Syabas dan tahniah kepada mahasiswa UTM yang bakal bergelar graduan. Majlis Konvokesyen ke-43 yang akan bermula hari ini (15 Ogos 2009), didahului oleh graduan-graduan Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana dari semua Fakulti Kejuruteraan UTM. Sekali lagi sekalung tahniah buat seluruh graduan UTM !!
Meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ini, upacara konvokesyen seolah-olah tidak lengkap tanpa adanya Pesta Konvokesyen yang menyaksikan penglibatan sepenuhnya para mahasiswa bersama masyarakat umum. Selaras dengan transformasi UTM yang menjurus ke arah pembudayaan ilmu, Pesta Konvokesyen ke-43 kali ini membawakan konsep pesta akademik dan karnival usahawan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan program menarik yang sesuai dengan para mahasiswa dan masyarakat umum.
Melihat kepada program-program yang mengisi Pesta Konvokesyen ke-43 ini, sedikit penambahbaikan dikenalpasti berbanding tahun sebelum ini. Dengan pemansuhan konsert yang sebelum ini menjadi kemuncak kepada Pesta Konvo, kali ini Pesta Konvo dilihat lebih murni dengan program-program yang sedia ada. Ditambah pula dengan program yang menjurus ke arah perpaduan sebagaimana yang
Diharapkan pembaharuan kali ini membawa suasana baru dalam Pesta Konvo yang lebih bersifat murni serta bebas dari perkara-perkara lagha. Hal ini juga selari dengan peningkatan UTM dalam ranking universiti di dunia sekaligus meletakkan UTM antara sepuluh yang terbaik di Asia Tenggara. Seterusnya, diharap tema “Inovatif dan Kredibiliti Tunjang Transformasi” dapat direalisasikan.