Assalamualaikum w.b.t
Salam Mahasiswa.
Segala puji hanya bagi Allah S.W.T, yang telah menetapkan segala yang berlaku di bumiNya ini. Juga yang telah menetapkan kemenangan bagi 8 orang calon Pro-Mahasiswa di PilihanRaya Kampus UTM Skudai sesi 2008/2009.
Di kesempatan ini saya selaku Ketua Jentera ProMahasiswa UTM Skudai merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua jentera, penyokong, dan juga pendokong ProMahasiswa dalam membantu melicinkan perjalanan kempen PilihanRaya Kampus jentera ProMahasiswa. Tanpa bantuan anda semua, tentu amat susah bagi kami meraih kemenangan bagi calon-calon kami.
Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Unit Keselamatan UTM kerana memberikan kerjasama yang sebaiknya kepada kami dan menjaga keamanan UTM sepanjang tempoh kempen PilihanRaya Kampus sesi 2008/2009.
Kalah Menang Adat Pertandingan
Sahabat-sahabat pejuang yang saya hormati,
Kalah menang adalah adat setiap pertandingan. Dalam mana-mana pertandingan, pada pengakhirannya pasti ada satu pihak yang menang dan satu pihak kalah. Namun begitu, kalah bukannya penghalang bagi kita untuk menegakkan kebenaran di kampus. Kalah bukannya satu rintangan bagi kita untuk menyatakan pandangan kita. Tetapi kita perlu menjadikan kekalahan itu sebagai ‘ibrah bagi gerakan kita agar menjadi lebih matang menghadapi setiap situasi, mendepani setiap isu, dan merubah lanskap politik mahasiswa khususnya di Malaysia.
Kepada Barisan Pro-Aspirasi (Evolusi Mahasiswa di UTM Skudai), gunakanlah kemenangan anda ini dengan sebaik-baiknya. Lakukanlah perkara-perkara yang memberi manfaat kepada mahasiswa, yang selari dengan kehendak Allah S.W.T, tingkatkanlah budaya cintakan ilmu di UTM. Wujudkan budaya ‘intelektual’ selaras dengan harapan Naib Canselor UTM sendiri.
Memantapkan Saff Bagi Menghadapi Cabaran Mendatang
Para soldadu yang saya kasihi,
Dalam kekuatan kita yang tidak ramai berada di Majlis Perwakilan Mahasiswa, marilah kita mantapkan saff dalaman kita untuk menyediakan diri dan ProMahasiswa bagi menghadapi cabaran mendatang. Sama ada secara melalui lidah rasmi atau pun tidak, kita perlu memberikan sokongan penuh kepada YB-YB ProMahasiswa bagi menyuarakan pandangan terhadap isu-isu yang berlaku di peringkat kampus, nasional, dan antarabangsa serta memperjuangkan hak-hak masyarakat, khususnya masyarakat Universiti Teknologi Malaysia.
Moga-moga dengan pengajaran yang dapat kita ambil daripada sesi PilihanRaya Kampus kali ini, kita akan menjadi mahasiswa yang lebih matang, berjiwa besar dalam setiap perkara, bersifat sebagai negarawan, dan berfikiran global tetapi bertindak lokal.
Harapan Baru Inspirasi Baru !!!
Student Power !!!
Muhammad Hafiz bin Muhamad
Ketua Jentera ProMahasiswa UTM Skudai.