PRK bulan Oktober?

“Pilihanraya kampus kemungkinan besar akan dijalankan serentak pada bulan Oktober,” kata sumber dari kampus tengah.

Berikutan dari makluman tersebut, Pro Mahasiswa UTM akan mempergiatkan lagi usaha persiapan untuk menghadapi pilihanraya kampus yang dijangka akan diadakan pada Oktober tahun ini.

Terdahulu, terdapat ura-ura yang mengatakan pilihanraya kampus akan diadakan pada bulan Januari tahun depan. Ia bertepatan dengan Akta Universiti dan Koleh Universiti 1971 (Pindaan 2008) dalam Perkara 8 (4) yang menyatakan ‘Ahli MPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih selama satu tahun’.

Pada tahun lalu, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil langkah untuk tidak menyelaraskan tarikh pilihanraya kampus di seluruh kampus ekoran tsunami politik besar-besaran yang melanda Negara dalam pilihanraya umum 2008. Justeru, sesetengah pihak mendakwa tsunami ini akan turut melanda kampus-kampus dengan penguasaan calon Pro Mahasiswa dalam kabinet MPP.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...