Persoalan mula timbul a
pabila sekolah jenis ini yang pernah diwujudkan masih tidak dapat menyelesaikan permasalahan tetapi peningkatan kes terus berlaku bahkan semakin membimbangkan.Ini berdasarkan rekod JKM bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008. Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban sahaja.
Merujuk kepada penubuhan Sekolah Harapan oleh kerajaan Melaka yang mula dibuka pada 17 September 2010 (semalam) dengan menelan belanja RM100,000 ini, ia bertujuan menangani gejala pembuangan bayi yang semakin berleluasa.
Keseluruhan lantai bangunan sekolah dua tingkat itu juga dipasang dengan permaidani bagi memberi keselesaan kepada pelajar hamil mengikuti pembelajaran. Beliau juga turut menjelaskan bahawa waktu pembelajaran pula adalah sama seperti waktu sek
olah biasa dan kelas termasuk kelas komputer dan kemahiran memasak serta menjahit.Ironinya, penubuhan sekolah ini bakal mencetuskan epidemik hamil luar nikah di kalangan pelajar kerana dijadikan penyelasaian masalah untuk menutup malu pelajar dan pihak lain yang berkaitan.
Beliau yang juga merupakan Ketua Fakulti Kejuruteraan Elektrik turut berkata "Perkara yang kita bimbangkan adalah implikasi lain yang timbul melalui doktrin persepsi yang menghalalkan penzinaan selain label atau stigma negatif yang akan digalas oleh bekas pelajar Sekolah Harapan ini di masa depan".
Perumpamaan ‘meracun rumput biarlah sampai ke akar’ wajar diaplikasikan bagi mengatasi permasalahan ini. Seharusnya semak semula bagaimana kestabilan institusi kekeluargaan yang menjadi entiti dalam pembentukan masyarakat hari ini" katanya bagi menyatakan perkara yang sepatutnya diberi keutamaan.
Sementara itu Bendahari Jabatan Kerohanian dan Integrasi Sosisal (JAKERIS) MPMUTM, Nur Syazana Bt Azahar berkata penubuhan Sekolah hamil bukanlah satu metodologi terbaik bagi penyelesaian masalah gejala sosial."Adakah dengan penubuhannya (Sekolah hamil) masalah sosial akan berkurang?" soalnya.
"Penubuhannya seolah-olah memberi satu 'tiket halal' untuk penzina sehingga tidak wujudlagi rasa bersalah setelah berzina kerana mereka tahu mereka akan dibela. Resolusi terbaik adalah mencari langkah awal sebelum masalah keterlanjuran ini berlaku dari hanya berindak selepas mereka terlanjur". tegasnya dalam mencari solusi kepada isu buang bayi yang acap kali berlaku.
Ini adalah sebahagian dari persoalan yang harus dijawab jika kita bersungguh-sungguh mengatasi permasalahan ini hingga ke akar umbinya. Secara tuntasnya, setiap permasalahan yang timbul pasti akan terbentang penyelesaiannya asal tak jemu berusaha dan lakukan apa sahaja selagi tidak tersimpang dari panduan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai yang difirmankanNya yang bermaksud:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.” (al-Ahzab: 36).



0 komen:
Post a Comment