Tarikh 13 HB Januari 2009 bakal menentukan kepimpinan yang manakah bakal mendapat mandat Seluruh mahasiswa kampus bagi memegang tampuk kepimpinan pada tahun ini. Pertembungan dua "parti" besar iaitu PRO MAHASISWA dan ASPIRASI@EVO M akan menjanjikan suatu kelainan berbanding pilihanraya kampus sebelum ini.
Pro Mahasiswa Nasional ataupun cawangan Pro Mahasiswa di setiap kampus di lihat begitu komited dalam melakukan gerak kerja yang dizahirkan melalui laman-laman blog seolah-olah akan wujud satu gelombang baru pada PRK kali ini. Isu-isu yang dibawa juga dilihat agak matang dan sesuai dengan taraf sebagai seorang mahasiswa yang mana isu-isu tersebut merangkumi aspek dalaman kampus, isu nasional dan tidak kurang juga isu-isu global. Langkah ini dilihat agak positif dengan tertubuhnya Pro Mahasiswa Nasional yang mempunyai cawangan hampir di setiap kampus. Namun peranan yang lebih agresif perlu di mainkan oleh semua cawangan Pro M bagi memastikan kegemilangan mahasiswa dapat di kembalikan.
Di pihak Aspirasi pula, dilihat kurang "menzahirkan" gerak kerja sama ada di media cetak "mereka" atau blog-blog yang kian popular digunakan. Walaupun begitu, Kursus-kursus BTN yang dianjurkan EKSKLUSIF untuk ASPIRASI di kebanyakan kampus menunjukkan kesungguhan mereka untuk kekal bertanding pada PRK kali ini.
Kes Liwat Saiful Bukhari sebagai bekas didikan ASPIRASI juga dilihat bakal memberi kesan yang besar pada PRK kali ini. Sejarah hitam yang "dihadiahkan" oleh Saiful Bukhari menyebabkan ASPIRASI sudah hilang keyakinan dan mengalami "Krisis Identiti" untuk keluar pada Pilihan Raya Kampus.
"Krisis Identiti" ini menyebabkan ASPIRASI telah menukar nama kepada EVOLUSI MAHASISWA. Rebranding sepatutnya tidak hanya pada nama ASPIRASI sahaja, tetapi peranan dan agenda yang ingin di bawa oleh ASPIRASI dalam "Memahasiswakan Mahasiswa" juga perlu di ubah. Ini Kerana, peranan ASPIRASI sebelum ini dilihat banyak dipengaruhi oleh pihak pentadbiran. Saya berpendapat, Sebagai badan yang menerajui kepimpinan tertinggi Mahasiswa seharusnya lebih tegas dan berani kehadapan untuk menyuarakan pendirian dan pendapat atau suara Mahasiswa tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Hak Mahasiswa ini perlu dikembalikan agar Insan yang lahir dari Universiti khususnya UTM lebih berwibawa dan Mantap.
Mahasiswa semua perlu jelas bahawa Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. Prinsip ini perlu diterapkan bagi memastikan mahasiswa terus menjadi agen "check and Balance" dalam apa jua perkara yang berlaku sama ada di dalam atau diluar kampus. Jika prinsip ini di semai dalam minda Mahasiswa dan pihak pentadbiran , InsyaAllah tidak mustahil pada suatu hari nanti, kita akan dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja "Degree Centric" seperti yang berlaku pada hari ini yang mana hanya mengharapkan segulung sijil sahaja, tetapi kita menginginkan Mahasiswa yang lahir lebih berkualiti dalam semua aspek.
Apapun, Kepimpinan yang bakal menerajui Kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa di semua kampus diharapkan dapat membawa satu gagasan baru untuk memimpin mahasiswa supaya lebih terkehadapan dan bebas dari pengaruh mana-mana pihak bagi memastikan agenda "Memahasiswakan Mahasiswa Malaysia" dapat dicapai. Wallahua'lam. Student..Power!!!
Sumber - http://aspirasi-islam.blogspot.com