MPMN gesa ahlinya jalankan kempen kesedaran dan solat hajat

Bangi 8 Ogos 07:15a.m | Penularan wabak Influenza A H1N1 di negar ini yang semakin serius membuatkan banyak pihak khususnya mahasiswa terpaksa berjaga-jaga kerana khuatir wabak itu akan berjangkit.

Meskipun setakat ini belum lagi dilaporkan kematian membabitkan mahasiswa walaupun sehingga hari ini sahaja, sebanyak 16 kematian telah dicatatkan dan terbaru membabitkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dan lelaki 37 tahun yang dilaporkan meninggal di Hospital Kluang, Johor.

“Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) meminta mahasiswa seluruh negara terus berjaga jaga, dimana selain mengamalkan langkah langkah pencegahan yang digariskan oleh Kementrian Kesihatan dan juga pusat kesihatan masing-masing,” kata Hisyamuddin Che Ali, Timbalan Pengerusi MPMN dalam satu kenyataan akhbar ke mahasiswakini.com.

Dalam pada itu,menurut laporan daripada World Health Organisation (WHO), simptom wabak Influenza A H1N1 sama seperti jenis yang mencetuskan demam selesema yang sering berlaku, seperti demam, batuk, sakit tekak, sengal badan, kesejukan dan lemah atau lesu.

Beliau turut mengingatkan bahawa agar tidak memandang rendah virus ini kerana dipercayai virus ini sudah pun menunjukkan tanda-tanda penularan hampir di seluruh dunia ini dan kebanyakan pakar percaya usaha mengawalnya pada era yang menyaksikan perjalanan udara suatu kelaziman, sememangnya amat sukar.

Unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

“Setakat ini pihak MPMN telah menyarankan setiap MPP di bawah MPMN untuk menjalankan kempen kesedaran dan pada masa yang sama, mengadakan solat hajat di setiap kampus bagi membendung wabak yang telah diklafikasikan sebagai pendemik ini,” kata Hisyamuddin yang Ahli MPP Umum Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Kami juga menyarankan agar semua universiti dengan kerjasama agensi-agensi yang terlibat khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menangani wabak tersebut,” katanya.

Hisyamuddin berkata para mahasiswa pula perlu bekerjasama membuat pemeriksaan di klinik-klinik universiti atau pusat kesihatan berhampiran jika mempunyai simptom terutamanya apabila demam yang tinggi dan berterusan.

Menurut laporan daripada World Health Organisation (WHO), simptom wabak Influenza A H1N1 sama seperti jenis yang mencetuskan demam selesema yang sering berlaku, seperti demam, batuk, sakit tekak, sengal badan, kesejukan dan lemah atau lesu.

Katanya lagi bahawa universiti perlu melakukan apa sahaja untuk menanganinya namun perlu diingatkan agar Universiti tidak membahayakan nyawa mahasiswa apabila menyembunyikan jankitan virus ini, bagi mengelakkan aktiviti-aktiviti kampus ditangguhkan terutamanya Pesta Konvokensyen yang akan diadakan bulan ini.

Setakat ini, sudah beberapa kampus telah ditutup antaranya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur, Universiti Putra Malaysia(UPM) dan terbaru, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah.-mahasiswakini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...