SELAMAT PULANG

Setelah dua hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri,kita sering mendengar berita kemalangan atau nahas jalan raya yang dilaporkan oleh pihak media.Ada antaranya berlaku ketika perjalanan pulang ke kampung dan juga pulang ke rumah kediaman masing-masing.Justeru itu,kami daripada Pro Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya khususnya warga UTM agar lebih berhati-hati ketika memandu sama ada perjalanan pulang ke kampung atau ke kediaman masing-masing.

Patuhilah peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa kerana ianya adalah bertujuan untuk memudahkan perjalanan semua pengguna jalan raya serta melancarkan lagi perjalanan.Perjalanan yang jauh dan meletihkan juga merupakan penyebab kepada nahas jalan raya ini berlaku.Justeru itu,rancanglah perjalanan anda bersama keluarga sebaik baiknya.

Akhir bicara,selamat pulang dan selamat menuju ke destinasi diucapkan kepada semua.

Salam Aidilfitri,

"TAGGING GREATNESS TO EVERYONE"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...