Ingat lagi lakonan ini? “Dimanakah letaknya kekuatan Hang Tuah? Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?” Dengan bersahaja Sang Nujum menjawab bahawa kekuatan Hang Tuah terletak pada namanya.
Lakonan yang jelas ini menceritakan kepada kita bahawa “kekuatan” Hang Tuah terletak pada namanya, “TUAH”. Bukan terletak pada kerisnya dan bukan juga terletak pada tenaganya. Semua sudah sedia maklum dengan “kekuatan” tersebut. Tidak boleh disangkal lagi.
Begitu juga dengan MPP UTM. MPP UTM yang dikepalai aspirasi, selama ini bergantung harap “kekuatan”nya kepada HEP. Tidak kisah lah, samada “kekuatan” dari segi penjanaan dana, program dan subsidi. Pendek kata, Kekuatan MPP “totally” bergantung kepada HEP lah. Mudah cerita.
Tapi, bagaimana pula halnya dengan MPP UTM sekarang? Yang mana sumber “kekuatan” MPP (iaitu HEP) sendiri pun dah malas nak layan MPP. Hal ini timbul apabila MPP yang dikepalai aspirasi dikatakan buat hal sendiri, ikut kepala sendiri dan akhirnya menyebabkan pegawai HEP pun dah malas nak layan MPP. Bak kata pegawai HEP tu lagi, “dah tak merasa kemanisan nak jaga MPP.”
Dilaporkan bahawa, dahulu pegawai HEP tu pernah meluahkankan ketidakpuasan hatinya terhadap kepimpinan MPP sebelum ini (dikepalai aspirasi). Begitu juga dengan kepimpinan MPP sebelum-sebelumnya (pun dikepalai aspirasi). Penggal demi penggal, tidak puas hati demi tidak puas hati. Tidak dapat dikenalpasti, apa yang pegawai HEP tu nak sebenarnya. Dan perkara yang sama juga berlaku kepada sesi MPP kali ini. Menurut sumber yang sahih, presiden MPP pun mengaku hubungannya dengan pegawai HEP tersebut cukup dingin dan tidak baik. Manakan tidaknya, sehingga pegawai HEP tu bertekad untuk tidak mempedulikan lagi MPP.
Mahasiswa UTM dituntut berfikir secara matang. Secara logiknya jika hubungan antara pegawai HEP dan MPP (deterajui aspirasi) pun dah dingin dan tidak sependapat, timbul masalah komunikasi dan masalah kesefahaman, sukar berinteraksi dan sukar berhubung, dan menyebabkan mereka ini tidak bersekongkol dan sehaluan, adalah lebih bijak bagi mahasiswa UTM khususnya, memilih calon Pro-Mahasiswa UTM pada PRKampus terdekat ini, kerana tiada beza antara Pro-Mahasiswa dengan aspirasi jika nak dibandingkan dari segi hubungannya dengan HEP. Aspirasi dibenci HEP. Pro-Mahasiswa pun dibenci HEP. Masing-masing tidak sefahaman dengan HEP. Cuma, beza antara Pro-Mahasiswa dan aspirasi adalah dari segi pembawakan, hala tuju kepimpinan dan cara pemikiran. Dengan pembawakan Pro-Mahasiswa yang lebih terarah dan terancang, dilihat sebagai ejen perubahan kepada cara pemikiran masyarakat kampus.
Inilah Harapan Baru!! Inilah Inspirasi Baru!! Pro-Mahasiswa UTM