Diskaun 20% jika langsai hutang PTPTN sekali gus


  Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang melangsaikan pinjaman mereka sekali gus.

NONE
  Selain itu, kerajaan juga menawarkan diskaun 10 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran secara konsisten, katanya lagi.


  Dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013. 

"Kita tahu tuan yang dipertua, ada pihak mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuh. 

"Ini adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN?

"Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia?," katanya lagi.

   Dalam ucapannya itu, Najib turut mencadangkan supaya pelepasan cukai untuk ibu bapa kepada siswa universiti dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 mulai tahun taksiran 2013.


    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu mencadangkan untuk melepaskan pinjaman PTPTN bernilai RM43.6 bilion dalam masa tiga tahun. 


   Katanya, negara mampu berbuat demikian melalui peruntukan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun.


  Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas. 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...