat ganda pemantauan terhadap harga barang yang diletakkan oleh peniaga.
Ø Hal ini kerana, harga barang kawalan sepatutnya lebih murah ataupun tidak terjejas apabila GST dilaksanakan kerana cukai yang dikenakan semakin rendah.
Ø Pantauan terhadap harga barang kawalan perlu dilakukan dengan komited supaya pengguna tidak teraniaya kerana kerajaan sememangnya bertanggungjawab ke atas perkara ini kerana kerajaan yang melaksanakannya.
|
12
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø Pada pandangan saya, GST ialah cukai jualan dan perkhidmatan yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Cukai ini ialah cukai yang menggantikan cukai SST.
KESAN PELAKSANAAN GST:
Ø Kesan kepada perlaksanaan GST ialah kenaikan harga barang oleh peniaga yang mengambil kesempatan atas perlaksanaan GST.Selainitu, jika kerajaan tidak tulus menggunakan wang tersebut, perlaksanaan GST tidak memberi apa-apa makna kepada keuntungan negara.
CADANGAN
Ø Pada pandangan saya, kerajaan perlu memperluaskan dan memberi pendedahan yang lebih kepada rakyat tentang cara perlaksanaan GST. Kerajaan dan pengguna juga perlu memaksa peniaga untuk menurunkan harga barang.
|
13
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø Pada saya GST merupakan cukai yang dikenakan terhadap penggunaan barangan dan perkhidmatan
Ø Terdapat pro dan contra terhadap perlaksanaan GST.
Ø Kadar GST yang telah ditetapkan oleh kerajaan dapat menentukan kadar cukai yang perlu ditanggung oleh masyarakat
Ø
KESAN PELAKSANAAN GST:
Ø Kesan yang dapat dilihat daripada perlaksanaan GST ini adalah ia dapat memberi bebanan kepada golongan yang berpendapatan rendah
CADANGAN
Ø Pada pandangan saya, pihak kerajaan perlu memberi pendedahan tentang kebaikan dan keburukan perlaksanaan GST
Ø Menyatakan berkaitan dengan pengagihan cukai yang telah dikutip.
|
14
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø GST merupakan good and services tax yang dikenakan keatas barangan dan tidak termasuk barangan asas
Ø cukai yang dikenakan adalah sebanyak 6%
Ø cukai ini dikenakan untuk mengelakkan berlaku penyelewengan harga barangan di peringkat pertengahan yang menyebabkan peniaga meletakkan harga barangan yang tinggi.
KESAN PELAKSANAAN GST:
Ø kebaikan: mengurangkan berlakunya salah saku di peringkat pertengahan dalam meletakkan harga barangan sesuka hati
Ø keburukan: harga barangan semakin meningkat dan menyusahkan golongan yang kurang berkemampuan
CADANGAN
Ø kerajaan perlu menggiatkan lagi usaha memberi kefahaman kepada masyarakat kerana masih ramai lagi masyarakat yang kurang memahami mengenai GST.
|
15
|
PANDANGAN TENTANG GST
Ø Sistem GST ini merupakan cukai yang akan menggantikan cukai SST. Cukai ini mengambil 6% daripada setiap peringkat oleh perantara dalam proses pengeluaran dan pengedaran. Selain itu, GST juga akan dikenakan keatas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam chain rate termasuk barang import dan servis.
KESAN PELAKSANAAN GST:
Ø Harga barang dinaikkan bagi peniaga mengatasi risiko terhadap cukai GST.
Ø Pengguna menghadapi masalah kefahaman tentang kaedah pelaksanaan GST secara telus dan menyeluruh.
Ø Pelaksanaan kurang rasional kerana keadaan ekonomi semasa kurang stabil
CADANGAN
Ø Melaksanakan GST mengikut kemampuan lapisan masyarakat.
Ø Pihak berkenaan perlu memantau pelaksanaan GST dari masa ke masa bagi mengelakkan sebarang penyelewangan
|
2.3 Analisis Mahasiswa
Jadual 1.3 di bawah menunjukkan frekuensi tahap pengetahuan responden terhadap pelaksanaan GST di Malaysia. Beberapa soalan telah dikemukakan yang merangkumi beberapa aspek asas yang terdapat dalam pelaksanaan GST seperti tarikh pelaksanaan cukai, kadar cukai yang ditetapkan di dalam GST, pengecualian barang dan perkhidmatan di dalam sistem GST dan kesan pelaksanaan GST.
Seramai 65% responden masih tidak tahu GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada. Seterusnya, sebanyak 77%% responden dilihat Pelaksanaan GST akan membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan. Di samping itu, seramai 63% dilihat masih tidak tahu tentang pelaksanaan GST akan memberikan kesan positif kepada sektor industri dan ekonomi negara secara keseluruhannya. Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan mahasiswa mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai pelaksanaan GST di Malaysia.
Jadual 1.3: Analisis Pengetahuan terhadap Isu-isu Pelaksanaan GST
ITEM
|
Sangat tidak setuju (%)
|
Tidak setuju
(%)
|
Tidak pasti (%)
|
Setuju (%)
|
Sangat setuju (%)
|
1. Cukai Barangan dan Perkhidamatan (GST) akan dilaksanakan pada 15 April 2015.
|
23
|
9
|
23
|
31
|
14
|
2. GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada
|
14
|
14
|
37
|
23
|
12
|
3. Cukai Barangan dan Perkhidamatan yang akan dikenakan adalah sebanyak 6%.
|
20
|
14
|
17
|
34
|
14
|
4. Pelaksanaan GST akan meningkatkan jumlah kutipan hasil Kerajaan
|
3
|
17
|
23
|
32
|
26
|
5. Pelaksanaan GST akan membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan.
|
12
|
14
|
51
|
17
|
6
|
6. GST merupakan cukai yang berkesan kerana ia dikutip di setiap peringkat iaitu pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna
|
9
|
20
|
31
|
26
|
14
|
7. Pelaksanaan GST akan memberikan kesan positif kepada sektor industri dan ekonomi negara secara keseluruhannya
|
14
|
14
|
35
|
23
|
14
|
8. Barang keperluan asas seperti tepung, beras, gula dan ikan tidak dikenakan GST
|
11
|
3
|
23
|
26
|
37
|
9. Perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan tidak dikenakan GST
|
6
|
6
|
29
|
29
|
30
|
10. Sebanyak 40 barangan keperluan asas rakyat tidak akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan
|
6
|
6
|
42
|
23
|
23
|
Jadual 1.4 menunjukkan soalan telah diajukan kepada responden berkenaan pemahaman mereka terhadap isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan GST. Responden diberikan pilihan jawapan yang merangkumi skala satu hingga lima yang mana skala satu mewakili “sangat tidak setuju”, skala dua “tidak setuju”, skala tiga “tidak pasti”, skala empat mewakili “setuju” dan yang terakhir skala lima mewakili jawapan “sangat setuju”.
Apabila ditanyakan mengenai GST adalah satu sistem cukai baharu yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan sebagai tambahan kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), 0% responden menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut. Manakala 17% lagi menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju, 34% kurang pasti, 34% setuju dengan penyataan tersebut, dan hanya 15% sahaja sangat setuju dengan penyataan tersebut. Penyataan kedua berkenaan dengan isu “GST tidak perlu dilaksanakan kerana sudah ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan”, 3% daripada responden bersetuju dengan penyataan ini, 60% sangat setuju dan 31% daripada responden tidak pasti akan pernyataan tersebut. Lain-lain responden memberi 3% untuk jawapan sangat tidak setuju dan 6% untuk tidak bersetuju.
Penyataan seterusnya yang diajukan pada bahagian ini adalah “GST akan membebankan masyarakat kerana kadar yang dikenakan terlalu tinggi”, majoriti daripada responden iaitu 74% responden sangat bersetuju dengan penyataan tersebut, 17% masih tidak pasti, 3% tidak setuju dan 6% sangat tidak setuju. Dapatan juga menunjukkan 77% daripada responden masih tidak memahami bagaimanakah GST akan dilaksanakan, dan diikuti 20% responden masih tidak pasti. Seterusnya, penyataan kelima adalah “Pelaksanaan GST tidak dapat mengatasi kelemahan kaedah cukai jualan dan perkhidmatan yang diperkenalkan sebelum ini”. 29% daripada responden berada dalam keadaan tidak pasti dan 30% bersetuju dan 20% sangat bersetuju dengan penyataan ini.
Malah dapatan juga menunjukkan bahawa responden bimbang “GST akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan”, iaitu 37% responden sangat bersetuju, di ikuti dengan 45% setuju, 9% masih tidak pasti, 9% tidak setuju dan 0% sangat tidak bersetuju. Kebimbangan mereka terus berterusan bahawa pelaksanaan GST menyebabkan peniaga akan mengambil kesempatan ke atas masyarakat dengan menaikkan harga barangan. Iaitu 29% responden sangat bersetuju, di ikuti dengan 40% setuju, 22% masih tidak pasti, 3% tidak setuju dan 6% sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini. Majoriti responden juga bersetuju dengan pernyataan bahawa “Apabila GST dilaksanakan, inflasi akan naik dan akan memberi kesan negatif kepada rakyat” iaitu 29% responden sangat bersetuju, di ikuti dengan 31% setuju, 31% masih tidak pasti, 26% tidak setuju dan 3% sangat tidak bersetuju.
Kebimbangan responden terhadap pelaksanaan GST terjawab kerana kurangnya maklumat yang disampaikan kepada masyarakat mengenai GST. Buktinya 73% responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dapatan juga menunjukkan bahawa penerangan yang dibuat oleh kerajaan mengenai maklumat pelaksanaan GST adalah tidak menyeluruh. Majoriti daripada responden bersetuju iaitu sebanyak 72% melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan responden.
Jadual 1.4: Analisis Kefahaman terhadap Isu-isu Pelaksanaan GST
ITEM
|
Sangat tidak setuju (%)
|
Tidak setuju (%)
|
Tidak pasti (%)
|
Setuju (%)
|
Sangat setuju (%)
|
1. GST sebagai satu sistem cukai baharu yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan sebagai tambahan kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
|
0
|
17
|
34
|
34
|
15
|
2. GST tidak perlu dilaksanakan kerana sudah ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan
|
3
|
6
|
31
|
40
|
20
|
3. GST akan membebankan masyarakat kerana kadar yang dikenakan terlalu tinggi
|
6
|
3
|
17
|
40
|
34
|
4. Masyarakat tidak memahami bagaimanakah GST akan dilaksanakan
|
0
|
3
|
20
|
37
|
40
|
5. Pelaksanaan GST tidak dapat mengatasi kelemahan kaedah cukai jualan dan perkhidmatan yang diperkenalkan sebelum ini
|
12
|
9
|
29
|
30
|
20
|
6. GST akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan
|
0
|
9
|
9
|
45
|
37
|
7. Peniaga akan mengambil kesempatan ke atas masyarakat dengan menaikkan harga barangan
|
6
|
3
|
22
|
40
|
29
|
8. Apabila GST dilaksanakan, inflasi akan naik dan akan memberi kesan negatif kepada rakyat
|
3
|
6
|
31
|
31
|
29
|
9. Kurang maklumat yang disampaikan kepada masyarakat mengenai GST
|
9
|
9
|
9
|
51
|
22
|
10.Hebahan maklumat mengenai GST adalah tidak menyeluruh
|
9
|
9
|
12
|
37
|
35
|
3.0 Analisis Golongan Masyarakat Awam
Profil Responden
Jadual 1.1 di bawah menunjukkan frekuensi tahap pengetahuan responden terhadap pelaksanaan GST di Malaysia. Beberapa soalan telah dikemukakan yang merangkumi beberapa aspek asas yang terdapat dalam pelaksanaan GST seperti tarikh pelaksanaan cukai, kadar cukai yang ditetapkan di dalam GST, pengecualian barang dan perkhidmatan di dalam sistem GST dan kesan pelaksanaan GST.
Dapatan menunjukkan 32% daripada responden tidak tahu mengenai tarikh pelaksanaan GST, dan 33% responden masih tidak pasti dengan tarikh pelaksanaan GST. Selain itu, seramai 55% responden masih tidak tahu GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada. Dapatan juga menunjukkan majoriti responden iaitu 69% tidak tahu jumlah kadar yang dikenakan dalam GST. Seramai responden (59%) tahu bahawa sebanyak 40 barangan keperluan asas rakyat tidak akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan.
Sebanyak 17% daripada responden tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa pelaksanaan GST akan memberikan kesan positif kepada sektor industri dan ekonomi negara secara keseluruhannya, diikuti pula dengan 47% masih tidak pasti. Walau bagaimanapun, responden yang mewakili pengguna tahu bahawa pelaksanaan GST akan meningkatkan jumlah kutipan hasil Kerajaan (40%). Secara keseluruhannya dapatan kajian ini menunjukkan golongan masyarakat mempunyai tahap pengetahuan yang rendah mengenai pelaksanaan GST di Malaysia.
Jadual 1.1: Analisis Pengetahuan terhadap Pelaksanaan GST
ITEM
|
Sangat tidak setuju (%)
|
Tidak setuju (%)
|
Tidak pasti (%)
|
Setuju (%)
|
Sangat setuju
(%)
|
1. Cukai Barangan dan Perkhidamatan (GST) akan dilaksanakan pada 15 April 2015.
|
14
|
18
|
33
|
27
|
8
|
2. GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada
|
8
|
9
|
38
|
39
|
6
|
3. Cukai Barangan dan Perkhidamatan yang akan dikenakan adalah sebanyak 6%.
|
11
|
24
|
34
|
26
|
5
|
4. Pelaksanaan GST akan meningkatkan jumlah kutipan hasil Kerajaan
|
7
|
17
|
37
|
26
|
13
|
5. Pelaksanaan GST akan membolehkan lebih banyak projek pembangunan dilaksanakan.
|
4
|
15
|
46
|
27
|
8
|
6. GST merupakan cukai yang berkesan kerana ia dikutip di setiap peringkat iaitu pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna
|
6
|
11
|
41
|
33
|
9
|
7. Pelaksanaan GST akan memberikan kesan positif kepada sektor industri dan ekonomi negara secara keseluruhannya
|
6
|
11
|
47
|
22
|
14
|
8. Barang keperluan asas seperti tepung, beras, gula dan ikan tidak dikenakan GST
|
3
|
6
|
16
|
35
|
40
|
9. Perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan tidak dikenakan GST
|
2
|
6
|
21
|
29
|
42
|
10. Sebanyak 40 barangan keperluan asas rakyat tidak akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan
|
2
|
11
|
28
|
29
|
30
|
Jadual 1.2 menunjukkan soalan telah diajukan kepada responden berkenaan pemahaman mereka terhadap isu-isu yang timbul dalam pelaksanaan GST. Responden diberikan pilihan jawapan yang merangkumi skala satu hingga lima yang mana skala satu mewakili “sangat tidak setuju”, skala dua “tidak setuju”, skala tiga “tidak pasti”, skala empat mewakili “setuju” dan yang terakhir skala lima mewakili jawapan “sangat setuju”.
Apabila ditanyakan mengenai GST adalah satu sistem cukai baharu yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan sebagai tambahan kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), 3% responden menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju dengan penyataan tersebut. Manakala 12% lagi menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju, 41% kurang pasti, 29% setuju dengan penyataan tersebut, dan hanya 15% sahaja sangat setuju dengan penyataan tersebut. Penyataan kedua berkenaan dengan isu “GST tidak perlu dilaksanakan kerana sudah ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan”, 20% daripada responden bersetuju dengan penyataan ini, 25% sangat setuju dan 37% daripada responden tidak pasti akan pernyataan tersebut. Lain-lain responden memberi 5% untuk jawapan sangat tidak setuju dan 13% untuk tidak bersetuju.
Penyataan seterusnya yang diajukan pada bahagian ini adalah “GST akan membebankan masyarakat kerana kadar yang dikenakan terlalu tinggi”, majoriti daripada responden iaitu 38% responden sangat bersetuju dengan penyataan tersebut, di ikuti dengan 18% setuju, 33% masih tidak pasti, 6% tidak setuju dan 5% sangat tidak setuju. Dapatan juga menunjukkan 47% daripada responden masih tidak memahami bagaimanakah GST akan dilaksanakan, dan diikuti 42% responden masih tidak pasti. Seterusnya, penyataan kelima adalah “Pelaksanaan GST tidak dapat mengatasi kelemahan kaedah cukai jualan dan perkhidmatan yang diperkenalkan sebelum ini”. 41% daripada responden berada dalam keadaan tidak pasti dan 28% bersetuju dan 21% sangat bersetuju dengan penyataan ini.
Malah dapatan juga menunjukkan bahawa responden bimbang “GST akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan”, iaitu 26% responden sangat bersetuju, di ikuti dengan 34% setuju, 26% masih tidak pasti, 9% tidak setuju dan 5% sangat tidak bersetuju. Kebimbangan mereka terus berterusan bahawa pelaksanaan GST menyebabkan peniaga akan mengambil kesempatan ke atas masyarakat dengan menaikkan harga barangan. Iaitu 29% responden sangat bersetuju, di ikuti dengan 26% setuju, 25% masih tidak pasti, 12% tidak setuju dan 8% sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini. Majoriti responden juga bersetuju dengan pernyataan bahawa “Apabila GST dilaksanakan, inflasi akan naik dan akan memberi kesan negatif kepada rakyat” iaitu 34% responden sangat bersetuju, di ikuti dengan 28% setuju, 25% masih tidak pasti, 8% tidak setuju dan 4% sangat tidak bersetuju.
Kebimbangan responden terhadap pelaksanaan GST terjawab kerana kurangnya maklumat yang disampaikan kepada masyarakat mengenai GST. Buktinya 56% responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. Dapatan juga menunjukkan bahawa penerangan yang dibuat oleh kerajaan mengenai maklumat pelaksanaan GST adalah tidak menyeluruh. Majoriti daripada responden bersetuju iaitu sebanyak 55% melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan responden.
Jadual 1.2: Analisis Kefahaman terhadap Isu-isu Pelaksanaan GST
ITEM
|
Sangat tidak setuju (%)
|
Tidak setuju (%)
|
Tidak pasti (%)
|
Setuju (%)
|
Sangat setuju (%)
|
1. GST sebagai satu sistem cukai baharu yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan sebagai tambahan kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
|
3
|
12
|
41
|
29
|
15
|
2. GST tidak perlu dilaksanakan kerana sudah ada cukai jualan dan cukai perkhidmatan
|
5
|
13
|
37
|
20
|
25
|
3. GST akan membebankan masyarakat kerana kadar yang dikenakan terlalu tinggi
|
5
|
6
|
33
|
18
|
38
|
4. Masyarakat tidak memahami bagaimanakah GST akan dilaksanakan
|
5
|
6
|
42
|
29
|
18
|
5. Pelaksanaan GST tidak dapat mengatasi kelemahan kaedah cukai jualan dan perkhidmatan yang diperkenalkan sebelum ini
|
6
|
4
|
41
|
28
|
21
|
6. GST akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan
|
5
|
9
|
26
|
34
|
26
|
7. Peniaga akan mengambil kesempatan ke atas masyarakat dengan menaikkan harga barangan
|
8
|
12
|
25
|
26
|
29
|
8. Apabila GST dilaksanakan, inflasi akan naik dan akan memberi kesan negatif kepada rakyat
|
4
|
8
|
25
|
28
|
34
|
9. Kurang maklumat yang disampaikan kepada masyarakat mengenai GST
|
1
|
2
|
41
|
28
|
28
|
10.Hebahan maklumat mengenai GST adalah tidak menyeluruh
|
3
|
2
|
40
|
29
|
26
|
Sekian, Terima Kasih. Kongsikan untuk manfaat bersama.