Pro Aspirasi kekurangan calon pelapis

(1 Ogos 2009)

Unit Media Pro Mahasiswa (ProM) hari ini mendapat maklumat mengatakan Pro Aspirasi/EvoM telah mula mencari calon Majlis Perwakilan Mahasiswa untuk bertanding pada pilihanraya kampus akan datang. Maklumat ini menguatkan lagi dakwaan bahawa pilihanraya kampus akan diadakan pada bulan Oktober tahun ini.

Sumber dari kolej kediaman itu memaklumkan bahawa pengetua-pengetua kolej telah mula mengarahkan ‘orang-orang’ mereka untuk mencari calon yang sesuai yang terdiri daripada penggerak aktiviti-aktiviti di kolej. Walaubagaimanapun, maklumat tersebut tidak menjelaskan secara terperinci siapakah calon-calon Pro Aspirasi/EvoM yang bakal bertanding kelak.

ProM juga difahamkan bahawa Pro Aspirasi/EvoM mengalami masalah kekurangan calon yang berkualiti untuk dipertandingkan pada pilihanraya kampus kali ini.

Dalam pada itu, Unit Media ProM cuba menghubungi Pengerusi ProM UTM, Nur Azim Fahada untuk mendapat maklumat tentang persiapan ProM pada tahun ini

“Kita telah mulakan perancangan sejak sebulan lalu. Kita tidak menghadapi masalah seperti Pro Aspirasi, kekurangan calon, masalah duit dan sebagainya kerana Pro Mahasiswa bekerja untuk mahasiswa. Masalah akan timbul apabila mereka bekerja untuk HEP, bukan untuk mahasiswa,” katanya.

Apabila ditanya bagaimanakah peluang untuk ProM menguasai kampus dan bilangan calon yang akan diturunkan, ini responnya.

“Kita akan umum kemudian. Tunggulah masanya.“

Beliau enggan mengulas lanjut berkenaan bilangan calon yang akan diturunkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...