“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan pendorong bagimu.”
( Surah Al-Baqarah: 120)
Dunia hanya memandang sepi apa yang berlaku di bumi umat
Islam. Tiada tindakan komprehensif untuk menghentikan segala kekejaman dan
kedurjanaan yang berlaku. Tiada siapa yang diharapkan oleh umat di Palestin
kecuali mereka bangun sendiri menentang kezaliman yang dialami oleh mereka
dengan menggunakan nyawa mereka sendiri.
Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya
kiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam
seluruh dunia. Apatah lagi Masjid al-Aqsa yang merupakan persinggahan
Rasulullah s.a.w sebelum di Mi’rajkan ke langit sekarang ini terancam dengan
apa yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini.
Firman Allah:
﴿ سُبْحَانَ الَّذِي
أَسْرَا بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْالحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى
الِّذي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ
الْبَصِيْر
Yang bermaksud:
“Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari
Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami
perlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha
Mendengar lagi Maha Melihat.”
[Al-Isra (17): 1]
Dengan jatuhnya khilafah Othmaniah, bumi Islam telah
berpecah dan diagihkan kepada dunia barat termasuk bumi Islam Palestin.
Palestin yang dianggap sebagai bandar yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun
manusia yang gemilang suatu masa dahulu, kini dirampas oleh rejim Zionis
melalui perancangan dan tipu muslihat yang teliti bermula melalui perjanjian
Balfour pada tahun 1917. Bermula dari situlah umat Islam ditindas dan dihalau
di tanah milik mereka sendiri sehingga akhir 80% rakyat Palestin menjadi
pelarian yang menghuni khemah-khemah pelarian tanpa prasarana yang diperlukan
sebagai seorang manusia yang merdeka.
Umat Islam Palestin merintih, menangis meminta pembelaan
daripada saudara seakidahnya sebagai mana mereka pernah merintih dan menangis
apabila tentera-tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099
sehingga menyebabkan 70,000 Muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan.
Kesepakatan musuh-musuh Islam untuk memerangi Islam dan
umatnya berpanjangan dan sentiasa berusaha memastikan Deenul Islam yang hanif
ini lenyap di muka bumi ini bersama umatnya.
Bumi Palestin adalah bumi para anbiya’ kerana ramainya
para nabi yang lahir di sana di antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Yusuf, dan Nabi
Ismail a.s. Bumi ini juga menyaksikan pertukaran tongkat kepimpinan dunia
daripada Nabi-Nabi sebelumnya kepada Nabi Muhammad s.a.w apabila Baginda
mengimami para nabi bersolat di masjid al-Aqsa. Umat Islam perlu bangga kerana
peristiwa tersebut menggambarkan kedudukan umat Islam adalah lebih mulia
daripada umat-umat lain terutamanya Bani Israel yang sering melakukan tipu daya
terhadap Allah dan utusannya.
Namun kini, umat Islam seolah-olah sudah lupa hakikat ini
dengan membiarkan kaum yang suka membunuh, menindas dan melakukan perubahan
terhadap kitab Taurat dan Injil menguasai dunia dan menyebarkan tamadun yang menyesatkan
manusia.
Firman Allah s.w.t:
﴿ لُعِنَ
الَّذِيْنَ كَفَرُوا مِنْ بَنِى إِسْرَائِيْلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيْسَى
ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُوْنَ﴾
Yang bermaksud:
“Telah
dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Daud dan
Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang engkar dan
sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau.” [Al-Maidah (5): 78]
Umat Islam membiarkan pengiktirafan yang diberikan oleh
Allah ini dengan mengikut tamadun yang membawa kehancuran kepada fitrah yang
dimiliki oleh dirinya. Akibatnya apa yang dialami oleh umat Islam di Palestin
seperti pembunuhan kejam di Shabra, Shatila dan Jenin hanya mampu dilihat tanpa
ada apa-apa perasaan. Jiwa umat Islam lemah dan tunduk kepada segala tekanan
dan arahan daripada musush-musuh Islam.
Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti Saiyidina Umar
al-Khatab yang berjaya membebaskan Baitul Maqdis dan mengisytiharkannya sebagai
tanah wakaf umat Islam pada tahun 636 M. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan
seperti jiwa Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Baitul Maqdis daripada
tentera-tentera Salib pada 2 Okt 1187. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib
disedarkan sekarang ini, sebagaimanan sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin
untuk membebaskan masjid al-Aqsa apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember
1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada jiwa perhambaan yang
mengakibatkan umat Islam lemah dan hanyut dengan arus keduniaan dan menjadi
hamba kepada kuasa-kuasa yang secara terang-terangan ingin menghapuskan Islam
dan umatnya.
Pencerobohan demi pencerobohan terhadap bumi umat Islam
dan yang terbaru adalah Lubnan merupakan di antara siri-siri keganasan yang
dirakam dan diperlihatkan kepada seluruh dunia betapa kejam dan zalimnya rejim
Zionis laknatullah ini.
Tanpa mengira siapa, bayi, kanak-kanak, remaja, wanita
dan golongan lelaki, semuanya dianggap sebagai binatang yang boleh diperlakukan
apa sahaja. Malah pencerobohan dan keganasan di Lubnan adalah sedikit jika
hendak dibandingkan dengan apa yang mereka lakukan terhadap umat Islam di
Palestin. Peristiwa pencerobohan terbaru ini memang sudah dijangka kerana
itulah impian mereka selama ini iaitu ingin menegakkan negara Israel Raya atau
The Greater Israel atau Israel Kubro. Yang meliputi tanah umat Islam di antara
sungai Nil di Mesir hingga sungai Furat di Iraq. Iraq sudah jatuh di tangan
tentera-tentera penjajah Amerika Syarikat. Yahudi Zionis ingin meluaskan
empayar mereka sehinggalah cita-cita mereka tercapai akhirnya. Namun umat Islam
hanya melihat tanpa melakukan apa-apa tindakan yang menunjukkan kesatuan dan
pendirian teguh mempertahankan tanah milik umat Islam.
Jika terdahulu semasa kegemilangan Islam, dan khalifah
adil memerintah, jika seinci bumi Islam diceroboh, maka akan dihantar bala
tentera Islam untuk mempertahankan dan merampas kembali. Namun kini semuanya
itu hanya tinggal kenangan. Walau bagaimanapun nostalgia kegemilangan ini perlu
dibangkitkan dan disegarkan semula agar seluruh umat Islam menyedari bahawa
kekuatan sedemikian perlu diwujudkan kembali agar kezaliman yang dialami umat
Islam mendapat pembelaan yang secukupnya.
Bumi Palestin dinodai. Umat Islam Palestin dinafikan
haknya. Wang RM 55juta sebulan hasil daripada cukai yang diperolehi sama sekali
tidak dipulangkan dan diberikan kepada rakyat Palestin. Rakyat Palestin
menangis kesedihan kerana mereka yang serba kekurangan dari semua sudut,
berlawan bersendirian dengan rejim Zionis yang mendapat sokongan dan dokongan
dari dunia barat yang diketuai Amerika Syarikat. Umat Islam Palestin menangis,
di saat mereka bergelumang dengan darah dan nyawa mereka. Rejim zionis dengan
kekuatan persenjataan yang mereka miliki sedikit demi sedikit meratah nyawa
mereka tanpa mengenal siapa.
Umat Islam perlu menyedari hakikat ini! Apalah yang
hendak diharapkan daripada musuh-musuh Islam bagi mempertahankan dunia Islam
sendiri.
Umat Islam wajib bersatu berganding bahu tanpa membuang
masa dan waktu, bangun mempertahankan Baitul Maqdis yang satu. Islam adalah
teras kepada kesedaran ini dan bukannya hanya semangat yang ditiup oleh
kepentingan individu. Umat Islam juga perlu memberi sumbangan sama ada dalam
bentuk wang ringgit, tenaga, doa, dan seumpamanya. Namun buat masa sekarang,
sumbangan dalam bentuk wang ringgit amat dan lebih diperlukan oleh rakyat
Palestin dan Lubnan yang menjadi mangsa kekejaman serangan tidak
berperikemanusiaan rejim Zionis dan Israel. Marilah kita bersama-sama
menyalurkan bantuan untuk membantu anak-anak yatim yang hilang tempat
bergantung, pelarian-pelarian yang tiada tempat tinggal, pesakit-pesakit yang
memerlukan ubat-ubatan dan rakyat Palestin dan Lubnan secara keseluruhannya
yang ditindas dan dizalimi untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Umat Islam perlu menyumbang semampunya
melalui tabung-tabung yang diwujudkan untuk bumi Palestin dan badan-badan yang
bertanggungjawab mengurus kebajikan rakyat dan bumi Palestin.
Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab
Talmud mereka, umat Islam mesti dimotivasikan dan dibangunkan jiwanya dengan
kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam
terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak-katikkan oleh
musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku,
maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula
kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini. Islam pasti memerintah
semula dunia ini dengan keadilan syariat dan berbahagialah mereka yang bekerja
dan berusaha memastikan kegemilangan Islam di muka bumi ini.
Ya Allah, hamba-hambaMu ini menadah tangan memohon
pertolongan kepadaMu Yang Amat Pengasih terhadap para hambaNya. Selamatkanlah
Masjid al-Aqsa daripada terus dicerobohi dan dimusnahkan oleh Yahudi bangsa
yang dilaknat olehMu itu.
Ya Allah, selamatkanlah kiblat pertama umat Islam ini
daripada terus dijajah dan dikuasai oleh bangsa yang jelas melakukan kerosakan
di atas muka bumi ini. Selamatkanlah tempat isra’ RasulMu itu daripada terus
diceroboh dan diroboh oleh bangsa yang beranggapan bahawa mereka adalah umat
pilihan Tuhan.
Ya Allah ya Aziz ya Muntaqim, satukanlah hati-hati umat
Islam dengan ikatan akidah yang satu demi mempertahankan tanah suci Baitul
Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh
kejayaan abadi di akhirat nanti. Lembutkanlah hati-hati kami untuk sentiasa
menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan
jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi
yang tercinta Palestin.
Firman Allah s.w.t:
﴿ لُعِنَ
الَّذِيْنَ كَفَرُوا مِنْ بَنِى إِسْرَائِيْلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيْسَى
ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُوْنَ﴾
Yang bermaksud:
“Telah
dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Daud dan
Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang engkar dan
sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau.” [Al-Maidah (5): 78]
1975 -
Malaysia kutuk serangan Israel ke atas Palestin.
2000 -
Malaysia kutuk serangan Israel ke atas Palestin.
2012 -
Malaysia kutuk serangan Israel ke atas Palestin.
2020 -
Malaysia kutuk serangan Israel ke atas Palestin.
2061 -
Malaysia kutuk serangan Israel ke atas Palestin.
Adakah
ini sahaja pendirian kerajaan Malaysia???
renungkan kembali apa yang telah kita lakukan untuk mereka???
salah satu daripadanya....
apabila ditawarkan burger secara percuma!!!
adakah nilai nyawa dan darah saudara kita ini semurah EGG MCMuffin ??????
Mungkin
mereka masih belum tahu apa yang berlaku di Gaza.
Mungkin
mereka tak tahu mengapa kita boikot Mcdonald.
Mungkin
mereka tak terbaca/terlepas pandang maklumat-maklumat yang kita sebarkan.
Ayuh
kita tingkatkan usaha sebarkan dengan lebih meluas ! print senarai boikot dan
sebarkan dalam kalangan sahabat-sahabat anda,sekolah anda, kampus anda, pejabat
anda, jiran tetangga anda! ceritakan apa yang berlaku di Palestin sekarang
kepada orang di sekeliling anda.
#Kepada
yang berjaya 'menahan diri' dari mengambil 'tawaran' McDonald pagi tadi, kami
ucapkan syabas ! Semoga kita dapat menjawab dihadapan Allah kelak dengan
usaha-usaha termampu yang kita lakukan ini.