Presiden MPP tidak cakna isu

UTM Skudai, 31 Julai 2009 – Salah seorang penggerak jentera Pro Mahasiswa, saudara Faizuan Abdullah melahirkan rasa kesal kerana sehingga hari ini, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) , Saudara Abdul Hadi tidak memberi respon terhadap kempen UTM Say No To Bonceng.

“Saya masih menunggu-nunggu kenyataan daripada Presiden MPM dalam bentuk bertulis atau lisan. Sehingga hari ini, tidak ada kenyataan sokongan atau bantahan terhadap kempen ini dari beliau samada di dalam blog peribadinya atau dalam risalah mingguan MPM,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sejauh mana Presiden MPM cakna tentang apa yang berlaku dalam kampus termasuk kempen UTM Say No To Bonceng yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUTM).

“Adakah untuk menyokong kerja mencegah kemungkaran pun, Presiden MPM memerlukan surat rasmi memohon sokongan dari jawatankuasa tersebut?” tambahnya dengan nada sinis.

Terdahulu, PMIUTM telah melancarkan kempen tersebut melalui satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Naib Presiden 1 PMIUTM, Ismail bin Sirajuddin. Untuk permulaan, jawatankuasa ini sedang dalam rangka lawatan ke kolej-kolej kediaman untuk mendapat sokongan dari mahasiswa dalam menjayakan kempen tersebut.

Unit Media ProMahasiswa cuba menghubungi Pengarah Kempen UTM Say No To Bonceng berhubung sikap Presiden MPP yang masih berdiam diri sehingga kini.

Dalam kenyataan pendek Saudara Ismail, beliau amat mengalu-alukan sokongan dari Presiden MPP samada dalam bentuk rasmi atau sebaliknya untuk menjayakan kempen ini.

“Sehingga hari ini, Hadi belum respon secara rasmi. “

Apabila ditanya bagaimana perkembangan semasa dan sokongan mahasiswa terhadap kempen UTM Say No To Bonceng, ini respon beliau.

“Alhamdulillah, mahasiswa semakin dapat menerima proses transformasi yang dibawa oleh Naib Canselor. Mahasiswa semakin cakna dengan isu semasa yang melanda umat. Setakat 31 Julai 2009, lebih kurang lapan kelab akademik dan non akademik telah memberi sokongan secara rasmi manakala lapan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa telah memberi respon positif terhadap kempen ini.”

Beliau turut menyatakan rasa terharu apabila Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik turut memberi sokongan dan beberapa cadangan untuk tindakan selanjutnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...