UTM "block" laman mahasiswakini.com


UTM Skudai : Sekatan demi sekatan di lakukan oleh Pihak Universiti bagi menghalang kebangkitan mahasiswa semasa dan selepas fasa pilihanraya kampus. Jika semasa pilihanraya kampus, mahasiswa di ugut untuk buang kolej dan sebagainya, selepas pilihanraya pula, pihak universiti menyekat mahasiswa dari menerima maklumat semasa berkenaan Mahasiswa seluruh Malaysia yang banyak disiarkan di dalam mahasiswakini.com. Tindakan ini sekaligus mencerminkan bahawa universiti khususnya UTM masih tidak terbuka dalam mendengar suara mahasiswa.

Sekatan ini bukan sahaja dikenakan kepada laman web mahasiswakini.com malah blog Promahasiswa UTM juga disekat sejak bermula pilihanraya kampus baru-baru ini sehingga sekarang. Saudara Anis bin Abd Wahab, Selaku Pengerusi Pro Mahasiswa UTM berasa kesal dengan tindakan pihak pentadbiran kerana menyekat blog Pro M dan laman web mahasiswakini.com di UTM.

"Ini merupakan satu tindakan kurang matang yang telah ditunjukkan oleh pihak universiti terhadap mahasiswa UTM. Universiti adalah tempat berkumpulnya golongan intelektual, golongan ini boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk, kenapa perlu di sekat?" tegas beliau semasa dihubungi.

Sekatan ini juga telah menimbulkan ketidakpuashatian ramai mahasiswa UTM yang sentiasa ingin mengetahui perkembangan semasa berkenaan Mahasiswa seluruh Malaysia. Pro Mahasiswa UTM menggesa pihak Universiti agar membuka semula sekatan terhadap laman web mahasiswakini.com dan juga semua laman-laman blog aktivis mahasiswa di kampus UTM yang disekat sebelum ini. Jangan menyekat mahasiswa untuk menerima maklumat dari luar!!.

Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...