Berikut merupakan soalan yang telah diajukan kepada Pihak Kastam bagi memperoleh penjelasan berkaitan GST.
Bil
|
Soalan
|
Jawapan
Kastam
|
1
|
Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga
runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan
dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku?
|
KPDNKK telah menerbitkan dan mengedarkan 6
panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan
perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu
pejabat KPDNKK, pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK
melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/.
Apabila GST dilaksanakan dan
bergantung kepada kesediaan peniaga untuk memindahkan penjimatan kos membuat
(pass down the cost saving) lanjutan daripada tuntutan cukai input ke
atas pembelian bagi tujuan perniagaan.
Kenaikan
harga barang dan perkhidmatan bukan disebabkan oleh cukai semata-mata.
Kenaikan harga lazimnya berpunca daripada permintaan dan penawaran terhadap
sesuatu barang dan perkhidmatan dalam pasaran.
|
2
|
Adakah 10% SST akan dihapuskan
selepas GST 6% dilaksanakan bermula 1
April ini?
|
Ya, SST (Cukai Jualan dan Cukai
Perkhidmatan) dimansuhkan mulai 1 April 2015 Oleh itu dua cukai yang ada
sekarang akan digantikan dengan satu sahaja.
Nota
tambahan: Cukai Jualan telah diperkenalkan sejak tahun 1972 (Akta Cukai
Jualan 1972). Perintah Cukai Jualan 2012 menetapkan kadar Cukai Jualan adalah
10%, melainkan barangan dalam Jadual 1, misalnya bahan-bahan mentah sebanyak
0%. Jadual 2, misalnya untuk makanan dan buah-buahan sebanyak 5%, Jadual 3,
minuman berproses sebanyak 20% dan Jadual 4, untuk bahan petroleum dan
diesel, berkadar spesifik. Cukai ini telah dimasukkan ke dalam kos harga
barang dan pengguna membayar cukai tersebut tanpa disedari. Cukai
Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 1975 (Akta Cukai Perkhidmatan
1975) pada kadar 5%. Kadar ini kemudiannya dinaikkan kepada 6% pada tahun
2011. Kedua-dua Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan digantikan dengan GST pada
kadar 6%.
|
3
|
Bagi syarikat-syarikat yang memperoleh pulangan mencecah RM500K tahun
lepas tetapi tidak dijangka untuk mencapai jumlah tersebut pada tahun ini,
adakah mereka harus mendaftar dan mengutip GST?
|
Syarikat tersebut tidak perlu mendaftar
dan tidak boleh mengenakan GST.
|
4
|
Sama juga mengenai syarikat-syarikat yang berada pada garis sempadan,
apa yang patut mereka lakukan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk
menangani isu ini supaya ia adil kepada mereka dan pengguna? Adalah
difahamkan bahawa kes-kes yang berada pada garis sempadan digalakkan untuk
mendaftar dan mengutip GST jika pulangan mereka tidak mencecah RM500k,
kemudian bagaimana?
|
Sekiranya
perolehan tahunan sesebuah syarikat tidak mencapai nilai ambang (threshold
RM500,000), syarikat tersebut mempunyai pilihan sama ada terus kekal dengan
status tidak berdaftar atau boleh mendaftar secara sukarela. Selepas
pendaftaran diluluskan, syarikat perlu terus kekal dalam sistem GST untuk
tempoh tidak kurang dari 2 tahun.
|
5
|
Mengapa kerajaan mengurangkan peratusan cukai korporat daripada 25% kepada
24% kerana itulah hasil penting bagi kerajaan dan mencaj GST 6%?
|
Tujuan
utama GST ialah untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara. Satu dari
kaedah untuk mencapai tujuan tersebut ialah mengurangkan pengantungan kepada
cukai-cukai langsung (direct taxes) seperti cukai korporat. Pengurangan cukai
korporat dapat menggalakkan pelabur asing untuk membuka perniagaan di
Malaysia dan menwujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
|
6
|
Adakah gaji minimum akan dikaji semula dan dinaikkan kepada gaji yang
mencukupi untuk kelangsungan hidup, sebelum melaksanakan GST? Berapakah
kenaikan itu?
|
Adalah
menjadi dasar kerajaan dibawah ETP untuk mencapai status negara berpendapatan
tinggi, yakni pendapatan per kapita dari RM23,700 pada tahun 2009 kepada
RM48,000 pada tahun 2020.Oleh itu Kerajaan akan menjalankan Kajian gaji
minima secara berterusan dan bergantung kepada kedudukan ekonomi negara
|
7
|
Mengapa tidak kekalkan senarai barangan and perkhidmatan yang
dikenakan SST sama dengan GST? Mengapa ia perlu diluaskan kepada barangan dan
perkhidmatan yang tiada cukai sebelum ini?
|
GST
merupakan langkah penyusunan semula sistem percukaian Negara. Ini secara
tidak langsung melibatkan perluasan skop cukai dan menghapuskan elemen cukai
berganda yang ada dalam SST.Pengguna akan membayar harga yang lebih
berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding dengan SST.
|
8
|
Apakah mekanisma yang akan diambil kerajaan untuk mengekangkan
kenaikan harga akibat GST?
|
Kerajaan
akan mengambil langkah-langkah yang tegas bagi memastikan peniaga tidak
mengambil kesempatan dengan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan
harga barang bagi tujuan membuat keuntungan secara berlebihan. Antara
langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan adalah melaksanakan
sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, memperhebatkan
penguatkuasaan melalui penubuhan Majlis Harga Negara, penerbitan Panduan
Harga Pengguna, di samping menjadikan pasaraya sebagai penanda aras harga
(price setter). Bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan,
pengenaan denda dan penalti yang lebih berat akan dikenakan
|
9
|
Mengapa barangan harian seperti tin sardin dikenakan
GST 6%, manakala udang galah dikecualikan GST?
|
Udang
galah diklafikasikan sebagai bahan makanan asas dibawah “crustaceans” yang
berkadar sifar. Manakala tin sardin diklasifikasikan sebagai bahan makanan
yang telah diproses dan dikenakan kadar GST 6%.
|
10
|
Bagaimana
hasil daripada GST akan digunakan untuk orang awam? Sila nyatakan
|
Semua hasil negara termasuk
hasil daripada GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan (Consolidated
Fund). Dana dari Consolidated Fund digunakan untuk pentadbiran dan kemajuan
negara.
Pecahan untuk perbelanjaan
untuk orang awam dalam Bajet 2015 adalah seperti berikut:
program perguruan dan pembelajaran - RM60.0 bilion
perkhidmatan dan kemudahan kesihatan - RM23.3 bilion
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) - RM4.9 bilion
kemudahan dan infrastruktur - RM4.5 bilion
biasiswa kerajaan - RM3.0 bilion
keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya - RM1.2 bilion
bantuan buku 1Malaysia -
RM325 juta
|
11
|
Bank Dunia mengatakan bahawa cukai pengguna seperti GST adalah
regresif dan memberi kesan paling teruk kepada yang miskin. Dalam keadaan
sedemikian, mengapa kerajaan mahu melaksanakan GST?
|
Secara am, GST boleh
diiktirafkan sebagai cukai regresif tetapi model GST boleh diubahsuai untuk
dijadikan sistem cukai progresif dengan kaedah kadar-sifar, pengecualian dan
pelepasan. Pengalaman dari Vietnam dan Ethiopia telah membuktikan
keberkesanan GST yang telah diubahsuai. 4
Malaysia yang agak lewat melaksanakan GST berpeluang
untuk meniru model GST progresif yang telah dilaksanakan di negara-negara
lain.
Berdasarkan
kajian telah dilakukan oleh IMF, model GST Malaysia adalah progresif kerana
kebanyakkan barang dan kemudahan asas tidak dikenakan GST.
Bank Dunia
juga telah memberi pengiktirafan GST di Malaysia adalah yang paling terbaik
di dunia.
|
12
|
Masih terdapat 17000 firma yang
menunggu untuk didaftarkan untuk GST, ini adalah jumlah yang besar untuk
berurusan dalam masa dua minggu sebelum pelaksanaan GST ini. Bagaimanakah
anda kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini?
|
Angka
tersebut telah berkurangan dan kebanyakkannya adalah permohonan oleh peniaga
yang nilai ambangnya kurang daripada RM 500,000.
|
13
|
Tidakkah anda terfikir, jika kerajaan menghukum dan mendenda
perniagaan yang tidak berdaftar di bawah GS,T akan berpindah ke negara lain
untuk melabur?
|
Setiap
Negara mempunyai undang- undang yang perlu dipatuhi. Hanya syarikat yang
tidak mematuhi undang- undang akan dikenakan tindakan
|
14
|
Perniagaan di Malaysia adalah baik dan membuat keuntungan besar jadi
mengapa kadar cukai korporat mereka sedang dikurangkan?
|
Ini
adalah salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan daya saing dan
menggalakkan pelabur asing kekal di Malaysia. Strategi ini juga telah
dilaksanakan oleh negara-negara lain seperti Thailand, Singapura, dan
lain-lain.
|
15
|
Menurut laporan juruaudit agung
tahunan ini, kerajaan kehilangan wang setiap tahun kerana ketirisan.
Apakah jaminan bahawa hasil GST tidak akan dikendalikan mengikut nasib
yang sama?
|
GST
adalah salah satu strategi untuk mengekang ketirisan hasil Negara.
|
16
|
Adakah kaum kerabat seperti sultan / raja dan keluarga mereka membayar
cukai?
|
Di bawah Perintah Cukai
Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014, Yang Di Pertuan Agong,
sultan-sultan, Undang-Undang Negeri Sembilan, YDP Melaka, Pulau Pinang, Sabah
dan Sarawak diberi pelepasan dari GST untuk 5
semua
barangan, kecuali petrol, untuk kegunaan peribadi dan rasmi. Namun kaum
kerabat sultan / raja tidak terkecuali daripada membayar cukai.
|
17
|
Sebelum pelaksanaan GST, rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk
menyimpan barang-barang yang boleh menyebabkan kekurangan makanan atau barang
keperluan bekalan. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah kejadian ini?
|
Rakyat tidak perlu menyimpan
stok makanan berlebihan kerana barang keperluan asas dikenakan GST pada kadar
sifar.
Walaubagaimana
pun, jika peniaga-peniaga menyimpan barang secara berlebihan untuk tujuan
memanupulasikan harga, KPDNKK akan mengambil tindakan dibawah Akta Bekalan
Barangan 1961.
|
18
|
Adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawasi dan
mengawal pengurusan GST untuk mengelakkan pembaziran seperti projek KLIA2
yang bermula dengan RM1.5 bilion dan berakhir dengan RM4.5 bilion?
|
Kerajaan
telah menubuhkan Public Account Committee (PAC). untuk mengawasi dan
mengawal projek-projek kerajaan bagi mengelak pembaziran termasuk pengurusan
GST.
|
19
|
Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006 menyatakan semua jenis ubat
perlu dikecualikan cukai untuk memastikan pesakit mempunyai akses
kepada ubat-ubatan. Ini bercanggah dengan keadaan semasa di mana GST
dikenakan. Bagaimana pula sekarang cukai GST akan dikenakan pada ubat-ubatan?
|
Terdapat
kira-kira 4215 jenis ubat-ubatan tidak dikenakan GST seperti yang
disenaraikan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan yang boleh diperolehi di
dalam Portal GST.Senarai ubatan berkadar sifar boleh dilihat melalui link
berikut : http://www.customs.gov.my/ms/pg/pg_odr/P.U.%20(A)%20272%20-%20Butiran%202,%20Jadual%20Pertama%20-%20Senarai%20Ubat%20Penting%20Kebangsaan.pdf
Hanya
ubatan yang tidak termasuk didalam senarai tersebut dikenakan GST.
|
20
|
Adakah pembelian rumah akan
dikenakan Cukai GST? Bagaimana dengan rumah kos rendah?
|
Pembelian semua jenis rumah kediaman
termasuk rumah kos rendah tidak dikenakan GST.
|
21
|
Adakah penggunaan kad kredit akan
dikenakan Cukai GST ? Adakah ini bermaksud, pengguna perlu bayar Cukai
GST 6% bagi apa-apa barangan yang dibeli menggunakan kad kredit dan
selepas itu bila hendak membayar bil kad kredit , 6% lagi Cukai GST perlu
dibayar kerana menggunakan kad kredit ?
|
Cukai perkhidmatan RM50
terhadap pemegang kad utama dan RM25 bagi setiap kad tambahan yang telah
dikenakan mulai 1 Januari 2010 akan dihapuskan mulai 1 April 2015. GST hanya
dikenakan ke atas yuran tahunan kad kredit dan caj perkhidmatan jika
dikenakan.
GST juga tidak akan dikenakan
ke atas caj bayaran lewat dan caj kewangan.
Perkhidmatan
kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST, begitu juga jumlah transaksi
menggunakan kad kredit dan kad caj tidak dikenakan GST. Pembayaran bil kad
kredit juga tidak dikenakan GST. GST hanya dikenakan ke atas yuran tahunan
kad kredit dan caj perkhidmatan jika dikenakan.
Nota 1: Caj bayaran lewat
merujuk kepada caj apabila pemegang kad gagal membayar jumlah yang sepatutnya
sekurang-kurangnya bayaran bulanan minimum sebelum tarikh tamat tempoh.
Nota
2: Caj kewangan adalah caj yang dikenakan ke atas pemegang kad terhadap baki
yang belum dijelaskan pada atau sebelum tarikh tamat tempoh.
|
22
|
Adakah pengeluaran wang di ATM akan
dikenakan Cukai GST ? Bagaimana 6% akan dikira ?
|
Perkhidmatan
pengeluaran wang di ATM di bank yang sama tidak dikenakan GST. Hanya
perkhidmatan MEPS ia itu pengeluaran wang di ATM antara bank dikenakan GST.
GST 6% di kenakan pada caj RM1 untuk perkhidmatan MEPS.
|
23
|
Adakah pertrol dan diesel akan
dikenakan Cukai GST ?
|
Pembekalan
Ron 95 dan Diesel kepada pengguna tidak dikenakan GST
|
24
|
Adakah LPG ( natural gas)
akan dikenakan Cukai GST ?
|
Pembekalan
Liquefied Petroleum Gas (LPG) bersukatan 14kg ke bawah tidak dikenakan GST.
|
25
|
Adakah penggunaan khidmat pajak
gadai dikenakan Cukai GST ?
|
GST
dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pajak gadai.
|
26
|
Adakah Cukai GST akan dikenakan apabila kita buat pinjaman perumahan
atau sewa -beli kenderaan ?
|
GST
dikenakan ke atas caj perkhidmatan untuk urusan pinjaman perumahan atau sewa
beli kenderaan. Namun perkhidmatan pinjaman perumahan dan pinjaman kenderaan
yang dibekalkan oleh agensi kerajaan tidak dikenakan GST.
|
27
|
Adakah kita boleh mengandaikan yang
barangan yang tidak dinyatakan dalam buku panduan GST , kerajaan tidak akan
dikenakan Cukai GST ?
|
Buku panduan yang dikeluarkan
adalah sebagai panduan peniaga kedai runcit dan pengguna sahaja dan ianya
tidak meliputi keseluruhan barangan.
Hanya
barangan yang disenaraikan dalam Perintah CBP (Pembekalan Berkadar Sifar)
2014, Perintah CBP (Pembekalan Dikecualikan) 2014 dan pelepasan Perintah CBP
( Pelepasan) 2014 yang tidak dikenakan GST.
|
28
|
Adalah dikatakan barangan zero rated dan barangan yang akan
dikecualikan boleh dikaji semula oleh kementerian yang berkenaan bersama
Kastam . Apakah kayu ukur ataupun kriteria untuk sesuatu barangan untuk
dijadikan zero rated @dikecualikan cukai GST ? Bagaimanakah proses kaji
semula akan dilakukan ?
|
Pertimbangan
dibuat berdasarkan sama ada barang atau perkhidmatan tersebut adalah
merupakan barangan keperluan asas rakyat Malaysia atau perkhidmatan kritikal.
Kajian semula dilakukan mengikut keperluan.
|
29
|
Adakah perkhidmatan kesihatan swasta akan dikenakan Cukai GST ? Kalau
ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian ?
|
Perkhidmatan
kesihatan swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP
(Pembekalan dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.
|
30
|
Adakah pendidikan swasta dikenakan
Cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian ?
|
Pendidikan
swasta yang menepati syarat yang ditetapkan di bawah Perintah CBP (Pembekalan
dikecualikan) 2014 adalah dikecualikan GST.
|
31
|
Siapakah yang mendapat manfaat paling besar dan yang paling
rugi apabila GST dilaksanakan?
|
Pada
keseluruhannya, rakyat dan negara akan mendapat manfaat paling besar dari
pelaksanaan GST melalui kemudahan prasarana, infrastruktur, pendidikan, dan
kesihatan.
|
32
|
Mengapa organisasi bukan berlandaskan keuntungan perlu dicukai dalam
sistem GST walhal mereka bukanlah entiti komersial?
|
Organisasi
yang membekalkan pembekalan bercukai sahaja dan melebihi nilai ambang 500
ribu yang perlu berdaftar dengan GST.
|
33
|
Badan amal dan agensi awam antarabangsa adalah dikecualikan cukai dan
adakah mereka boleh mendapatkan pengecualian cukai selepas GST?
|
Perolehan
barang, kecuali petroleum oleh Badan Amal Swasta (Private Charitable
Entity) dan Orang yang berhak untuk keistimewaan diplomatik di bawah
Ordinan Diplomatik 1949 dan Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna)
1966 (Person Entitled To Diplomatic Privileges Under The Diplomatic
Ordinance 1949 and Diplomatic Privileges (Vienna Convention) Act 1966) diberikan
pelepasan cukai tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di bawah
Perintah CBP (Pelepasan) 2014.
|
34
|
Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST berjaya mengurangkan
jurang antara kaya-miskin?
|
Tiada
kaĵian sedemikian pernah dibuat.
|
35
|
Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi
rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.
|
Penambahan
amaun BRIM memberi kesan yang besar kepada tanggungan isi rumah yang
berpendapatan rendah.
|
36
|
Berapa lamakah masa yang diambil oleh pembekal, pemborong dan peruncit
untuk mendapatkan kembali GST yang ditanggung dalam proses input?
|
Pulangbalik
cukai akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penyata GST
dikemukakan secara atas talian atau 28 hari bekerja bagi penyata yang
diterima secara manual dengan syarat syarikat mengemukakan maklumat yang
lengkap.
|
37
|
Apakah strategi kerajaan untuk memastikan harga barangan yang
berpatutan sementara perniagaan memperoleh kembali GST?
|
GST bukan merupakan kos
kepada peniaga. Cukai input yang dibayar oleh peniaga dibenarkan untuk dibuat
pelarasan dengan cukai output yang dipungut oleh syarikat.
Langkah kerajaan adalah:
Menjalankan Operasi Catut
supaya peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara
tidak berpatutan.
o
http://gstmalaysiainfo.com/operasi-banteras-pencatutan-diperhebat-sebelum-pelaksanaan-gst/
o
http://gstmalaysiainfo.com/ops-catut-fasa-kedua-mula-2-april/
Menyediakan talian komputer
untuk pengguna membuat aduan terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga
dengan tidak munasabah.
o
http://gstmalaysiainfo.com/gst-lapor-salah-laku-peniaga-menerusi-ez-complaint/
o
http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemak-status-gst/
|
38
|
Ekonomi dipacu oleh kuasa membeli rakyat, dengan GST kuasa membeli
akan berkurangan. Adakah itu bermakna kita sedang mengalami kemeseletan
ekonomi? Adakah anda mempunyai strategi untuk meningkatkan kuasa membeli?
|
Dengan
GST kuasa membeli tidak akan berkurangan ini adalah kerana sebahagian besar
barang makanan asas dan perkhidmatan kritikal kepada rakyat adalah tidak
dikenakan GST. GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dengan
kadar yang lebih rendah dan peniaga berdaftar layak untuk menuntut balik
cukai input yang dibayar. Ini dapat mengurangkan kos dalam menjalankan
perniagaan dan mengimbangi harga barang dan perkhidmatan di pasaran. Selain
itu, bagi meringankan tanggungan cukai dengan perlaksanaan GST, kerajaan
telah memperuntukkan penambahan bayaran BRIM kepada isirumah yang pendapatan
kurang daripada RM4000 sebulan. Kerajaan juga telah memberi rebat cukai
pendapatan sebanyak 1%-3% kepada golonggan berpendapatan sederhana dan
tinggi. Semua langkah di atas akan meningkatkan kuasa membeli rakyat.
|
39
|
Syarikat yang perniagaanya untuk satu tahun yang kurang daripada RM
500, 000 tidak perlu mendaftar kepada pihak Kastam dan membayar GST .
Bagaimana pula jika suatu barangan yang sama dibekalkan oleh satu syarikat
yang mempunyai jumlah bisnes melebihi RM 500k yang berdaftar dengan Kastam
dan syarikat yang dikecualikan itu? Adakah barangan yang sama dari syarikat
yang lain akan dikenakan cukai yang berbeza?
|
Barang yang dijual oleh
perniaga berdaftar dikenakan GST. Manakala, barang yang sama juga dijual oleh
peniaga yang tidak berdaftar GST tidak dikenakan GST tetapi dalam harga
barang tersebut telah dimasukkan unsur GST. Oleh itu, harga atas barang
berkenaan yang dijual oleh kedua-dua peniaga ini adalah tidak jauh berbeza
dengan andaian lain-lain kos peniagaan dan margin keuntungan adalah sama.
|
40
|
Apakah kadar inflasi sekarang dan kadar inflasi selepas 1hb.April,
2015? Adakah pihak Kerajaan sudah membuat anggaran ini ?
|
Kadar
inflasi semasa dalam lingkungan 3%, Kerajaan telah menggangarkan bahawa kadar
inflasi akan meningkat sebanyak 1% selepas pelaksanaan GST.
|
41
|
Apakah justifikasi menetapkan
permulaan kadar GST pada 6%? Kenapa ianya tidak dimulakan pada kadar yang
lebih rendah ?
|
GST
menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada
kadar 5%, 6%, 10% dan spesifik. Pelaksanaan GST perlu mengambilkira kutipan
hasil di bawah (SST) dan bantuan-bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat
yang kurang berkemampuan. Disamping itu, model GST Malaysia juga perlu
menentukan impak minimal kepada Rakyat secara keseluruhan dengan mengenakan
GST pada kadar sifar untuk barangan dan perkhidmatan asas yang digunakan oleh
rakyat. Kadar 6% merupakan antara yang terendah di dunia.
|
42
|
Adakah pembelian yang dibuat oleh
pihak Kerajaan ataupun GLC juga dikenakan GST ?
|
Pembelian
barang selain petroleum dan kereta oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak
tertakluk kepada GST melalui pelepasan di bawah Perintah CBP (Pelepasan)
2014. Namun, perolehan perkhidmatan oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri
tertakluk kepada GST. Semua pembelian barang dan perkhidmatan oleh
Government-Linked Company (GLC) tertakluk kepada GST.
|
43
|
Untuk mematuhi kepada regim GST , semua jualan dan belian mestilah
direkodkan dan penyimpanan invois dan resit adalah amat penting untuk
perniagaan . Bagaimana pula jika sesuatu perniagaan dan pembeli membuat
transaksi tanpa rekod demi untuk mengelakan kesukaran ini . Maka adakah GST
ini akan menyebabkan pasaran gelap bermaharajalela ? Bagaimana kerajaan
akan mengawal perkara ini ?
|
GST
merupakan salah satu cara untuk mengurangkan pasaran gelap kerana peniaga
yang mempunyai rekod jualan dan pembélian yang kemaskini melayakkan peniaga
untuk mendapat pelbagai kemudahan seperti menuntut cukai input dan pinjaman
bank. Jika orang berdaftar membeli dari pasaran gelap, mereka tidak layak
untuk menuntut apa-apa cukai input dan ini akan meningkatkan kos
perniagaannya.
|
44
|
Statistik menunjukkan kadar
pendapatan (gaji) di negara Malaysia hanya 30% daripada GDP, manakala negara
lain yang telah melaksanakan GST kadar pendapatannya lebih tinggi. Statistik
juga menunjukkan kadar gaji di Malaysia tidak banyak naik sejak tahun 1970an.
Jadi, apakah rasionalnya untuk melaksanakan GST sekarang?
|
|
45
|
Adakah pengecualian GST akan
diberikan kepada golongan berikut:
-OKU
-warga emas
-penganggur
-miskin tegar
|
Model
GST Malaysia telah mengambilkira keperluan ke semua golongan rakyat dengan
tidak mengenakan cukai ke atas barangan asas dan perkhidmatan asas yang
dikecualikan termasuklah pengangkutan awam, kesihatan dan pendidikan. Selain
itu, bagi keperluan OKU, pembelian peralatan bantuan seperti kaki palsu,
kerusi roda, tongkat, alat bantuan pendengaran dan sebagainya layak untuk
diberikan pelepasan daripada pembayaran GST melalui Perintah GST (Pelepasan)
2014. Kementerian Kewangan akan membuat kajian dan pertimbangan dari semasa
ke semasa jika terdapat lain-lain keperluan kritikal kepada rakyat yang tidak
berkemampuan.
|
46
|
Adakah pihak kerajaan akan menunjukkan akaun GST secara telus kepada
rakyat dan jika ya, bagaimana ianya akan dilakukan?
|
|
47
|
Apakah jaminan yang ada untuk
memastikan wang kutipan GST tidak disalahgunakan oleh pihak Kerajaaan.
Jelaskan mekanisme yang akan digunakan untuk tujuan ini.
|
|
48
|
Pihak Kerajaan dan Bank Negara
Malaysia telah mengaku bahawa akan berlaku kenaikan harga selepas
perlaksanaan GST tetapi ini adalah untuk sementara sahaja. Di Malaysia harga
barang yang naik tidak pernah turun (kecuali minyak baru-baru ini). Jadi,
bagaimana pihak berkuasa akan bertindak untuk mengawal harga barangan dan
memastikan bersifat sementara sahaja. Rekod pihak berkuasa selama ini
menunjukkan ia GAGAL dalam mengawal harga barangan termasuk semasa harga
minyak turun.
|
|
49
|
Adakah Menteri-Menteri juga akan
membayar GST seperti rakyat biasa kerana banyak perbelanjaan mereka disubsidi
oleh pembayar cukai?
|
Menteri-menteri
adalah tidak terkecuali daripada membayar GST ke atas setiap perbelanjaan
mereka seperti rakyat biasa.
|
50
|
Mengapakah pihak Kerajaan membeli
sebuah jet baru berharga RM465juta dengan bayaran ansuran RM2.2 juta setiap
(untuk 15 tahun) semasa Kerajaan mengalami masalah kewangan. Kenapa masih
boros berbelanja dan rakyat dibebankan dengan GST?
|
|
51
|
Hanya insurans hayat sahaja dinyatakan bebas cukai GST. Bagaimana pula
dengan insurance kemalangan diri, penyakit kritikal, perubatan &
kesihatan -?
|
Secara
umum perkhidmatan insuran adalah tertakluk kepada GST. Namun, insuran hayat
dikecualikan daripada dikenakan GST kerana ia berbentuk simpanan dan
pelaburan untuk masa hadapan.
|
52
|
Kenapakah tambang pengangkutan awam
naik sebanyak 23% - 67 % yang sepatutnya berkurangan setelah dipotong dari
SST?
|
Kenaikan tambang pengangkutan
awam yang didakwa meningkat dari 23% ke 67% tiada kaitan dengan pelaksanaan
GST. Berdasarkan kajian, kesan GST ke atas kos perkhidmatan pengangkutan awam
adalah minimum memandangkan pengangkutan awam dikecualikan daripada GST dan
kadar GST adalah lebih rendah daripada SST.
Kadar
kenaikan tambang teksi sudah diusul kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat dan dikaji sejak beberapa lama dahulu iaitu sebelum pelaksanaan GST.
|
53
|
Nilai ringgit telah jatuh teruk
berbanding matawang lain di negara ASEAN. Maka, harga barang import juga akan
meningkat kerana Malaysia mengimport barangan makanan asas. Bagaimana
rancangan kerajaan utnuk mengwal harga selepas GST yang sudah pasti akan
meningkatkan kadar inflasi negara?
|
|
54
|
Ahli pernigaaan meminta supaya perlaksanaan GST ditangguhkan. Adakah
kerajaan akan mengambil kira pilihan ini kerana mereka adalah pemain utama
dalam ekonomi tempatan?
|
|
55
|
Jabatan Diraja Kastam telah dilabel sebgagai salah satu agensi
kerajaan paling korup. Bagaimanakah kerajaan boleh meletakkan kepercayaan
kepada pejabat kastam untuk mengutip GST?
|
Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM) merupakan Agensi yang dipertanggungjawab untuk mentadbir
cukai jualan dan cukai perkhidmatan sejak dikuatkuaskan pada 1970an.SST akan
dimansuhkan dan dugantikan oleh GST mulai 1 APRIL 2015 maka sewajarnya GST
ditadbir urus oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga.
Jabatan
sentiasa mengambil langkah membendung amalan tidak berintegriti di kalangan
anggota jabatan dengan melaksanakan nilai-nilai murni,pusingan kerja (job
rotation) dan mengenakan tindakan disiplin ke atas pegawai yang tidak
mematuhi etika kerja dan peraturan-peraturan penjawat awam.
|
56
|
Kerajaan mengumumkan bahawa RM250
juta digunakan untuk mendidik rakyat mengenai GST, berapa banyak pula wang
yang telah dibelanjakan setakat ini untuk melaksanakan GST?
|
|
57
|
Kerajaan tidak boleh melaksanakan
GST tanpa mekanisme kawalan dan audit bersedia, dan kita tidak mempunyai
mekanisme tersebut ketika ini. Bayangkan jumlah penipuan dan duit kopi yang
akan diperoleh oleh juru audit kerajaan sekiranya berlaku. Apakah
langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini?
|
GST
merupakan sistem berasaskan penilaian kendiri (self assessment) dengan itu
memerlukan sistem pengurusan risiko yang komprehensif dan mantap bagi
memantau pembayaran cukai oleh mereka yang berdaftar. Sistem ini mengurangkan
interaksi antara pegawai jabatan dengan peniaga dan sekaligus mengurangkan
peluang penyelewengan di kalangan juruaudit. Sistem ini juga dibina lengkap
dengan kelulusan berperingkat agar semua tindakan direkodkan dan dikawal oleh
para penyelia.
|
58
|
Kebanyakan peruncit tidak langsung
pernah merekodkan transaksi buat kali pertama. Bagaimanakah kerajaan dapat
melaksanakan GST ( kecuali pada supermarket dan retailers ), kebanyakan
perniagaan di Malaysia adalah dalam tunai dan tidak mengeluarkan invois dan
tiada sistem data. Hanya mereka yang mempunya rekod yang tersusun akan
mempunya mimpi ngeri, dan merrka yang mempunyai rekod yang baik dapat mengisi
data mereka dengan baik kerana tiada kepakaran audit. Jadi mengapa perlu GST?
|
GST
tidak boleh dikaitkan dengan amalan perniagaan. GST pada hakikatnya membantu
peniaga memperbaiki sistem rekod penjualan dan pembelian yang lebih efisyen (good
business practice) bagi memudahkan mereka mengenalpasti kos sebenar yang
ditanggung dan keuntungan sebenar yang diperolehi.
|
59
|
7% dari pendapadan kerajaan
Malaysia dalah dari cukai jualan. Dari menggunakan keseluruhan sistem
kerajaan, cukai jualan atau GST, dengan mengambil kira overhead dan juru
akaun dan penguatkuasa tambahan, bukankah lebih efisyen untuk menaikkan
pendapadan lebihan 7% melalui cukai syarikat dan cukai pendapatan yang lebih
tinggi?
|
|
60
|
Bagi satu barangan yang
dikecualikan GST, pekedai telah kenakan GST. Apakah yang perlu saya lakukan?
Bagaimana saya boleh mendapat kembali wang saya?
|
Hanya pekedai yang sudah
berdaftar yang ada hak kenakan GST kepada harga barang. Pengguna boleh
menyemak status pekedai sama ada berdaftar GST atau tidak melalui laman
sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berikut
http://gstmalaysiainfo.com/bagaimana-cara-untuk-menyemak-status-gst/
Pengguna boleh melaporkan
kepada JKDM kes pekedai yang tidak berdaftar GST tetapi mengenakan GST kepada
harga barang. Aduan boleh dibuat melalui hotline 1-300-888-500, helpdesk atau
di link berikut: http://aduan.customs.gov.my
Pengguna
juga boleh memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk
mendapatkan wangnya kembali,
|
61
|
Berapa jumlah syarikat yang
mempunyai pendapatan lebih daripada RM500,000 sebelum GST telah menutup
perniagaan mereka untuk elak GST?
|
Tiada
maklumat dan diluar bidang kuasa JKDM.
|
62
|
Adakah gaji ahli parlimen akan
dinaikan selaras dengan 6% GST ?
|
|
63
|
Adakah barangan keagamaan seperti kitab suci dan barang sembahyang
dikenakan GST?
|
Kitab
suci tidak dikenakan GST tetapi barang sembahyang tertakluk kepada GST, sama
seperti sekarang ia dikenakan cukai jualan
|
64
|
Adakah perkhidmatan LRT and Komuter
akan dikenakan cukai GST?
|
Perkhidmatan
LRT dan Komuter dikecualikan dari GST.
|
65
|
Adakah kos penyelenggaraan untuk flat kos rendah dan apartment
dikecualikan GST?
|
Kos
penyelengaraan untuk semua perumahan di bawah hakmilik strata adalah
dikecualikan dari GST.
|
66
|
Adakah perkhidmatan bas sekolah akan dikenakan cukai GST?
|
Perkhidmatan
bas sekolah dikecualikan dari GST
|
67
|
Bolehkah kadar 6% GST itu dinaikan bila bila masa? Apakah kriteria
untuk meningkatkannya ?
|
Cukai jualan telah
diperkenalkan pada tahun 1972 manakala cukai perkhidmatan pada tahun 1975.
Sejak dari itu, kenaikan kadar cukai jualan hanya berlaku sekali sahaja
selepas 10 tahun pelaksanaannya iaitu pada tahun 1982 dari kadar 5% kepada
10%. Manakala kenaikan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% hanya
berlaku pada tahun 2011 selepas 36 tahun pelaksanaannya.
Jika
dibandingkan dengan negara-negara yang telah melaksanakan CBP seperti
Australia, Jepun dan Singapura, didapati kenaikan kadar cukai hanya berlaku
setelah beberapa tahun pelaksanaan CBP. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor
seperti kestabilan ekonomi, kemantapan sistem CBP, penerimaan rakyat yang sangat
tinggi serta impak terhadap pengguna mempengaruhi kenaikan kadar cukai
|
68
|
Bagi barangan dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan, adakah
GST akan dikenakan dan bagaimana ia ditentukan ?
|
Sama ada barang dan
perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan akan tertakluk kepada GST
bergantung kepada kategori barang dan perkhidmatan tersebut sama ada ianya
tertakluk kepada GST.
Jika
kategori barang dan perkhidmatan tersebut tidak tersenarai di dalam Perintah
CBP (Pembekalan Berkadar Sifar) 2014 atau Perintah CBP (Pembekalan
Dikecualikan) 2014 maka ia tertaluk kepada GST.
|
69
|
Adakah perkhidmatan tandas awam dikenakan cukai GST?
|
Perkhidmatan
tandas awam yang dibekalkan oleh orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.
|
70
|
Adakah pakaian sekolah dikenakan GST ?
|
Pembelian
pakaian sekolah dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti
sekarang ia dikenakan cukai jualan.
|
71
|
Adakah alat-alat tulis yang digunakan disekolah dikenakan GST ?
|
Pembelian
alat tulis dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST sama seperti
sekarang ia dikenakan cukai jualan.
|
72
|
Dalam konteks mewujudkan masyarakat celik IT, adalah GST dikenakan
bagi pembelian komputer?
|
Pembelian
komputer dari orang berdaftar GST tertakluk kepada GST.
|
73
|
Banyak negara yang melaksanakan GST menyediakan pendidikan percuma,
sistem kesihatan percuma dan kemudahan awam efisyen lagi berpatutan seperti
di negara Nordic. Adakah Malaysia mempunyai rancangan yang sama?
|
|
74
|
Sebelum perlaksanakan GST, orang ramai akan mengumpulkan makanan yang kemudian
akan menyebabkan permintaan tinggi yang mengakibatkan inflasi. Bagaimanakah
kerajaan dapat mengendalikan perkara ini?
|
|
75
|
BRIM merupakan kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu
golongan miskin untuk menghadapi kesan GST. Bolehkan kita membatalkan GST
supaya kerajaan tidak perlu membayar BRIM?
|
Tidak.
Sebenarnya BR1M telah diperkenalkan sebelum GST dilaksanakan lagi.
|
76
|
Syarikat yang mempunyai auditor dalaman akan mampu untuk menanggung
kos pentadbiran GST jika dibandingkan dengan syarikat kecil yang tidak
mempunyai auditor dalam. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu
syarikat-syarikat kecil dengan pertambahan kos pentadbiran ini?
|
Kerajaan telah memberi
bantuan dari segi handholding program (latihan percuma), bantuan dalam bentuk
e-voucher untuk membantu PKS membeli perisian perakaunan patuh GST. PKS juga
boleh datang pada bila-bila masa untuk mendapatkan konsultasi dan khidmat
nasihat. Mereka juga layak mendapat elaun modal yang dipercepatkan dan
insentif lain.
Panduan-panduan GST juga
disediakan untuk PKS memahami GST yang boleh dimuat turun dari laman web
sesawang seperti berikut :
a)
Panduan Umum - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_gg.aspx
b)
Panduan Industri - http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_ig.aspx
c) Panduan Spesifik -
http://gst.customs.gov.my/ms/rg/Pages/rg_sg.aspx
|
77
|
Oleh kerana barangan makanan adalah zero rated adakah ia bermakna
tidak akan ada peningkatan harga barangan makanan?
|
Sepatutnya
barang yang dikelaskan dalam barang kategori berkadar sifar tidak akan naik
sekiranya faktor-faktor lain yang menentukan harga (cth. kadar pertukaran
matawang, cuaca, perubahan permintaan dan penawaran) tidak berubah (Ceteris
paribus). Ini adalah kerana cukai yang dikenakan semasa era SST menjadi
kos kepada peniaga. Tetapi selepas era GST cukai input boleh dituntut
kembali. Ini bermakna tidak akan ada elemen cukai di dalam barangan yang
dikelaskan sebagai barang berkadar sifar.
|
78
|
Jika pengembalian semula GST ditangguhkan, adakah kerajaan akan
membayar pampasan kepada syarikat untuk memastikan kos tidak dipindahkan
kepada pengguna?
|
Pulang
balik GST akan dibayar oleh kerajaan dalam tempoh 14 hari sekiranya penyata
dikemukakan secara atas talian atau 28 hari sekiranya penyata dikemukakan
secara manual dengan syarat permohonan adalah lengkap. Namun pembayaran
pulang balik tidak akan dibayar sekiranya Ketua Pengarah Kastam mempunyai
alasan yang kukuh nilai yang dituntut bukanlah nilai yang sepatutnya dituntut
dan tiada pampasan akan diberi.
|
79
|
Pada masa ini, berapa ramaikan pegawai kastam yang bersedia untuk
perlaksanaan GST, dan berapa ramai pegawai yang akan diambil kerja untuk
mengawai kawalan haraga? Berapa banyakkan pertambahan dalam kos operasi?
|
|
80
|
Beras dikecualikan GST, namun kos
pengeluaran dan kos pengangkutan akan ada GST. Bukankah ia akan meningkatkan
harga beras?
|
Beras
adalah barang berkadar sifar. Iaitu tiada GST dikenakan. Tetapi semua GST
yang dibayar ke atas input termasuk pengangkutan oleh pengeluar yang
berdaftar GST boleh dituntut daripada kerajaan. Ini bermaksud GST bukanlah
kos kepada pembekal beras yang berdaftar GST.
|
81
|
Sistem zakat mengambil cukai dari
kaya untuk menolong yang miskin. Manakan GST adalah bertentangan iaitu cukai
korporat dikurangkan satu peratus, cukai jualan barangan mewah dihapuskan dan
GST dikenakan kepada semua. Bukankan ini bertentangan dengan sistem zakat dan
haram?
|
Model
GST di Malaysia adalah bersifat progresif bukan regresif. Iaitu bebanan cukai
kepada golongan yang berpendapatan rendah adalah kurang berbanding dengan
golongan berpendapatan tinggi.
|
82
|
Adakah tol akan dikenakan GST?
|
Tidak,
tol merupakan pembekalan dikecualikan dari GST.
|
83
|
Adakah tambah-nilai Touch N Go dikenakan GST?
|
Tidak,
tambah nilai Touch N Go merupakan pembekalan dikecualikan dari GST
|
84
|
Adakah parkir kereta akan dikenakan GST?
|
Ya, Jika perkhidmatan parkir
kereta disediakan oleh orang berdaftar GST.
|
85
|
Dikatakan pendidikan dikecualikan GST, namun mengapa kelas tusyen
dikenakan GST ?
|
Hanya
pendidikan asas dikecualikan dari GST tetapi tuisyen merupakan kelas
tambahan. Namun, pusat tuisyen yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang
dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.Ini bermaksud GST bukanlah kos
kepada pusat tuisyen yang berdaftar GST.
|
86
|
Adakah servis kereta akan dikenakan GST ?
|
Ya,
Jika perkhidmatan servis kereta disediakan oleh orang berdaftar GST.
|
87
|
Sesetengah syarikat mengiklankan mereka akan menyerap cukai GST,
adakah tindakan ini sah dan bukankah ia bertentangan dengan semangat GST?
|
Sekiranya
syarikat menyerap cukai GST, ia tidak bertentangan dengan semangat GST.
Perundangan meminta peniaga memaparkan harga termasuk GST (GST inclusive
price).
|
88
|
2 orang ahli UMNO terkenal, Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) dan
Tengku Razaleigh (bekas Menteri Kewangan) telah menyatakan rakyat akan derita
jika GST dilaksanakan. Adakah kerajaan tidak mengambil berat tentang
pandangan mereka ini?
|
|
89
|
Adakah perkhidmatan gunting rambut dikenakan GST ?
|
Kebanyakan
kedai gunting rambut adalah dibawah nilai ambang RM500,000. Oleh itu hanya
kedai gunting rambut yang berdaftar GST sahaja yang akan mengenakan GST.
|
90
|
Mengapakah makanan yang dikategorikan sebagai makan golongan miskin
seperti maggi mee dan sardine dikenakan GST?
|
Sekarang
pun Maggi mee dan sardin yang ditinkan adalah tertakluk kepada cukai jualan.
Namun, peniaga yang berdaftar GST boleh menuntut GST yang dibayar ke atas
input untuk tujuan perniagaan.
|
91
|
Adakah kerajaan sudahpun mempunya rekod harga 1000 barangan dan
servis biasa yang dibeli oleh rakyat? Bolehkan kami melihat
senarai tersebut? Adakah telah sedia ada perbezaan harga di antara
semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak, urban dan kampung, pantai timur dan
pantai barat, dan sebagainya?
|
|
92
|
Jika anda tidak mengetahui harga asas barangan, bagaimakah anda dapat
mengawasinya?
|
|
93
|
Adakah pihak kastam ada melakukan pengiraan bagaimanakah harga 1000
barangan biasa selepas 1 April 2005? Untuk membatalkan sebarang SST,
kurangkan harga barangan pertengahan zero rated dan kemudian tambah GST untuk
mendapatkan harga barangan yang berpatutan selepas GST diperkenalkan.
|
Kajian
akan dibuat selepas pelaksanaan GST
|
94
|
Jadi anda boleh memberikan kami senarai harga 1000 barangan biasa
untuk KL-PJ untuk semasa dan selepas GST? Jika anda menyerahkan kepada
pernigaan untuk menentukannya sendiri, mereka mungkin akan melebihkannya
untuk GST.
|
Dibawah
Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga dilarang mengaut
keuntungan melampau. Tindakan dibawah bidang kuasa KPDNKK.
|
95
|
Adakah anda akan mengawasi 350 000 syarikat yang telah pun didaftarkan
dengan GST? Bagaimana pula 1 juta syarikat kecil yang kemungkinan besar akan
menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang?
|
Ya.
JKDM akan mengaudit syarikat yang berdaftar GST.Bagi mengawal kenaikan harga
barang KPDNKK akan membuat pemantauan harga dari semasa ke semasa ke atas
syarikat dan peniaga.
|
96
|
Berapakah jumlah pegawai kastam yang ada untuk mengawasi harga
barangan di kesemua 1.35 juta premis perniagaan di negara ini?
|
|
97
|
Bagaimanakah orang awam dapat membuat aduan jika mereka mengesyaki
pegawai penguatkuasa kastam menerima rasuah dari ahli perniagaan?
|
Orang awam boleh membuat
aduan kepada Ketua Pengarah Kastam (KPK)
di
link: http://aduan.customs.gov.my atau terus kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) di link : www.sprm.gov.my/laporkan-rasuah
|
98
|
Adakah pegawai penguatkuasa akan memakan tanda nama?
|
Pegawai
penguatkuasa adalah dikehendaki untuk memakai tanda nama sepanjang waktu
bertugas.
|
99
|
Berapakah jumlah jam dalam seminggu yang akan diambil untuk memasukkan
segala data yang diperlukan untuk memasukkan input GST di dalam sistem
komputer sekiranya perniagaan hanya mempunyai pulangan sebulan RM50k?
|
Bergantung
kepada berapa banyak transaksi yang berlaku.
|
100
|
Jika seseorang itu tidak celik komputer dan memerlukan perkhidmatan
luar untuk melakukan kerja-kerja memasukkan data GST ini, berapah kos
yang ditanggung beliau dalam seminggu?
|
Ia
bukanlah satu keperluan untuk memasukkan input GST melalui sistem komputer
tetapi rekod perniagaan masih boleh disimpan secara manual selagi ianya
mematuhi akta dan peraturan GST. IT biasanya dapat memudahkan urusan
perniagaan berkaitan dengan GST.
|
101
|
Kastam seringkali menyatakan beras adalah cukai sifar. Adakah ini bermakna
pesawah dapat mengutip kembali GST yang mereka bayar untuk baja dan racun
serangga? Bagaimakah mereka dapat melakukannya kerana mereka adalah petani
kecil dengan jumlah pendapatan yang sedikit, mereka ini tidak berdaftar
dengan kastam untuk GST?
|
Untuk
pekebun kecil, Skim Kadar Rata disediakan bagi membolehkan petani kecil
mendapat kembali GST yang telah dibayar oleh petani tersebut.
|
102
|
Jadi jika petani kecil tidak dapat menuntut kembali peningkatan harga
barangan input, kemudian adakah pengilang beras akan menaikkan harga beras
yang dibeli oleh mereka? Ini adalah kerana harga beras di pengilang adalah
ditetapkan oleh kerajaan. Jika tida peningkatan harga beras di pengilang, maka
petani kecil akan menderita penguranan jumlah pendapatan mereka. Jika
terdapat kenaikan harga, adakah ia akan mengakibatkan peningkatan harga
beras?
|
Subsidi
beras akan dikekalkan oleh kerajaan. Beras termasuk barang kawalan harga oleh
KPDNKK.
|
103
|
Bolehkah pengilang beras menuntut kembali input cukai bagi elektrik
yang digunakan? Dan bagi pertukaran 'spare parts', dan pembungkusan plastik?
Sekiranya beras tidak cukai sifar, adakah harga di peringkat pengilang akan
naik? Tidakkah ini akan dipindahkan kepada pengguna pada akhirnya?
|
Pembekalan
beras adalah pembekalan berkadar sifar. Jadi, pengilang beras yang berdaftar
boleh menuntut semua GST yang dibayar ke atas input untuk tujuan perniagaan.
|
104
|
Dari kilang kepada pemborong- adakah syarikat pengangkutan akan
mengenakan GST kepada pemborong? Adakah pemborong dapat menuntut kembali
sebagai cukai input? Jika pemborong dapat menuntut perlepasan cukai input,
bukankah itu merupakan satu kekurangan kepada syarikat pengangkutan kecil
yang tidak didaftar dengan GST? Untuk syarikat ini, mereka tidak dapat
memindahkan GST yang dibayar kepada pembelinya kerana mereka juga tidak boleh
mengutip GST.
|
Ya.
Syarikat pengangkutan yang berdaftar GST akan mengenakan GST kepada
pemborong.Pemborong boleh menuntut kembali GST yang dibayar sebagai input tax
jika ia berdaftar GST. Bagi syarikat pengangkutan kecil yang tidak berdaftar,
GST yang telah dibayar ke atas input akan terkandung dalam harga yang dijual.
|
105
|
Adakah ubatan berikut cukai sifar?
- Sulperazone ( antibiotik yang
digunakan untuk jangkitan yang serius).
- Simvastatin ( untuk mengurangkan
kolestrol)
- ubatan anti HIV.
|
Ubat-ubatan
yang tersenarai di dalam senarai Ubat-Ubatan Penting Kebangsaan (NEML) adalah
berkadar sifar. 321 entiti kimia meliputi 4215 jenama berkadar sifar.
|
106
|
Banyak doktor persendirian menyewa
ruang klinik dari hospital swasta. Adakah pihak hospital akan mengenakan cas
GST untuk penyewaan ini? Bagaimana pula perkhidmatan yang 'dibeli' oleh
doktor-doktor persendirian ini dari hospital. Sebagai contoh : ujian, exray,
ubatan? Tidakkah semua ini dikenakan GST?
|
Hospital
swasta akan mengenakan GST ke atas penyewaan ruang klinik. Ubatan yang berada
dalam senarai NEM tidak dikenakan GST. Perkhidmatan dan X-ray dikecualikan
dari GST.
|
Sumber : Gabungan Bantah GST
TAGGING GREATNESS TO EVERYONE