Sejak 9 Zulhijah lagi para jemaah haji sudah
berkumpul di Mina, berkumpul untuk bertasbih dan memuji Allah. Esoknya seluruh
umat Islam di semua tempat seluruh dunia bertasbih memuji Allah dan
kerajaan-Nya, bersama-sama melaksanakan ibadah kurban. Bersolat sunat,
mendengar khutbah, menyembelih lembu, mengagihkan dagimg, memasak, dan makan
beramai-ramai.
Di sesetengah tempat ataupun pada sesetengah
orang Hari Raya AidulAdha bukan lagi menjadi satu ibadah yang perlu dihayati
dan difahami seterusnya dipraktikkan. Tetapi ianya lebih kepada satu budaya
yang perlu disambut, diraikan dan bersuka-ria. Masalah umat Islam pada hari ini
adalah apabila hilangnya ruh dalam ibadah, agama itu tidak lagi diletakkan
kepada tempatnya lebih malang lagi agama itu sudah hilang nilainya di mata
msyrakat hari ini.
Apakah ruh atau falsafah yang dibawa dalam
Aiduladha? Mengapa kita diarahkan untuk mengambil semangat dan menghayati kisah
Nabi Ibarahim yang cukup terkenal itu? Malahan kita selayaknya disuruh memahami
dan membandingkan pengorbanan yang kita lakukan laksana Nabi Ibrahim A.S,
sedangkan apa yang kita lakukan hari ini langsung tidak layak untuk
dibandingkan dengan Nabi Ibrahim A.S yang menyembelih ananknya yang soleh.
Apalah sangat ratusan ringgit yang kita keluarkan untuk melaksanakan ibadah korban
hendak dibandingkan dengan Ismail A.S anak yang sudah lama dinantikan dan anak
itu juga anak yang soleh yang dikasihi.
“Maka ketika
anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha
bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku!
Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka
fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang
yang sabar” As-shaffat: 102
Pengorbanan
Perasaan
Apa yang berat dalam
perintah untuk menyembelih Nabi Ismail
A.S adalah untuk mengorbankan perasaan sayang terhadap anak yang baik dan
dinantikan itu. Setelah sekian lama menunggu kehadiran seorang anak, perintah
dari Allah supaya dikorbankan anak yang soleh itu terlalu berat. Boleh jadi
kurang berat andaikata Nabi Ismail itu bukanlah anak yang soleh dan baik, boleh
jadi juga perintah itu menjadi ringan andaikata zuriat Nabi Ibrahim A.S itu
ramai.
Berat untuk melepaskan orang yang kita
sayang, dan kerana sayang berat juga untuk Nabi Ibrahim A.S menyembelih Nabi
Ismail A.S. Namun apa yang paling penting disni adalah melaksanakan perintah
Allah S.W.T. Kasih sayang kepada Allah itu lebih hebat dan besar dari apapun.
Lantaran kasih kepada Allah lah Nabi Ibrahim A.S sanggup untuk menyembelih Nabi
Ismail A.S, dan Hajar yang berseorang susah payah bersama Ismail A.S juga redha
tanpa soal.
Inilah menisfetasi AidulAdha pengorbanan
perasaan, ianya bukan setakat itu malahan membawa maksud yang lebih besar iaitu
mengorbankan perasaan untuk kepentingan Islam dan agama, hanya demi untuk
menunaikan perintah Allah pengorbanan perasaan adalah perkara pertama. Bermula
dari mengorbankan perasaan maka akan datangnya pengorbanan diri dan harta untuk
Islam.
“Wahai
orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh
menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?. Iaitu, kamu
beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan
ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu yang demikian itulah yang lebih
baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” –As-Saff 10-11
Realiti Hari
Ini
Hari ini disaat kita
menyambut AidulAdha selain ramai umat Islam terkorban lantaran kezaliman
tentera kuffar, manusia lebih ramai mengorbankan Islam untuk diri
sendiri,bukannya berkorban untuk Islam
.
Falsafah AidulAdha
pengorbanan perasaan tidak pernah ingin seinci pun difahami dan dihayati secara
oleh umat Islam keseluruhannya. Malahan wujud budaya baru iaitu hedonisme yang mengutamakan kepuasan perasaan
semata-mata.
Umat Islam hari ini sudah jauh meninggalkan
tuntutan agama, perkara ibadat yang dianggap budaya jauh terpesong dai sudut
pengamalan dan penghayatannya. Islam itu hanya tinggal pada nama lantaran
hilangnya ruh dalam pengamalan Islam dalam kehidupan seharian.
Budaya
seburuk Hedonisme meresap jauh ke dalam masyarakat, seolah-olah menjadi agama
baru yang diimani oleh manusia yang hidupnya hanya untuk berhibur dan memuaskan
nafsu semata-mata
.
Oleh itu sempena
menghayati dan merealisasikan semangat AidulAdha,
marilah kita bersama-sama turun menunjukkan bantahan kepada hedonisme yang
berlaku sama ada luar dan dalam kampus kita yang tersayang ini dengan turun ke Dataran Agora selepas solat
jumaat pada 2 November 2012 ini.
Rasulullah SAW
bersabda: “Barangsiapa dari kalian
melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya. Bila tidak mampu, maka
ubahlah dengan lisannya. Bila tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya yang
demikian itulah selemah-lemahnya iman.”