
Program 8 Sekawan merupakan satu program anjuran Pusat Kaunseling & Kerjaya UTM (PKK) atas arahan TNC HEP A yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa. Program melibatkan semua mahasiswa yang baru mendaftar untuk sesi 2009/2010 Julai.
Namun, Pro-mahasiswa UTM difahamkan bahawa pelaksana program tersebut banyak menggunakan unsur hiburan dalam mencapai matlamat mengeratkan ukhwah. Mereka dikatakan seperti berpesta pada malam tersebut. Modul-modul juga banyak melibatkan tarian.
Aktiviti seperti ini sebenarnya menggalakkan mahasiswa untuk cenderung ke arah budaya hiburan.
Sekiranya perkara seperti inilah yang ingin dibawakan, Pro-M UTM berpendapat aktiviti-aktiviti sebegini adalah bertentangan dengan Pembudayaan Ilmu di UTM. Hiburan yang berlebihan dapat merosakkan pemikiran mahasiswa.
Modul-modul untuk program sebegini harus dikaji terlebih dahulu agar minda mahasiswa khususnya yang baru tidak dicemari dengan budaya yang tidak elok.
Janganlah rosakkan pemikiran mahasiswa dengan program-program yang tidak bermanfaat.