Sejak 2,3 tahun kebelakangan ini, suara-suara mahasiswa di kebanyakan Universiti sudah kurang kedengaran. Kreadibiliti dan keizzahan seorang MPP yang bergerak ke sana sini melalui puluhan ribu mahasiswa di kampus juga tidak menarik minat untuk didekati apatah lagi untuk di bawa berbincang isu-isu yang besar. Perkara yang paling menyedihkan bila mana Mahasiswa Kampus tidak mengenali Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sebagai penjawat jawatan tertinggi di kalangan Mahasiswa. Ini merupakan suatu malapetaka yang amat besar menimpa seluruh mahasiswa di Malaysia Khususnya UTM.
Suatu perkara yang amat pelik. Bagaimana Mahasiswa hari ini boleh memilih calon-calon yang akan bekerja untuk mereka dan orang yang akan memperjuangkan hak-hak mereka sebagai mahasiswa?apa kriteria yang di letakkan oleh mahasiswa untuk mengundi calon-calon MPP semasa pilihanraya?Persoalan yang timbul untuk sama-sama fikirkan.
Adakah dengan melihat wajah calon siswa yang "Handsome" atau calon siswi yang "Cute" di jadikan sebagai ukuran untuk memangkah calon mahasiswa yang bertanding? atau ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memaksa Mahasiswa hari ini untuk mengundi calon-calon mereka seperti yang biasa dilakukan oleh Puak-puak Aspirasi sebelum ini?
Jika hal ini yang berlaku, Sudah terang dan jelas bahawa kepimpinan Majlis perwakilan Pelajar telah Jadikan "kelas Kedua" dan mungkin "kelas ketiga" di mata mahasiswa. Kepimpinan MPP telah dijadikan tunggangan oleh pihak tidak bertanggungjawab. MPP hari ini sudah tidak menjadi sebuah Badan yang penting bagi mahasiswa menyampaikan hasrat mereka untuk dilaksanakan oleh MPP.
Oleh itu, kami di peringkat Pro Mahasiswa UTM akan memastikan, perkara ini tidak akan berlaku lagi pada sesi kepimpinan MPP akan datang. Kami akan memastikan bahawa MPP tidak lagi akan menjadi tunggangan pihak tidak bertanggungjawab. Kepimpinan Mahasiswa perlu diberikan hak sepenuhnya dalam merancang dan merealisasikan Agenda mereka. Matlamat dan Misi Majlis Perwakilan Pelajar perlu jelas dan bebas dari sebarang pihak yang berkepentingan. Barisan Pro Mahasiswa UTM komited dalam menyelesaikan masalah ini bagi memastikan Keizzahan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar di kembalikan. Sekian. Wassalam
Student!!!!Power...
Anis Bin Abd Wahab
Fakulti Pendidikan
2 SPH
Pro Mahasiswa UTM
http://aniswahab.blogspot.com/